LAGI dua hari sahaja lagi sebelum majlis harijadi Aleena yang ke-27 bakal berlangsung. Sekarang ini, penghuni istana sedang sibuk menukar dekorasi istana mengikut kehendak Aleena dan Farhan juga terkena tempias sekali. Diheretnya lelaki itu ke kedai baju berjenama untuk mencari baju yang bakal dipakai pada hari kejadian.
Sekarang ini, mereka berdua berada disebuah kedai baju berjenama dan paling laku abad ini di Kerajaan Al-Yahya. Pening kepala Farhan berada dalam kedai yang agak sesak dengan orang ramai dan dalam masa yang sama terpaksa melayan karenah Aleena. Bagai hendak pitam dibuatnya.
"Farhan? Kau kenapa macam cacing kepanasan aje ni?" Aleena mencuit bahu Farhan dari belakang. Farhan tersengih hambar.
"Mana ada."
"Kalau macam itu, jom tolong aku pilih baju."
Farhan tercengang seketika.
"Satu jam yang lalu kau buat apa do!" Terjerit lelaki itu dibuatnya. Aleena mengangkat kedua keningnya sambil tersenyum.
"Aku bergosip dengan pemilik kedai ni tadi," balas Aleena perlahan. Farhan mendengus kasar. Wajahnya diraup kerana peluh mula merinik didahi.
"Satu jam bergosip? Ya Allah, keperempuanan apakah ini?" Farhan jadi bengang. Satu jam dia menunggu, ingatkan Aleena akan bawa keluar baju yang telah dipilih. Rupanya dia habiskan satu jam hanya bergosip dengan seorang makcik?
"Alah, sorrylah, Far..." Aleena mencemikkan bibirnya dihadapan Farhan. Farhan alihkan pandangannya kearah lain apabila Aleena sudah mula tunjukkan wajah comel sehingga dia boleh meneguk air liur. "Paan, sorry tau?"
"Yelah, yelah. Jomlah cari baju kau. Cepat jumpa, cepat kita balik. Aku dah berlengas dah ni," ajak Farhan lalu segera menarik lengan Aleena yang berlapik masuk kedalam kedai. Aleena pula tersenyum lebar dalam diam.
Aleena sempat memperkenalkan Farhan kepada pemilik kedainya tadi.
"Aunty Ina, kenalkan ini Farhan. Bodyguard saya." Aunty Ina yang berumur dalam lingkungan 50-an itu terangguk memandang Farhan yang sudah pasti tinggi darinya itu. Farhan pula sekadar menghadiahkan Aunty Ina senyuman.
"Pandai kamu pilih, Leena. Memang sepadan sangat. Nanti kalau dah buat majlis, jemputlah aunty," kata Aunty Ina tiba-tiba. Terus berubah air muka Farhan dan Aleena.
"Majlis apa, aunty?" soal Aleena.
"Majlis kahwin kamu berdua lah."
"Uhuk! Uhuk!" Tersedak Farhan apabila Aunty Ina selamba membalas soalan Aleena. Tawa hambar keluar dari mulut mereka berdua.
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐀
عاطفية⋆ ˚。⋆୨୧˚ Last Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Kisah cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan yang berbeza pangkat dan status dengannya membuatkan dirinya terasa kecil. FARHAN RIYAZ - Lelaki yang berasal dari keluarga sederhana, mempunyai Ijazah Sarjana M...