Bab 30

2.4K 157 20
                                    

ALEENA curi pandang Farhan melalui hujung mata sedari lelaki itu tiba di meja makan itu. Lelaki itu duduk bersebelahan dengan Hans dan mereka berdua sedang khusyuk berbual sesama sendiri. Aleena memilih untuk merenung pinggannya yang berisi hidangan sarapan iaitu nasi lemak daripada meliarkan pandangan kearah lain.

"Selamat pagi sem- eh? Farhan pun ada sekali? Tak kerja ke? Kata ada appointment." Suara Raja Aleef yang muncul dari muka pintu menyentakkan semua orang yang berada di meja makan itu. Beberapa pasang mata itu kini tertumpu kearah Farhan kecuali sepasang mata Aleena.

"Erm, kebetulan patient Far cancel appointment harini. Tu yang Far ambil keputusan nak stay sini untuk lagi satu malam. Boleh kan, ayahanda?" balas Farhan dengan suara garaunya yang agak dalam dari anak tekak.

Raja Aleef mengangguk laju, kerusi bersebelahan dengan Aleena ditarik lalu punggungnya dilabuhkan.

"Apa pula tak boleh? Kan ayahanda cakap, kedatangan Far amat dialu-alukan disini. Stay jelah kat sini. Sampai tahun depan pun, ayahanda takkan marah. Sejak Far pergi, sunyi betul istana ni tanpa suara Far gurau-gurau dengan pengawal tu. Diorang pun rindu dekat Far tahu tak? Pengawal yang tak pernah bersuara itu pun, tiba-tiba aje bersuara, tanya Far kat mana tau?" Panjang lebar Raja Aleef berkata. Siap imbas kembali lagi apa yang terjadi dahulu, tika Farhan mula pergi dari istana.

"Yeke, ayahanda? Itu dulu. Sekarang ni Far boleh stay satu hingga dua malam aje. Far dah ada kerja tetap dan komitmen Far sendiri. Far bukan lagi bodyguard kat sini. Setakat jenguk-jenguk, tunjuk muka, lepaskan rindu, okaylah tu kan?"

"Takpa, ayahanda faham. Eh, tunggu apa lagi? Jemputlah makan nasi lemak tu. Nanti dah sejuk, tak sedap pula," pelawa Raja Aleef ramah. Hans, Maya dan Farhan segera menikmati hidangan sarapan pagi itu. Manakala Aleena masih lagi dalam dunianya sendiri.

Mindanya tidak berhenti dari mengimbas kejadian subuh tadi. Aduh, sungguh memalukan.

Kepala Farhan tersenggut-senggut dek kerana menahan kantuk dan juga ketidakselesaan tidur secara duduk diatas sofa sehingga dagunya terhentak diatas kepala Aleena. Terus tersedar gadis itu daripada lena yang terasa amat indah.

Aleena terkebil-kebil melepaskan pelukan dipinggang Farhan. Farhan pun kelihatan mamai dan tidak menghalang Aleena dari meleraikan pelukan.

Setelah beberapa minit Aleena menganalisa apa yang telah terjadi, terus memerah pipi putih mulus itu. Ditekup kedua pipinya seakan tidak percaya bahawa dia terlena didalam pelukan Farhan semalaman. Farhan yang sudah terlelap ditangan sofa, dikejutnya.

"Farhan! Bangun. Pergilah tidur kat dalam bilik kau," kejut Aleena dengan nada yang masih tersekat-sekat dek kerana terlalu malu. Detak jantungnya laju seperti baru lepas lumba lari 800 meter.

Farhan mencelikkan matanya sedikit. Sungguh berat dia mahu mencelikkan mata itu. Dapat dilihat oleh Aleena, bola mata putih Farhan sudah memerah.

"Hm? Dah bangun ke? Sorry buat kau terbangun. Aku tak sengaja tadi," kata Farhan. Suaranya yang masih serak basah itu berjaya mencairkan hati seorang Aleena. Aleena berdehem sedikit bagi menutup kegugupannya.

"Takpa. Aku yang patut minta maaf pada kau sebab buat kau tak lena tidur malam tadi. Padahal, kau boleh je suruh aku tidur kat bilik aku..."

"Macam mana aku nak suruh kau tidur kat bilik kau kalau kau sendiri taknak aku tinggalkan kau? Nak taknak, aku terpaksalah teman kau sekali." Farhan menutup mulutnya yang terlopong akibat menguap. Dalam masa menguap, sempat dia mengukir senyum mengusik. Aleena sudah memerah dengan kelakuan berani matinya semalam.

"Aku err tak sedar time tu. Sorry."

"It's okay. Kalau kau tak meracau semalam, takdalah moment macam ni terjadi antara kita. Dan sampai bilalah aku takkan tahu yang kau masih cintakan aku. Dan sampai bilalah aku tak tahu yang aku tak boleh tinggalkan kau walaupun aku cuba sedaya upaya aku sekalipun," ujar Farhan seikhlas hati. Dipandang Aleena tidak berkelip.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐀Where stories live. Discover now