Bab 1 (Liku hidup Aria)

50 4 1
                                    

Aku sedang berjalan pulang ke rumah dari membeli makanan untuk adik-beradik aku. Ye aku sebagai kakak sulung sudah menjadi satu tanggungjawab untuk aku uruskan makan minum adik-adik aku. Mereka semua masih bersekolah lagi. Ibubapa aku? Aku tidak tahu ke mana mereka menghilang. Sudah beberapa tahun aku telah mengambil alih tugas mereka dalam menyara adik-beradik aku. Kalau bukan aku, siapa lagi?

              Seluar lusuh aku yang telah kulipat ke paras lutut dipercik oleh percikan air hujan bertakung di daratan lorong belakang kedai ku berjalan dengan riang. Tidak ku hiraukan seluar aku basah sedikit dek terkena percikan tersebut, aku terus menyanyi lagu kegemaran aku. Entah sedap ke tidak suara aku menyanyi itu tapi lantaklah aku suka lagu tu.

              "Kringg..krringg." telefon bimbitku berdering. Aku menyinsing beg plastik yang berisi makanan tengahari ke lengan, menjawap panggilan tersebut.

              "Hello?"

              "Kaklong! Maksu datang sini nak ambik adik!!" kata Arina, adik kedua aku dengan cemas.

Aku mematikan panggilan dan terus berlari tidak memandang kiri kanan.

Tiba-tiba,

PIINN! Bunyi hon sebuah kereta yang hampir melanggar aku di jalanraya membuatkan aku tidak sengaja menjatuhkan beg berisi makanan yang telah aku beli tadi.

Aku terkejut sehinggakan aku tidak dapat menghiraukan lagi rezeki tengahari kami, begitu juga terhadap reaksi pemandu kereta tersebut. Aku tidak dapat berfikir tentang perkara lain lagi, aku terus lari untuk memastikan adik aku masih di sisiku.

Tiba sahaja di depan rumah, di mana orang ramai mungkin menganggap ia sebagai teratak di lorong, aku dapat melihat empat pasang kasut dewasa di luar rumah, aku terus menjejak kaki ke dalam.

"Adik nama apa? Janganlah segan dengan makcik."kata seorang wanita berumur awal 30-an yang aku tidak kenali sama sekali kepada Arisya yang tidak begitu selesa dengan kehadiran 'makcik' itu, berdiam diri.

"Haa dah sampai pun kau. Ni aku nak bagi adik kau ni dekat Encik Lokman dan Puan Zalikha."kata Maksu Ida mencekak pinggang.

"TIDAK! Aria tak setuju! Aria takkan nak berpisah dengan Arisya, adik-adik lain pun! Maksu takleh ambik Arisya dari Aria!"herdik aku kepadanya.

"AHH Kau! Kau bukannya mampu jaga adik-adik kau pun. SPM pun tak lepas ada hati nak jaga orang."perli Paksu Rosman.

"Ah, Zalikha, Lokman, bawak lah budak tu keluar. Upah nanti bank in je la."sambungnya lagi.

Puan Zalikha pun memimpin tangan Arisya untuk membawanya keluar, diikuti dengan Encik Lokman.

Arisya menjerit dengan tangisan "KAKLONGG!", memberatkan dirinya taknak mengikut pasangan tidak dikenali tersebut sambil menggapai tangannya ke arah aku.

Aku cuba bergerak ke arah Arisya, begitu juga dengan Arina dan juga Aiman yang cuba menghalang tetapi gagal dek dipegang erat Paksu Rosman kedua-duanya sekali.

TAPP! Aku terjatuh ke lantai apabila Maksu Ida menolak aku dengan kuat. "Sedar diri sikit kau tu tak boleh nak bagi adik-adik makan minum pun!"

"Janganlah buat Kaklong macam tu!"jerit Aiman cuba untuk melepaskan diri dari genggaman. Digenggam sentap tangannya oleh Paksu Rosman membuatkan dirinya yang baru berusia 12 tahun itu gagal untuk membebaskan diri.

"Jom lah yang. Takyah layankan budak tu lagi."kata Paksu Rosman kepada Maksu Ida.

Maksu Ida terus berpaling, dari saat itu aku cuba untuk membalas lawan kepadanya. Namun, Paksu Rosman menarik rambut aku sebelum aku berjaya mendekati Maksu Ida selepas melepaskan genggamannya dari adik-adik aku yang lain.

Ritma CintaWhere stories live. Discover now