Bab 2 (Kekosongan hidup Rayyan)

30 4 0
                                    

KRINGGGGG! Sebaik sahaja loceng sekolah berbunyi, aku dan rakan-rakanku bergegas keluar dari bilik darjah untuk pulang ke rumah. Tahun 2012, tahun ini merupakan momen-momen terakhir bagi aku dan juga kawan-kawan aku di mana kami semua akan menduduki peperiksaan paling akhir dalam alam persekolahan bagi kebanyakan orang, iaitu SPM. Ramai di antara rakan sebaya kami sudahpun berfikir tentang ulangkaji bagi peperiksaan tersebut.

Tetapi lain pula bagi kami sekawan, kami tidak minat dengan pelajaran. Kami lebih meminati bidang muzik dan sudah merencana untuk menubuhkan sebuah kumpulan band. Tapi apa yang kawan-kawan aku agak cemburu dengan aku adalah apabila aku seringkali mencapai keputusan cemerlang dalam semua subjek dalam pelajaran. Sumpah, aku tidak mengulangkaji pun, bakat semulajadi barangkali.

              "Weyh, petang ni on tak jamming?"tanyaku kepada kawan-kawan.

              "ON JE!"jawap serentak Adrian dan Daniel.

              "Aku on je tapi kau tak study ke untuk test esok?"usik Farez dengan senyum sinisnya pada aku.

Aku gelak tidak percaya akan kenyataan Farez itu. "Kau jangan nak merepek la. Study? Apa tu dowh?"balas aku.

              "Chehh. Tak tahu apa tu study konon."seloroh Daniel.

Kawan-kawan aku yang lain pun ikut gelak mengusik kepandaian aku.

              "Eh dahlah. Jumpa korang petang ni."lawan aku, terus membelakangi mereka untuk ke kereta Mini Cooper aku.

Aku memandu seperti biasa, rancangan aku adalah untuk terus pulang ke rumah. Otak aku sudah tepu dengan ilmiah diberi selama lebih enam jam waktu persekolahan.

Aku tercari-cari cakera padat album Led Zeppelin dalam dashboard. Ya, aku minat artis seperti Led Zeppelin, Green Day dan seangkatan dengannya memandangkan bunyi petikan gitar adalah 'makanan' bagi nadiku. Oleh sebab minat yang mendalam dan juga berpeluang untuk menghadiri kelas muzik sejak kecil, aku telah jumpai bakat aku dalam bermain gitar.

              "Ha! Dah jumpa pun."kataku membawa keluar album Led Zeppelin dari dashboard.

Tiba-tiba,

PIINN! Aku segera menekan brek dan hon secara serentak, aku terkejut melihat seorang gadis yang kelihatan kusut-masai itu tiba-tiba melintas tanpa melihat ada kenderaan atau tidak. Gadis itu terpaku seketika sehinggakan beg plastik yang aku rasa berisikan makanan terjatuh dari genggamannya dan terus berlari dari situ.

              "Tak reti minta maaf ke apa? Main lintas je."kata aku dengan nada tidak berpuas hati.

Aku tidak mengendahkan sangat tentang kejadian tadi. Jadi, aku terus masukkan cakera padat itu ke dalam music player dan memainkan ia.

Tiba sahaja di garaj kereta rumah aku, aku terus mematikan enjin dan keluar menuju ke dalam rumah.

Sepi. Itu yang aku dapat ungkapkan sebaik sahaja masuk ke dalam rumah bangloku. Kedua-dua ibubapaku sibuk bekerja. Jarang sekali aku dapat meluangkan masa bersama mereka. Kalau ada pun, hujung minggu sahaja lah. Itupun tidak lengkap kami tiga beranak.

"Ping!" Bunyi pesanan ringkas dari telefon bimbit aku berdering.

Rayyan dah sampai rumah ke tu? Jangan lupa mandi pastu makan. Suruh bibik hidangkan makanan ya. Mama rindu Rayyan.

Aku menaip papan kekunci telefon bimbitku, membalas,

              Rayyan baru je sampai rumah ni, ma. Baik ma.

Aku senyum seraya menyeluk balik telefon bimbit iPhone 4s aku ke dalam kocek. Aku lebih rapat dengan mama berbanding dengan babaku. Apa-apa isi hatiku, aku luahkan kepada mama. Baba, orangnya lebih tegas dan jenis yang tidak berkompromi. Apa jua tindakanku tidak dapat memuaskan hati baba. Ada sekali itu, kami telah bertengkar di meja makan disebabkan rencana aku berkenaan dengan kursus universiti yang akan aku ambil selepas SPM nanti.

              "Tak boleh! Baba tak setuju! Baba nak Rayyan ambil business, kerja dengan baba."gertak Datuk Eusof, babaku selepas mendengar jawapanku yang tidak menepati kehendak telinganya itu.

              "Rayyan tak minat la ba. Baba kena faham minat Rayyan terhadap musik."lawan aku.

              "And apa yang Rayyan minat? Muzik? What kind of rubbish is that?"balas baba.

              "Eusof! Please respect my child's decision!"bela mamaku, Datuk Khadijah dengan tegas.

              "Shut your mouth up! Your child is also my child! I have the right to decide what's the best for him!"balas baba.

              "ARGHHH! That's it! I had enough of this!"gertak aku, terus meninggalkan mereka di meja makan.

              "See. What have you done to Rayyan."kata mama, mulai untuk bangun dari kedudukannya di meja makan.

Baba terus mencampak gelas ke dinding berdekatan dengan mama, membuatkan mama terkejut seketika. "Kau yang tak pandai jaga Rayyan, manjakan sangat budak tu."gertaknya.

Mama terkejut seketika dan memaling ke arah baba, sambil ketawa dengan tangisan.

              "Aku yang tak pandai jaga? Kau yang pentingkan sangat dengan syarikat sampai tak kenal siapa Rayyan!"lawan mama aku dengan suara yang nyaring.

Mereka pun sambung bertengkar sesama sendiri. Makanan yang penuh di atas meja hanya ditakdirkan sebagai hiasan di meja makan sahaja.

Aku yang bersembunyi di belakang dinding ruang makan itu mendengar segala pergaduhan mama dan babaku. Aku kecewa dengan keadaan keluarga aku. Ini bukan kali pertama mama dan baba bertengkar. Sudah banyak kali aku dengar dan juga dapat saksikan sejak aku kecil lagi. Mereka dari dahulu lagi tidak pernah bersependapat. Tiap kali bersemuka, tiap kali itulah mama dan babaku bergaduh. Oleh itu, mama dan baba selalunya akan cuba untuk meluangkan masa dengan aku secara berasingan. Kecuali malam itu, dek kerana membincangkan kursus pengajian tinggi untuk aku.

Mama lebih memihakkan aku kerana dia lebih memahami akan kehendak perasaanku. Tetapi baba selaku ketua keluarga memikirkan bahawa segala keputusannya tepat dan semuanya mesti mengikut kehendaknya. Baba seorang yang panas baran dan mama seorang yang berani menentangnya. Tetapi sifat berani melawan mama lah yang mengundang kekasaran baba. Kadangkala, aku rasa bersalah terhadap mamaku bila dikasari baba terutamanya apabila ia berpunca daripada aku.

Baba tidaklah sejahat mana. Baba masih melayan aku seperti anaknya bila moodnya baik dengan syarat aku ikut segala kehendaknya. Haruskah aku mengikut kehendaknya kali ini dengan mengambil kursus perniagaan dan membuang cita-cita aku dalam bidang muzik? Aku taknak mama disakiti lagi.

Ping! Telefon bimbit aku mengejutkan aku dari lamunan.

              Rayyan, aku tak dapat datang la jamming nanti. Ayah aku sakit.

Aku membaca mesej pesanan ringkas dari Daniel. Aku tersenyum pahit memikirkan alangkah baiknya kalau keluarga aku bahagia seperti orang lain.

Selesai sahaja rutin tengahari aku, membersihkan diri dan makan tengahari, aku terus mencapai gitar akustik di sebelah katilku dan memetik beberapa chord, mencari ilham untuk mencipta lagu baru.

Aku menceburi bidang muzik ini khususnya dalam gitar, oleh kerana setiap rentak yang lahir dari petikan gitar dapat melegakan stres dalam kehidupan aku. Selain itu juga, dengan muziklah aku dapat mengekspresikan diri. Kehidupan aku cukup pahit dengan perbalahan kedua ibubapaku, cukup sepi dengan kebanyakan masa aku habiskan dengan bersendirian dalam rumah di masa kedua-dua mama dan baba sibuk menimbunkan lagi rezeki yang sudahpun berlonggok. Jadi, tidak salah kan kalau aku mencari kemanisan kehidupan dengan memetik gitar?

Ritma CintaWhere stories live. Discover now