Bab 3 (Ritma penawar hati)

24 1 0
                                    

Aku membetulkan tocang aku yang sudah serabut dari bekerja seharian dengan mencari barang-barang untuk dikitar semula. Aku gagahkan diri juga mencari botol-botol kosong, surat khabar, dan juga kotak-kotak yang terbiar di kala cuaca panas yang terik hari ini. Pada masa yang sama, aku pun cuba mencari Arisya ataupun pasangan yang telah mengambilnya hari itu. Sudah seminggu berlalu, aku masih tidak nampak kelibat mereka di mana-mana.

Tanpa sehari pun yang berlalu di mana aku dan juga adik-beradik aku yang lain tidak pergi mencari Arisya ataupun pasangan itu. Puas kami mencarinya merata tempat, tetapi malangnya tiada langsung kelibat mereka ditemui.  Peristiwa ini mengingatkan kami tentang momen mencari ibu dan ayah dua tahun yang lepas selepas malam terakhir itu.

              "Kaklong, Aiman nak ikut kaklong pergi kerja. Nak tolong kaklong cari Arisya juga."kata Aiman yang lengkap berpakaian seragam sekolah rendah, berhenti dari terus bergerak keluar rumah untuk ke sekolah.

Aku membongkokkan diriku supaya mataku berhadapan sama tinggi dengannya sambil memegang bahunya. "Aiman, kaklong tak bagi Aiman ikut Kaklong. Aiman kena pergi sekolah, itu pun dah cukup untuk tolong kaklong."kataku.

Aiman pun mengalah dan turuti juga permintaan aku, lalu bergerak ke arah pintu dan duduk, sambil mengikat tali kasut sekolah yang sudah koyak-koyak dan lusuh.

Aku memandang ke arah kedua-dua adik aku yang sedang memakai kasut sekolah dengan perasaan pahit. Aku gagal memberikan mereka keperluan yang sempurna, aku mahu mereka belajar betul-betul, mengubah nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik.

Lamunan aku dihentikan dengan alunan muzik yang datang dari tingkat atas bangunan rumah kedai. Aku yang berada di lorong belakang rumah kedai itu, duduk menikmati muzik itu. Satu perkara yang istimewa apabila tiap kali aku lalu di lorong tersebut, pasti aku berehat di situ untuk menikmati apa-apa jenis muzik yang dapat didengari dari tingkat atas walau ia tidaklah jelas mana.

Aku dapat menghafal jadual pemuzik misteri tersebut. Rumah kedai tersebut akan bermuzik pada pukul tiga petang tiap minggu kecuali Rabu, Sabtu dan Ahad. Aku selalu akan cuba lalu di lorong itu pada waktu tersebut.

Dari situlah aku dapat mencari sedikit kemanisan dalam ujian hidupku. Dari ritma lagu yang belum siap itulah yang mampu membuatkanku tabah dalam kehidupan sehingga ke hari ini.

Ritma CintaWhere stories live. Discover now