Bab 14 (Peluang keemasan)

6 0 0
                                    

Sebaik sahaja habis busking di Restoran Poperro, aku pun berehat di salah satu meja makan di situ. Aku menghilangkan dahagaku dengan meminum Teh o ais yang dihidang oleh pemilik restoran tersebut. Seringkali aku datang ke sini membuat persembahan apabila aku ada masa terluang selepas waktu aku bekerja di syarikat baba. Baba pada mulanya melarang aku dari pergi busking. Namun, aku dapat melawan dengan kenyataan,

              "Rayyan dah tunaikan hasrat baba untuk bekerja di syarikat baba. Jadi tak salahkan Rayyan busking as a hobby?"

Baba hanya berdehem menjelingkan matanya tanda rasa jengkel terhadap kenyataan tersebut.

              "Okay. But make sure you'll stay productive at work."jawap babaku yang mungkin tidak dapat menyangkal lagi akan kerja aku yang agak baik di syarikatnya itu.

Lamunanku dihentikan oleh sapaan pemilik restoran tersebut, yang juga merupakan rakan satu universiti di London dulu. Restoran tersebut sebenarnya dimiliki oleh ibunya tetapi dia telah mengambil alih pengurusan restoran itu selepas tamat pengajian.

              "Rayyan Ashman. Hey, as always, ever since in London, performance kau mantap ah tadi. Customer aku semua puji kau."kata Faizal lalu menarik kerusi di sebelahku untuk duduk bersama.

Aku tersenyum sambil menunduk. "Biasa je, Faizal."jawapku sambil mengacau straw besiku di minuman.

              "Weyh, aku rasakan.. kau patut try ah pergi audition ni."kata Faizal seraya menghulurkan telefon bimbitnya ke arahku.

Aku pun melihat skrin telefon tersebut dan terkejut apabila ternampak nama Adrian Mikail sekali dengan nombor telefonnya di bahagian person-in-charge dalam poster ujibakat tersebut. Aku pasti itu Adrian, sahabatku.

              "Weyh, kau Whatsapp poster tu kat aku."kataku seraya menghulurkan kembali telefon bimbit itu kepada pemiliknya.

Adrian, aku tidak sangka dia sudah menjadi seorang komposer sekarang. Tertera juga alamat studionya di poster, aku bertekad untuk datang ke sana. Bukan kerana aku hendak menguji bakatku untuk menjadi artis, tetapi aku nak berjumpa dan berbaik semula dengan Adrian setelah sekian lama.

Aku datang ke studio Adrian terlebih dahulu hari sebelum ujibakat yang dianjurnya itu berlangsung.  Kebetulan hari ini hari Sabtu, di mana aku cuti, senang lah aku hendak ke sini. Baba pula outstation, jadi tiada siapa yang boleh menghalang rancangan aku itu.

Aku menekan butang loceng di depan studio tersebut dan seorang pemuda bertubuh kurus tinggi berambut perang datang dari dalam menuju ke pintu untuk membukanya. Pemuda itu Adrian. Dia terkejut sedikit apabila melihat akan penampilanku yang tidak berubah sangat itu, hanya ditambah misai dan sedikit janggut. Riak wajahnya berubah menjadi jengkel terhadapku.

              "Apa kau nak, datang sini?"soalnya dengan nada tidak puas hati, sambil menahan pintu tidak memberiku masuk ke dalam.

              "Adrian, lama dowh aku tak jumpa kau. Jom bo.."kataku dengan rasa gembira dapat berjumpa dengannya setelah sekian lama.

Sebelum aku dapat menghabiskan ayatku itu, Adrian terus menutup pintu dengan kuat, tidak mahu bercakap lagi dengan aku. Tersentap aku akan reaksi dinginnya itu. Aku pun terus mengeluarkan kertas nota segi empat kecil dari kocek aku dan menulis nombor telefonku di situ, ditamatkan nota aku itu dengan ' I'm sorry.'  Lalu, aku terus menyelitkan nota itu ke bawah pintu masuk studio tersebut, mengharapkan bahawa Adrian akan menyimpannya jua.

Ritma CintaWhere stories live. Discover now