Bab 22 (Geram yang dilepaskan)

4 1 0
                                    

Malam itu, Arina yang berpakaian agak menjolok mata itu dilengkapi dengan solekan di wajahnya, hendak bergerak keluar dari rumah. Masa dia hendak mencapai kunci rumah dari meja berdekatan dengan pintu, Aria yang baru sahaja keluar dari dapur, menegurnya.

              "Arina, nak pergi mana lewat malam-malam ni?"soal Aria sambil memegang cawan untuk dirinya sendiri.

Arina mengeluh dan menjawap "Pergi jumpa kawan la, kaklong. Mana lagi?"

              "Kot ye pun pakai la elok-elok sikit. Tak manis orang pandang."tegur Aria.

              "Haihh, dah lah kaklong. Telinga Ina ni dah bingit la asyik dengar kaklong bebel."lawan Arina, terus memulas tombol pintu dan keluar menghempaskan pintu.

Tiba di Hotel Hayatt, Arina terus ke pintu bilik dan menekan butang loceng. Pintu itu dibuka oleh Datuk Eusof, menyambut kedatangan Arina itu dengan senyuman menggoda.

              "Hi sayang. I miss you."kata Arina seraya memeluk Datuk Eusof lalu mencium pipi lelaki pertengahan usia itu.

              "Miss you too, baby."kata Datuk Eusof dengan nada lembut, lalu merangkul pinggang Arina memasuki kamar tidur tersebut, membiarkan pintu bilik tertutup.

Arina pun duduk di celah katil bersaiz king itu.

              "You look sexy tonight."kata Datuk Eusof menyentuh dagu runcing Arina.

Arina mengalihkan mukanya sedikit sambil tersipu malu.

              "So you nak share pasal apa dengan I malam ni?"tanya Arina, memandang tepat kepada Datuk Eusof yang sedang berdiri di depannya itu.

              "I stress hari ni.."luah Datuk Eusof, lalu menolak Arina dengan mencengkam bahunya dengan kuat sehingga terbaring di atas katil tersebut.

              "so I would like to have my supper."sambung Datuk Eusof membisik ke telinga Arina, lalu menghidu leher gadis tersebut.

Arina mulai rasa cemas atas tindakan kasar 'kekasih'nya itu.

              "Sssorry, sayang, I'm on my period."kata Arina hendak melepaskan diri dari cengkaman kuat Datuk Eusof itu.

Datuk Eusof terus menekan tubuh Arina dengan lebih kuat ke katil itu.

              "I don't care. You're all mine."kata Datuk Eusof dengan tegas.

Dek kerana tewas dengan kekuatan lelaki berusia itu, Arina diperkosa oleh Datuk Eusof dengan begitu kasar sekali. Walau sekerap mana Arina cuba bergelut untuk melepaskan diri, dia tetap kalah dan telah menyerah dirinya menjadi santapan nafsu rakus Datuk Eusof itu.

Datuk Eusof tidak mempedulikan langsung akan hakikat Arina yang sedang dalam keadaan haid itu. Yang penting baginya, adalah dia dapat melepaskan geramnya kepada gadis muda itu. Peristiwa siang tadi apabila polis datang menyoal siasatnya tentang kes Ismail dan juga pertengkarannya dengan Datuk Khadijah tadi telah menimbulkan amarah dalam dirinya. Tangisan kuat Arina dek kekasarannya itu, tidak langsung membuatkannya rasa kasihan, malah menambahkan lagi kepuasan nafsu serakahnya.
Mengadakan skandal di luar pernikahan telah menjadi kebiasaan dalam hidup Datuk Eusof. Bukan sahaja dengan Arina, dia telah mempunyai ramai lagi sugar baby yang lain sebelum ini. Datuk Khadijah sudah menjadi lali akan perangai suaminya itu. Disebabkan tawar hatinya kepada Datuk Eusof, dia tidak lagi mempedulikan tentang aktiviti sampingan suaminya itu. Atas sebab hendak menjaga reputasi kedua-dua suami isteri itu sebagai ahli perniagaan yang ternama, mereka tetap kekal dalam ikatan perkahwinan.

Ritma CintaWhere stories live. Discover now