Bab 13 (Ritma yang serupa)

5 0 0
                                    

Aku kini sudah mahir mereka design dan menjahit baju berkat dari tunjuk ajar diberi Datuk Khadijah. Gaji aku pun dinaikkan olehnya memandangkan design baju aku menepati citarasa. Kerap jugalah pakaian rekaanku dijual dengan laris. Tidakku sangka akan situasi kehidupanku yang sekarang. Alangkah baiknya aku dapat berkongsi rezekiku ini dengan Arisya, ibu dan ayah. Bagaimana lah dengan situasi mereka sekarang? Nama mereka tidak pernah aku lupakan dalam doaku.

Malam itu merupakan hari gaji aku, jadi aku mempelawa Arina dan Aiman makan malam di restoran. Arina kini bekerja sendirian, katanya online business. Manakala, Aiman pula dapat menyambung pelajarannya di universiti tempatan. Alhamdulillah, kini kesulitanku sudah menjadi lebih ringan berbanding lapan tahun lepas.

              "Nak makan apa, korang pilih je. Kaklong belanja."kataku kepada dua orang adikku yang sedang meneliti menu.

              "Ina nak spaghetti bolognese la with fresh orange."pesan Arina kepada pelayan restoran barat itu.

              "Bagi saya fish and chips. Teh o ais."pesan Aiman pula.

Aku pun membuat pesananku juga kepada pelayan tersebut.

              "Hmm, nampak tak penangan Ina suruh kaklong terima job Datuk tu?"kata Arina dengan bangga.

Aku tersenyum. "Haishh, kaklong tak tahu pun dia Datuk masa tu. Yelah, thank you, Arina."kataku lalu mencubit pipi adik kedua aku itu.

              "Hishh, tak payah lah kaklong."kata Arina, merasa rimas dengan cubitanku itu.

Aiman hanya tergelak melihatkan kerenah kami berdua.

              "Apa gelak-gelak?"kata Arina dengan tidak puas hati terhadap Aiman yang sedang tersengih-sengih lagi.

              "Eleh. Salah ke gelak?"lawan Aiman dengan nada main-main.

              "Nak kena ni."kata Arina seraya mengangkat garfu hendak mengancam Aiman.

              "Eh dah-dah. Korang ni kalau tak bergaduh, tak sah."kataku diselitkan dengan sisa-sisa ketawaku tadi.

Arina pun meletakkan semula garfunya di atas meja di mana Aiman pula membuat mimik muka mengusik kakak keduanya itu. Arina hanya mengecilkan matanya sebagai reaksi. Aku tersenyum sendiri melihatkan mereka makan dengan berselera. Akhirnya aku dapat juga membuatkan adik-adikku bahagia.

Sejurus menghabiskan makan malam kami itu, kami bertiga pun bergerak dari meja makan itu. Kebetulan pada masa itu, ada seorang busker dengan sebuah gitar baru sahaja datang ke pentas di restoran. Pemuda tersebut pun mula memetik gitarnya, mendendangkan lagu dan terus menyanyi.

Hatiku terpaut dengan ritma gitarnya itu. Seperti aku kenal cara dia beritma itu. Seperti ritma yang aku pernah dengar dulu di lorong rumah kedai enam tahun yang lepas. Aku teringin sungguh untuk memandang wajah pemuzik misteri itu. Namun sebelum aku sempat berpaling dari kaunter pembayaran untuk memandang wajah pemuda tersebut,

              "Kaklong, jom ikut Ina tengok-tengok butik tu kejap."kata Arina sambil menarik lenganku, membawaku pergi dari situ.

Aku ikutkan sahaja kehendak adik kedua aku itu. Mungkin fikiran aku sahaja yang membuatkan ritma itu istimewa. Jadi, aku mengabaikan sahaja keinginanku untuk bersemuka dengan pemuda misteri tersebut.

Ritma CintaWhere stories live. Discover now