Bab 4 (Keakraban melalui ritma)

19 0 1
                                    

Petang itu, aku menggalas beg gitar aku, seraya mengunci keretaku yang diparkir berdekatan dengan studio jamming kami sekawan. Aku terus bergerak ke tangga ke arah studio itu. Tidak layak sebenarnya untuk dipanggil tempat itu sebagai studio, tempat itu hanyalah sebuah rumah kedai aras atas yang ditinggalkan oleh bapa Adrian. Adrian pun apa lagi, menjadikan terus tempat itu sebagai 'studio' dan port lepak bagi kami berempat.

Hanya dilitupi dengan bekas-bekas telur yang bersegi empat di dinding untuk memastikan studio kami sedikit kalis bunyi, aku terus meletakkan beg gitar aku di sofa sebaik sahaja masuk ke dalam.

              "Kau dah fikir ke chord apa yang sesuai untuk lagu kita?"tanya Adrian sambil memetik beberapa chord di gitar miliknya secara rawak, untuk dapatkan rentak yang diingini.

              "Hm, bolehlah. Aku ada la fikir sikit-sikit."jawap aku memberikan nota yang aku telah lakarkan sedikit sebanyak chord yang sedap didengari kepada Adrian.

Daniel yang baru sahaja datang dari belakang kami untuk menjenguk nota aku, terus berkata "Cer kau main, Rayyan."

Adrian meletakkan nota tersebut ke atas meja untuk rujukan aku, aku pun terus mencapai gitar milikku dan memetiknya mengikut chord-chord yang telah aku catit. Adrian dan Daniel pun memberi sepenuh perhatian terhadap irama gitarku.

CHANGG Pintu studio dibuka.

              "Weyh, sorry aku lambat. Korang dah start ke?"kata Farez, seraya melabuhkan punggungnya di sebelah aku, meletakkan beg gitarnya ke tepi.

              "Apalah kau ni. Orang tengah syiok dengar lagu. Spoil la kau ni."keluh Adrian.

              "Hehe. Sorry."balas Farez, sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

              "Apalah..."keluh kedua-dua Adrian dan Daniel secara serentak.

              "Dah..sambung..sambung."kata Daniel sambil mengipas tangannya menandakan aku harus meneruskan lagi petikan chord aku tadi.

Aku pun senyum sambil menggeleng kepalaku, dan terus sambung memetik gitarku.

Setelah rakan-rakanku dapat menangkap ritma yang aku cuba hasilkan, mereka pun mula memetik beberapa chord yang lain bagi menyerikan lagi rentakku, Farez dengan gitar bassnya, Daniel pula memukul perlahan meja mengikut rentak seperti drum. Kadangkala, aku pun menyanyi.

Semua bergilir-gilir memainkan peranan masing-masing, yang diperolehi dari ritma ringkas aku itu. Dari satu ritma yang ringkas, jadilah sebuah irama lagu.

Beberapa minit kemudian, kami semua memandang ke muka masing-masing tanda setuju kepada Adrian untuk hentikan beritma.

              "Perghh.. Boleh tahan juga chording kau."kata Adrian.

Kami pun berbincang sesama sendiri tentang di mana chord yang perlu diubah, dan cuba suaikan lagi dengan memainkan alat instrumen beberapa kali sehinggalah kami semua berpuas hati. Adrian juga banyak menambah lirik dengan menyanyi juga di sampingku.

Sebuah lagu tidak akan boleh habis dalam sehari, ia boleh mengambil masa yang agak lama. Oleh itu kami akan cuba datang jamming sekerap yang mungkin. Pukul tiga petang, empat kali seminggu kami mesti ada dalam studio. Nasib hari Rabu ada aktiviti koko di sekolah, hujung minggu pula ibubapa kami termasuklah baba, pasti ada di rumah. Jika tidak, sudah lama aku mahu datang ke studio setiap hari meluangkan masa dengan rakan-rakanku. Merekalah penghibur hati aku, tanpa mereka, hidup aku kelam.

Sebaik sahaja habis sesi jamming kami, kami pun terus ke gerai Pak Samad untuk menikmati cendol dan juga pasembor. Itulah makanan kegemaran kami dan merupakan hidangan yang mesti ada tiap kali lepas jamming.

Ingat lagi, jika ketika itu musim hujan, kami berempat sanggup membungkus cendol dan pasembor redah hujan untuk ke perhentian bas dan menikmatinya di situ. Gerai Pak Samad lah yang seringkali menjadi saksi gelak tawa kami empat sekawan, selain dari studio kami.

Ritma CintaWhere stories live. Discover now