Bab 23 (Persahabatan terjalin semula)

7 1 0
                                    

Hari ini hujung minggu dan aku terus bangun dari katilku untuk menjalankan rencanaku untuk petang nanti. Aku terus mencapai telefon bimbitku dari meja di sebelah katilku dan terus membuka aplikasi Whatsapp. Nama Adrian dan Farez aku cari untuk memberi mesej,

'Jumpa aku petang ni pukul 4, location nanti aku bagi. Ada benda penting aku nak bagitau korang.'

Ditambah lagi dengan 'Bawa Daniel sekali.' Kepada Farez, memandangkan Farez sahaja di antara mereka yang dapat menghubungi sahabatnya itu.

Aku mengharap sangat yang rencana aku menjadi. Lelaki, aku sebagai kaum tersebut cukup faham yang lelaki ni semua takdelah marah lama-lama, tapi apa yang membuatkan kami, kaum Adam tidak berlembut hati semula, sebab satu je, ego.

Petang itu, aku pun tiba di Gerai Pak Samad. Enam tahun sudah aku tidak berkunjung ke gerai ini. Semakin maju aku nampak, di mana gerai yang hanya mempunyai sebuah stall dan beberapa kerusi sahaja di tepi sudahpun menjadi sebuah warung yang mempunyai banyak meja dan kerusi termasuklah kipas yang mendinginkan lagi cuaca terik di Malaysia ini.

Beberapa minit jugalah aku menunggu, tiada seorang pun sahabat aku datang kemari. Sementara menunggu, aku melayari aplikasi media sosial dalam telefon bimbitku.

"Nak order apa ye, encik?"tanya seorang pelayan.

"Umm, belum lagi, saya tunggu kawan."balas aku sambil senyum tawar.

Apabila aku sudah bosan dengan aplikasi di telefon bimbit, akhirnya terdapat seorang pemuda yang bercermin mata menarik kerusi di hadapanku.

"Ada apa jumpa aku ni?"tanya Adrian dengan dingin seraya memeluk tubuhnya sendiri.

"Tunggu kejap je lagi. Ada orang lagi yang patut datang sini."kata aku.

Adrian hanya mengeluh sedikit sambil mengangguk. Kami berdua pun memesan cendol sementara menunggu kedatangan Farez dan Daniel.

Sebaik sahaja pesanan kami sudah sampai, dua lagi pemuda yang datang mendekati kami.

"Bang, kasi dua lagi mangkuk, bang."pesan Daniel kepada pelayan melihatkan terliurnya pemandangan pencuci mulut itu di meja kami.

"Sorry kitorang lambat."kata Farez seraya menarik kerusi untuk diduduk.

Adrian pun terkejut melihat akan kehadiran mereka berdua, begitu juga dengan Farez dan Daniel.

"Farez, Daniel."kata Adrian.

"Kau ada kat sini jugak, Adrian?"kata Farez.

Mereka semua pun terdiam dan terus memandang ke arah aku. Aku tidak tahu bagaimana perasaan mereka tapi aku boleh katakan yang aku sangat terharu bila kami berempat dapat juga melepak bersama lagi selepas enam tahun tidak bersemuka.

"So, ceritalah apa kau nak cerita."kata Farez, tuju kepada aku sambil menunduk menahankan egonya sama seperti rakan-rakan aku yang lain.

"Tujuan aku nak kumpulkan korang semua berjumpa dengan aku ni sebab aku nak kita berkawan macam dulu lagi. Ye memang aku salah, aku yang tinggalkan korang, tepikan impian kita dulu. Tapi sumpah aku cakap aku takde niat pun nak buat macamtu kat korang. Aku..minta maaf."luahku dengan seikhlas hati.

Suasana menjadi sepi seakan ada malaikat yang lalu di mana masing-masing sedang mencerna maklumat diberi.

Daniel berdehem sedikit memecahkan suasana sepi itu dan terus berkata,

"Aku dah lama maafkan kau, Rayyan."

"Betul. Aku pun. Sebab malas ah nak gaduh lama-lama, benda dah lepas kan."kata Farez pula.

Cendol pesanan Farez dan Daniel pun sudah sampai ke meja.

Adrian membetulkan kedudukannya dan berkata,

"Aku memang dah maafkan kau. Tapi, nak lupakan apa yang kau dah buat tu, susah ah."

"Yelah. Kitorang ni takdelah bijak pandai macam kau, Rayyan."sambungnya lagi, dalam hatinya masih rasa tersinggung mendengarkan sendiri akan kata-kata panas daripada Datuk Eusof enam tahun yang lalu.

"Takde maknanya aku bijak pandai. Benda tu tak penting bagi persahabatan kita. Yang penting, aku bahagia ada korang sebagai sahabat. Pasal enam tahun lepas tu serious bukan aku yang nak palau korang. Baba aku yang paksa. Ambik business tu pun, dia paksa, korang tau tak."jelas aku.

Adrian pun membuang pandangan ke sudut luar bagi menerima kenyataan tersebut.

"Eh dah, dah, cendol pun dah makin cair ni."kata Daniel, mengajak kami semua beralih fokus kepada makanan.

Lama-kelamaan, suasana dingin kami tadi sudah bertukar riuh di mana ada sahaja perbualan kosong yang diterbit di antara kami. Mungkin dengan cendol yang rasanya masih dikekalkan selama bertahun lamanya dalam kawasan gerai yang sama mampu menggamit memori persahabatan kami berempat di situ.

Lega. Aku dapat juga menebus kesalahanku enam tahun yang lepas dan dapat mewarnai semula persahabatan yang pudar. 

Ritma CintaWhere stories live. Discover now