Bab 5 (Keikhlasan mencari rezeki)

13 0 0
                                    

Sebulan sudah berlalu, Arisya masih tidak kelihatan. Namun, kami tidak pernah memutus asa dari mencarinya. Pada masa yang sama, aku masih gigih dengan kerja mencari rezekiku. Nasib baiklah, baru-baru ini terdapat sebuah kedai makan Tomyam yang baru sahaja dibuka. Pemilik kedai makan itu mahu juga mengambil aku sebagai pelayan di situ secara separuh masa.

Jadi, di siang hari aku masih mengutip barang kitar semula dan pada waktu malam pula aku menjadi pelayan kedai makan. Dapatlah aku menambah rezeki di mana aku boleh dapat makanan percuma dari lebihan makanan selepas waktu beroperasi. Rezeki adik-beradikku. Bagaimana la pula dengan keadaan adik bongsuku di sana?

Aku memastikan yang aku menjalankan tugasku dengan sempurna walau lelah melayan ramai pelanggan di tempat makan itu.

Suatu malam, aku membuat kerjaku seperti biasa. Pelanggan di sini ramai seperti biasa.

              "Bagi saya teh o ais satu. Mama?"pesan seorang pemuda.

              "Bagi saya limau ais la."pesan kata seorang wanita yang berusia pertengahan tahun.

"Mama rasa macam nak cuba Tomyam campur la, kawan-kawan mama semua cakap sedap. Rayyan nak makan apa?"tambahnya lagi.

"Hmm, samalah bagi dua Tomyam campur. Satu tu jangan letak udang dan sotong, mak saya tak boleh makan seafood."pesan pemuda tersebut lagi.

"Itu sahaja ke?"tanya aku sambil mencatat pesanan mereka.

"Ya, itu sahaja."kata mereka berdua, dengan serentak.

Aku pun beredar dari situ, tertawa sedikit, "Order Tomyam campur tapi taknak seafood. Haihh macam-macam."bisik hatiku.

Sesuatu tentang ibu kepada pelanggan tersebut yang membuatkanku sedikit sebak, di mana dia mengingatkan aku kepada ibuku, yang juga mempunyai alahan terhadap makanan laut. Hm, sungguh rindunya aku terhadap ibu aku. Ke manalah dia menghilang?

Sebaik sahaja pesanan minuman kebanyakan pelanggan baru siap, aku pun menatang minuman tersebut dengan dulang dan menghantar minuman tersebut ke setiap meja dengan teliti.

Sampai sahaja giliran pelanggan tadi,

SPLAT! Entah mengapa tangan aku tergelincir dari gelas yang berisi teh o ais itu sehingga menyebabkan air dalam gelas itu membasahi meja mereka. Dengan cemas, aku terus meletakkan dulang yang penuh dengan minuman pelanggan lain itu ke meja lain berdekatan lalu mencapai kain lap meja.

              "Minta maaf! Minta maaf!"kataku dengan cemas seraya mengelap meja yang banjir itu. Sangkaan aku adalah mereka akan memarahi aku atas kecuaian aku, memandangkan mereka kelihatan seperti orang kaya. Tetapi apa yang aku dengari adalah,

              "Takpe, takpe."kata kedua-dua anak-beranak tersebut.

              "Biar saya sahaja yang lap meja ni. Banyak lagi air tu untuk customer."kata pemuda tersebut sambil memaling sekejap ke arah dulang aku yang masih ada banyak lagi gelas-gelas yang lain.

              "Eh takpe ke?"tanyaku, teragak-agak sama ada aku harus terus mengelap meja ataupun mencapai dulang air itu.

              "Takpe..takpe."katanya lalu hendak mengambil kain lap dari tangan aku.

Zupp! Itu yang aku rasakan dalam hati aku apabila tangan pemuda itu tersentuh tanganku.

              "Sorry."kata pemuda tersebut, mungkin merasakan benda yang sama seperti apa aku rasai. Tindakan adrenalinku membuatku terus menarik tanganku serta-merta dan mencapai dulang air di meja sebelah dan terus mengangkat kaki dari situ.

Mungkin sudah menjadi lumrah sebagai wanita, aku rasa terkejut semacam dengan peristiwa itu. Jadi, aku tidak menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang serius, benda tidak sengaja.

Sebaik sahaja pelanggan tadi menghabiskan makanan mereka, aku yang sedang berada berdekatan dengan tempat duduk yang mereka telah guna itu pun mengemas meja tersebut.

Sewaktu mengemas, aku terjumpa telefon bimbit milik salah seorang daripada mereka. Aku memandang ke arah mereka yang sedang beratur untuk membayar pesanan lalu menuju ke arah mereka.

              "Puan, ada tinggal handphone dekat tempat tadi."kata aku kepada mak pemuda itu, tidak berani hendak menghadap pemuda itu lagi.

              "Ya Allah. Terima kasih ye."jawap wanita itu seraya mengambil kembali telefon bimbit miliknya itu sambil senyum memandangku.

Aku pun terus beredar dari situ.

Ritma CintaWhere stories live. Discover now