Syura duduk di pangkin sambil memandang langit. Sesekali, bibirnya mendendangkan lagu-lagu yang terasa begitu dekat dengannya."Kalau kau rasa tak dihargai,
tutuplah mata, peganglah hati.
Kalau kau rasa diri kau sunyi,
jangan bersedih, aku disini.""Walau hidupmu tumpas,
ku akan beri kerjasama.
Bangkit wahai kawan,
hidup ini tak sempurna.
Jangan selalu bersedih,
ku juga selalu terleka.
Kesilapan lama,
bakal jadi rama-rama."Sebaik saja habis menggumam rangkap dari lagu Sakit itu, air matanya mula mengalir. Dari setitik, bertukar menjadi sungai.
"Kalaulah aku ada kawan macam tu."
Syura teresak-esak sendiri. Matanya dipejam rapat, menahan rasa sebu di hati. Ikutkan rasa, ingin sahaja dia meraung dan menjerit sekuat hati. Tetapi, risau tangisannya di dengari oleh ahli keluarga yang lain.
'Ada family ramai, tapi satu pun tak boleh sokong aku. Kawan? Semua jadi pengkhianat! Argh! Kenapa? Kenapa aku mesti hadap semua ni?'
Mata yang masih terpejam rapat, dibiarkan basah dengan air mata. Segala memori dengan kawan-kawannya, kembali terulang. Memori selama hampir empat tahun itu terasa begitu berharga, sehinggalah Syura sedar.
Friendship never exist.
"Kau ada dikala ku suka.
Dikala ku duka.
Setiap tangisan dan juga ketawa.
Kau ada dikala ku perlu.
Setia menemaniku.
Pegang erat tanganku bila aku. jatuh.""Kau lah yang selalu.
Selalu menemaniku.
Mendengar kisah pahit manis.
Hidup ku.""Kau lah yang di situ.
Setia menunggu ku.
Kau lah yang satu.
Menjadi sahabatku.""Kau ada di kala ku jatuh.
Di setiap bangunku.
Terus menemaniku.
Tanpa rasa jemu.""Kau ada di setiap tawa.
Di kala bahagia.
Kau menjadi sahabatku.
Selamanya."Bait lagu Sahabat oleh Najwa Latif sekali lagi menjentik tangkai hatinya. Air mata yang agak kering tadi, kembali merembes laju.
Teringat kembali peristiwa setengah bulan lepas. Ketika dia berbual dengan kawan baiknya, Rina melalui whatsapp.
"Syura! Rina mesej tu."
Panggilan oleh Puan Rahmah membuatkan Syura segera ke ruang tamu, mengambil telefon yang di tinggalkan di atas meja tadi. Aplikasi whatsapp Syura buka.
Rina Gediks
online.Yow Rara.
Kau buat apa tuh?Joget dangdut...Nape?
Loyar buruk eh kau.
Weh!
Kau dah siap ed math?
Nak tiru!Meniru aje.
Siapa ajar?😡Tak sampai 5 minit, semua jawapan sudah dihantar kepada Rina. Syura duduk termenung sendiri. Tiba-tiba, fikirannya melekat pada sesuatu.
Rina Gediks
online.Weh Rina.
Kita kawan kan?Sepuluh minit menunggu, soalannya dibalas.
Rina Gediks
onlineKau rasa kau
kawan aku ke?Erm...ye?
Then, it's a no.
Hahah.
Lawak beb.I'm not joking.
Kau memang bukan
kawan aku.
Kau pun bukannya
pernah ada masa
aku susah.Sorry.
Aku tak tahu.
Please...
Kita kawan kan?Hahahah.
No Rara.
We're not and never.
Keep that in your
mind.Tapi dah 4 tahun kut.
Takkanlah 4 tahun tu
kita tetap bukan kawan?Sorry but no.
Fullstop!Syura terpempan. Bahagian atas chat dilihat. 'Last seen on 16.48 p.m.'
Dan, selama seminggu Syura menghilangkan diri. Tiada siapa dari lima sahabatnya yang mencari mahupun menyedari.
Terus sahaja dia membuat keputusan untuk menghilangkan jejak dirinya. Telefon hanya di buka seminggu sekali atau bila perlu sahaja. Semua kenangan dengan sahabat-sahabatnya dipadam dari telefon.
Sakit!
Semua tuduhan dirasakan tak berasas. Tiada masa Rina susah?
Habistu, siapa yang merayu untuk menjadi tempat luahan gadis itu hampir setiap hari? Siapa yang terhegeh-hegeh ingin menjadi tempat sandaran Rina selama ni?
Siapa lagi kalau bukan Syura!
Rina yang selalu jual mahal. Kononnya Syura tak mampu membantu. Walaupun setakat tempat meluah rasa.
Oh! Patutlah lima sahabatnya itu selalu berbisik-bisik. Kadang-kadang kantoi berahsia dengan Syura.
Ah! Sakitnya!
Mata yang masih terpejam di ketap kuat. Bibirnya digigit untuk menahan tangis.
'Dah dekat sebulan dah, Syura. Kau kena move on. Move on!'
Bisik hatinya. Segera sisa air matanya di seka kasar. Mata masih terpejam rapat.
"Kau menangis ke?"
Suara garau yang mencelah tiba-tiba membuat Syura segera membuka mata. Seketika, matanya terbeliak luas.
YOU ARE READING
Aku Kawan Dan Cinta
RandomNur Syura. Hidupnya sering kesunyian. Sejak kecil langsung tiada yang mahu berdamping dengannya. Sikapnya yang memang introvert teruk membuatkan dia susah berkawan. Suasana baru di sekolah menengah menemukan dia dengan manusia-manusia baru sekaligu...