"Hahahah! Aku tak boleh brain lah weh. Lawak giler! Hahahah! Panggil ibu dengan Faris? Macam budak kecik! Hahahah!"
Syura hanya mencebik memandang Daniel dan Faris yang masih belum berhenti ketawa. Matanya yang masih memerah dan comot dengan air mata dilap sekilas.
"Kalau kau datang cuma nak ejek aku baik tak payah." Marah Syura.
"Mana ada. Aku bukan nak ejek kau je, nak buat kau terkencing sekali. Hahahah! Penakut!"
Sekali lagi bunyi tawa Daniel dan Faris mengisi ruang. Syura hanya memasamkan mukanya. Sakit hati! Dahlah tengah bad mood!
"Kau tak rindu aku ke?"
Soalan dari Daniel tidak dijawab. Tangannya sibuk menggentel hujung bajunya sendiri.
"Weh! Kau dengar tak?"
Senyap. Masih tiada jawapan.
Daniel bertukar pandang dengan Faris. Budak lelaki 13 tahun itu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu apa-apa.
Daniel menggaru kepalanya. Tak tahu macam mana nak berkomunikasi dengan Syura.
"Kau marah eh?"
"..."
"Weh!"
"..."
"Syura."
"..."
Sekali lagi kepalanya digaru. Baru usik sikit dah merajuk pulak. Emo sangat Syura hari ni.
"Err... Faris naik dululah. Nak main game. Bye, abang Dan!" Terkocoh-kocoh Faris melarikan diri. Membiarkan kerja memujuk kepada Daniel.
Daniel mengeluh apabila kelibat Faris hilang dari pandangan. Nampaknya, beban memang nak kena tanggung sendirilah.
"Syura, janganlah marah. Aku gurau je." Bahu Syura ditolak dengan ranting kayu namun gadis itu masih membatu memandang tanah.
"Sorrylah. Aku cuma nak create memories dengan kau je."
"..."
Daniel menjuihkan bibir apabila kata-katanya masih tidak dilayan oleh Syura.
"Syura. Kau... Tak suka aku datang ke?" Soalnya sayu.
Syura menjeling Daniel sekilas tetapi mulutnya masih tidak mengeluarkan sebarang suara. Daniel mengeluh berat.
"Kalau kau tak suka, aku boleh balik. Bye, assalamualaikum." Serentak itu, Daniel bangun dari duduknya.
Belum sempat nak melangkah, suara Syura sudah kedengaran. "Aku memang nak jumpa kau."
Daniel tersenyum lebar lalu duduk di sebelah Syura kembali. "Kau rindu aku eh?"
Usikan Daniel dibalas dengan jelingan tajam. Tangannya naik menunjukkan penumbuk kecilnya di hadapan muka Daniel. "Nak makan ni?"
Daniel tertawa. Lucu sungguh melihat wajah marah gadis itu. Yang pasti, sekadar marah-marah manja.
Eh! Manja?
"Daniel."
"Hmm?"
"Aku nak tanya sikit boleh?"
Soalan Syura dibalas dengan anggukan meskipun hatinya terasa pelik denagn sikap gadis itu.
"Kau... takkan tinggalkan aku kan?" Penuh berharap Syura menyoal.
"Maksud kau?"
"Kau akan stay jadi kawan aku. Sampai bila-bila? Friend forever?" Syura menerangkan dengan mata bergenang.
Sungguh, dia sayangkan semua kawan-kawannya. Mana mungkin dia sanggup kehilangan seorang kawan lagi. Termasuklah Daniel.
"Kawan selamanya?" Wajah Daniel berubah kelat. Halkumnya bergerak-gerak menelan air liur. "Takkan berubah ke status kawan tu?"
Syura mengerut dahi. Balasan dari Daniel mengelirukannya. "Maksudnya, kau tak nak jadi kawan aku? Kau nak tinggalkan aku ke?"
"Bukan, bukan!" Kepala Daniel digeleng ke kiri dan kanan, laju. "Kita kawan, forever."
Syura tersenyum memandang Daniel. Harapnya, lelaki itu takkan memungkiri kata-katanya.
"Euw! Macam pondanlah pulak emo, emo macam ni. Tengok tu muka kau. Macam mati laki." Tukas Daniel sambil menayangkan muka jengkel.
Syura hanya tertawa.
Tiba-tiba, bunyi motor berhenti di halaman rumah Syura kedengaran. Syura memandang dengan penuh tanda tanya.
Kelibat empat orang gadis yang baru turun dari motosikal ditenung gelabah. Tangannya mula menggigil kecil.
Syura kenal empat gadis itu. Rakan sekelasnya selama enam tahun di sekolah rendah.
"Korang, lambatnya sampai." Sapa Daniel. Bibirnya mengukir senyum manis ke arah gadis-gadis itu.
"Salah Balqis. Lambat sangat nak siap." Ujar salah seorang gadis, Alia. Balqis yang sedar dipersalahkan hanya mencebik.
"Kalau korang datang awal, dapat tengok drama free tadi." Daniel tertawa dengan kata-kata sendiri. Masih terbayang-bayang reaksi ketakutan Syura tadi.
Halina yang sudah melabuh duduk mengerut kening. "Drama apa?"
"Drama Syura menangis."
"Daniel!" Syura menjerit kecil. Sudahlah dia tak suka kehadiran gadis-gadis itu, Daniel pula selamba membuka aibnya.
"Kau menangis?" Sinis Teha. Wajah Syura direnung jijik. Sudah empat tahun tak bersua, sekali jumpa memang dia takkan lepaskan gadis itu. "Lemah."
"Bukan urusan kau." Dingin Syura. Matanya dilarikan ke arah lain, asalkan bukan empat gadis itu memasuki ruang penglihatannya.
"Hahaha, lawaklah Syura. Takkan nangis kut. Comel!" Balqis pula bersuara. Pipi Syura dicuit kasar seraya tawanya mengisi ruang.
Syura mencebik. Dasar minah senget pelakon antarabangsa tak diiktiraf! Hipokrit tahap bulan!
"Daniel, lama ke kau kat kampung? Dah lama tak jumpa kau."
"Haah, kitorang rindu tau." Gedik Halina menambah kata-kata Alia. Alia, Balqis dan Teha turut angguk, mengiakan.
Daniel tersengih. "Haha, aku pun rindu jugak. Kat kampung ni maybe sampai habis cuti."
Balqis sudah tergedik-gedik apabila Daniel turut menjawab kata-kata rindu mereka. Hashtag, syok sendiri.
"Aku balik ni pun sebab nak jumpa Syura. Bestfriendlah katakan." Tambah Daniel lagi.
Keempat-empat gadis itu saling berpandangan. Halina diam-diam menggosok belakang Balqis untuk menenangkan gadis itu. Balqis mendengus perlahan.
Seketika, senyuman kembali menghiasi bibir Balqis. "Bestfriend je kan? So, kau single lagi ke?" Sempat Balqis memandang Syura dengan senyuman sinis.
Syura menjulingkan matanya ke atas. Tahu sangat Balqis sudah lama menyimpan perasaan pada Daniel. Heh, satu kelas dah tahu tapi Daniel tu....entahlah.
Nak cakap Daniel tak tahu, otak lelaki tersebut bukan lembab sangat nak tafsir perbuatan minah senget itu. Tapi, Daniel tetap Daniel. Semua perempuan pun dia layan lain macam.
"Single but not available." Daniel tersengih lagi.
Suara Daniel membawa Syura keluar dari kotak fikirannya sendiri. Walaupun tak dapat tangkap kata-kata Daniel, wajah sedih Balqis membuat Syura tersenyum nipis.
"Alah, kenapa..?" Sayu Balqis.
Daniel diam sejenak. Tak semena-mena, senyuman manis bak madu menghiasi bibirnya. "Sebab aku dah ada crush. Boek, cantik dan paling penting-"
"Apa?" Soal Teha tidak sabar.
"-aku yakin ada peluang."
YOU ARE READING
Aku Kawan Dan Cinta
RandomNur Syura. Hidupnya sering kesunyian. Sejak kecil langsung tiada yang mahu berdamping dengannya. Sikapnya yang memang introvert teruk membuatkan dia susah berkawan. Suasana baru di sekolah menengah menemukan dia dengan manusia-manusia baru sekaligu...