B5

9 4 0
                                    

     "Malasnya..."

Dengan perlahan, Syura bangun dari baring. Kaki dilunjur ke bawah katil tetapi masih tiada tanda-tanda mahu bergerak.

'Huargh!'

Mulutnya yang terbuka besar akibat menguap ditutup dengan belakang tangan. Ngantuk!

Telefon di meja kecil tepi katil diambil lalu dibuka. Terus matanya tertancap pada satu pemberitahuan. Ilman Daniel!

Ruang mesej dibuka lalu mesej dari Daniel dibaca.

'Assalamualaikum and gud morning. Selamat hari pertama ke form 5 meskipun malas. Hahahaha... Aku malas duh nak sekolah hari ni. Boleh tak aku nak ponteng?'

Syura ketawa kecil. Hilang terus kantuknya sebentar tadi. Mesej Daniel lantas di balas.

'Waalaikumussalam, Tuan Daniel. Ee.. Tak malunya hari pertama nak ponteng. Cuba jadi macam aku, esok baru ponteng.😂'

Send.

Dengan hati yang lapang, kaki Syura mula melangkah untuk ke bilik air. Sebelum keluar dari bilik, sempat dia mengerling sekilas telefon di atas meja.

Berkelip. Nantilah baru baca. Mandi dulu oi. Dah pukul 6.00 pagi.

____________________________________

     Sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Puan Rahmah berhenti di tepi jalan, Syura melangkah keluar. Sempat dia melambai ke arah Puan Rahmah sebelum ibunya berlalu.

Halaman sekolah yang mula nampak sibuk dipandang seraya nafas panjang ditarik. Dengan bacaan bismillah, Syura melangkah masuk. Terus sahaja dia bergerak ke dewan.

"Rara!"

Syura menoleh ke kiri dan kanan, mencari gerangan yang memanggil namanya. Apabila matanya menangkap figura seorang gadis berbaju kurung biru tua, senyuman kelat terhasil di bibir.

Rina.

Tubuh Syura dipeluk mesra oleh Rina. Senyuman riang di bibir Rina dibalas dengan pandangan sayu.

"Rara... Selamat naik ke sekolah. Sama-samalah kita menghadap kerja rumah yang banyak. Serta, sama-samalah kita tidur di dalam kelas ya. Hahaha..."

Syura turut ketawa meskipun tidak ikhlas. Entahlah. Mungkin, masih terasa dengan kata-kata Rina ketika cuti yang lalu.

"Kau okey tak ni? Macam sedih je." Soal Rina lagi. Wajah keruh Syura dibelek-belek.

"Aku okey je lah. Malas sikit. Kau tahu kan aku tak suka sekolah." Jawapan selamat.

Takkanlah nak jawab, 'Aku sakit hati dengan kau! Mulut busuk!'. Syura masih cukup waras untuk tak berbuat begitu.

"Laa... Dah lebih sebulan terperap dalam rumah, takkan tak puas kut. Ni last year tau."

Syura hanya tersenyum kecil membalas kata-kata Rina. "Takpelah, weh. Aku masuk dewan dulu."

Tangan Rina yang masih melekat dibahunya, Syura tolak. Tanpa menunggu sebarang kata dari Rina, terus sahaja dia tinggalkan gadis itu terkebil-kebil sendiri.

"Dah kenapa nak cepat masuk dewan? Nak kata homework tak siap, cikgu mana pulak bagi kerja rumah masa cuti akhir tahun. Bendera jepun agaknya Syura ni." Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

Malas berfikir lanjut, terus sahaja dia berjalan ke pagar. Menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas di bahagian pagar utama sekolah.

____________________________________

     "Rara! Rara!"

Jeritan Rina membuatkan Syura mengangkat kepalanya dari meja. Wajah teruja Rina dipandang kosong.

"Weh, Rara. Tahu tak, tadi aku jumpa 'burung hantu' weh!" Tangan Syura di atas meja ditepuk-tepuk teruja. Senyuman di bibir Rina sudah lebar sampai ke telinga.

Maklumlah, baru jumpa encik crush.

Syura mendecit halus. "Buat apa nak bagitahu aku. Kita bukan kawan pun."

Riak sinis dan dingin Syura serta-merta mematikan keterujaan Rina. Wajah Syura dipandang takut-takut. "A...apa kau cakap ni? A..aku t..ak faham."

"Heh! Tak payah berlakon lagilah. Aku penat." Tangan kanan dibawa ke atas, meraup kasar wajahnya. "Kau sendiri yang cakap kita bukan kawan."

"Hah?!"

Jelas riak terkejut ditunjukkan oleh Rina. Anak matanya bergetar-getar seperti sedang berfikir panjang.

"From now on, kau dan diorang ni semua, bukan lagi kawan aku. Eh, silap. TAK PERNAH jadi kawan aku." Jari telunjuk di hala ke arah empat lagi kerusi yang tidak berpenghuni.

"What?! Apa ni, Ra? Kita kawan kan? Dah lama kut kita kawan. Kenapa ni?" Rina keliru. Hujung lengan baju Syura ditarik-tarik perlahan.

"Heh! Jangan nak jilat balik ludah kau." Serentak itu, bajunya yang ditarik Rina direntap kasar lalu terus Syura meninggalkan kawannya itu terkebil-kelil sendiri.

Hilang sahaja kelibat Syura, Rina memegang kepalanya. Diketuk-ketuk perlahan kepalanya sambil mulut berkumat-kamit.

Aku Kawan Dan CintaWhere stories live. Discover now