B8

11 4 3
                                    


      Daniel duduk termenung di atas pangkin, menunggu kedatangan Syura. Jamnya dikerling sekilas.

"Biar betul Syura ni? Dah setengah jam kut!" Daniel mengeluh.

Sudah setengah jam dia menunggu Syura di sini tetapi langsung tak nampak kelibatnya. Tadi, Puan Rahmah kata sudah memanggilkan Syura. Faris juga sama.

"Hesy, budak ni. Buat apa lama sangat?" Telefon dikeluarkan lalu nombor Syura didail pantas. Hanya bunyi deringan yang kedengaran, namun tidak diangkat.

Kali ketiga mendail, panggilannya ditolak. Berapi sungguh hatinya kini. Lantas, kaki dibawa ke depan rumah gadis itu.

"Assalamualaikum. Faris!"

Tak sampai sepuluh saat, wajah Faris dah terjengol di pintu. "Kenapa abang Dan. Nak naik ke? Mehlah. Boleh main game dengan Faris ni."

Daniel menggeleng perlahan. "Kakak mana?"

"Masih dalam bilik. Faris dah panggil tadi, dia cakap sekejap."

"Sekejap apanya kalau dah setengah jam! Hesy, kakak kau ni Faris. Ada yang kena ketuk kepala nanti." Daniel mula membebel. Wajahnya berkerut-kerut membayangkan wajah selamba Syura. "Mana tingkap bilik kakak?"

"Nak buat apa, bang?" Faris mula memakai seliparnya.

"Nak panggillah. Kalau panggil guna cara lembut tak jadi, kita guna cara kasar pulak." Daniel tersenyum sinis.

Faris yang melihat hanya menjongket bahu. Tak faham langsung dengan kawan kakaknya ini.

____________________________________

     'Tok, tok, tok!'

Bunyi ketukan itu membuatkan Syura menyelak selimut yang menyelubungi kepalanya. Suasana gelap didalam biliknya mengaburi pandangan sendiri.

Kepala ditoleh ke kiri dan kanan. "Ibu ke? Sekejap lagi Syura turun. Cakap dengan Daniel, tunggu sekejap." Laung Syura ke arah pintu.

Senyap. Tiada respon dari ibunya. Syura menggaru kepala. Malas nak berfikir lanjut, mata kembali ditutup seraya menyelubungkan diri dengan selimutnya.

'Tok, tok, tok!'

Kepala kembali diangkat. Sekeliling biliknya yang dihurung kegelapan itu di pandang tajam.

'Tok, tok, tok!'

"Aduh. Bunyi apa pulak ni?" Gumamnya sendiri. Selimut ditarik rapat ke dada.

"Syuraaaa....."

Sayup-sayup kedengaran suara memanggilnya. Makin menggigil tubuh Syura tika ini. Bulu romanya sudah menegak.

"Syuraa...."

'Tok, tok, tok!'

"Syuraaa...."

'Tok, tok, tok!'

Bunyi ketukan yang diselangi panggilan namanya semakin kuat. Syura memeluk erat kedua lututnya. "Ibu! Faris!"

Tiada jawapan.

Berkali-kali dia memanggil si ibu dan si adik namun langsung tiada bersahut.

"Hihihihi~"

Bunyi hilaian tawa itu terus membuatkan air mata Syura mengalir laju. Takut sungguh dengan keadaannya ini.

"Ibu! Faris! Tolong S..Syura! Syura takut! Eisk, eisk." Menjerit-jerit dia memanggil ahli keluarganya. Masih juga tiada sahutan.

"Hahahah! Woi, Syura! Kau takut ke?! Hahahah!" Syura menajamkan telinganya. Suara lelaki itu, macam pernah dengar.

Segera tudung dicapai lalu tingkap biliknya dibuka. Berpusu-pusu cahaya masuk menerangi bilik yang dilanda kegelapan sebentar tadi.

Syura menjeling tajam figura dua lelaki yang sungguh-sungguh ketawa tika itu. Air matanya yang masih mengalir bersama mata yang kemerah-merahan tidak menghalang aura kemarahannya untuk keluar.

"Aku benci kau, Daniel!"

Pepintu tingkap dihempas kuat. Laju kakinya melangkah ke katil untuk menyambung tangis. Bunyi ketawa yang sudah berhenti dibiarkan sahaja. Sakit hati akibat dipermainkan oleh kawan dan adiknya sendiri.

Sementara itu di luar rumah, Daniel dan Faris sudah saling berpandangan. Riak bersalah menghiasi wajah masing-masing.

"Kakak memang pengecut sikit." Ujar Faris.

"Sangat, bukan sikit." Tambah Daniel pula. Tingkap yang ditutup rapat dipandang. Sayup-sayup kedengaran bunyi esak tangis Syura.

"Syura! Aku minta maaf!" Laung Daniel namun tiada balasan. Makin kuat esakan Syura adalah.

"Kakak! Faris pun minta maaf!"

Tiada balasan. Masing-masing menunjukkan wajah buntu.

"Syura! Aku gurau je! Sorrylah!"

"Weh, Syura! Turunlah weh! Kata nak jumpa aku hari tu!"

"Kakak! Janganlah marah! Faris janji tak buat lagi!"

Faris memandang wajah Daniel yang jelas serba salah. Si kakaknya pun satu. Kenapa nak emo sangat? Gurau je pun.

"Abang Dan, tak boleh nak pujuklah." Ujar Faris.

Daniel menoleh memandang Faris. "Habistu, nak buat macam mana lagi?"

"Macam abang Dan cakap tadi, tak boleh cara lembut, kita guna cara kasar." Faris tersenyum sinis diikuti Daniel.

Daniel mendekati tingkap lalu pepintu ditarik acah-acah. "Weh, Syura! Kalau kau tak turun, aku sendiri yang naik! Aku boleh je panjat tingkap kau ni!"

Tiada sahutan namun esakan Syura sudah tidak kedengaran. Daniel menoleh kebelakang, memandang Faris yang sudah mengangkat kedua ibu jari padanya.

Daniel tersenyum sinis, lebih sinis dari tadi. "Aku no hal nak panjat ni Syura! Kalau kau memang nak sebilik dengan aku, lagilah no hal. Kau tahukan, kalau jiran-jiran nampak mungkin ada yang laporkan. Nak kahwin free dengan kau, aku memang no hal!"

Serentak itu, tawa Daniel dan Faris berpadu. Sungguh-sungguh Faris ketawa sehingga merah mukanya.

'Pakk!'

"Argh!"

Daniel memegang dahinya yang terasa pijar dihentam pepintu tingkap. Habis terjelepuk dia jatuh ke atas tanah.

"Abang Dan!" Faris mendekat lalu membelek wajah Daniel. "Kakak ni! Kesian abang Dan."

Syura yang memandang dari tingkap hanya menjeling tajam. "Padan muka! Siapa suruh buat benda tak senonoh."

"Dah kau tak nak turun." Jawab Daniel dengan bibir yang terjuih.

"Kau kacau aku!"

"Kau buat aku tunggu lama sangat."

"Kau... kau.." Syura mati kata. Tak tahu apa lagi untuk menembak lelaki itu.

"Hah! Dah tak dapat balaslah tu!" Faris pula mencelah dengan senyuman mengusik. Faham sangat kakaknya yang tidak mahu kalah.

"Ah, diamlah! Tunggu je kat bawah, aku turun! Kalau kau panjat, aku bunuh kau!"

Pepintu tingkap ditutup kembali lalu kedengaran bunyi Syura menapak. Faris dan Daniel saling berpandangan, lalu serentak,

"Girls are complicated."





Aku Kawan Dan CintaWhere stories live. Discover now