B4

9 5 0
                                    

        "Alaa... Kenapa cepat sangat nak balik KL? Cuti kan ada seminggu lagi." Syura mendengus tak puas hati.

Berita yang baru diterima dari Daniel membuatkan dia rasa tidak senang duduk. Baru seminggu tiga hari berjumpa semula, lelaki itu sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur.

"Aku nak daftar untuk form 5 lah. Kena balik awal. Lagi pun, barang-barang sekolah semua belum cari." Ujar Daniel seraya memasukkan sepotong epal ke dalam mulutnya.

"Tapi... Kita baru jumpa sekejap."

"Lama apa. Lebih seminggu kan?" Daniel memandang Syura yang sibuk bermain dengan jari sendiri. Bibir gadis itu sudah memuncung tak puas hati.

"Seminggu sekejap je lah, abang Dan." Sampuk Faris, adik Syura.

"Kan, Faris. Seminggu mana ada lama." Syura juga menyokong.

Daniel mengeluh berat. Wajah kecewa Syura dan Faris di tatap silih berganti.

"Nak buat macam mana. Aku tetap kena balik. Nanti kita calling-calling je lah."

"Mana sama." Muka Syura memasam. Air teh ais di dalam cawan di sedut perlahan sebelum matanya diliarkan memandang pokok-pokok menghijau di sekeliling rumahnya.

"Erm... Cuti tahun baru cina aku balik. Amacam?"

Sejenak, Faris dan Syura bertukar pandang.

"Okey! Tapi, nanti teman Faris memancing kat sungai tau." Faris bersetuju.

"Boleh je. Abang Dan janji temankan Faris." Jawab Daniel. Tangannya yang diangkat gaya berikrar membuatkan tawa Faris meletus.

"Eleh. Kawan akak, dia pulak yang buat syarat." Syura mencebik dan di balas dengan jeliran lidah oleh Faris.

"Deal eh aku balik esok?" Daniel meminta kepastian sekali lagi.

Syura menjeling tajam. "Kalau tak setuju bukannya kau nak stay sini pun kan. Balik je lah. Babai!"

Syura terus bangun meninggalkan Faris dan Daniel di situ. Terkebil-kebil mereka berdua memerhati figura Syura yang sedang mendaki tangga.

"Kakak Faris tu merajuk ke?" Tanya Daniel dengan kening berkerut.

Faris menggeleng laju. "Kalau akak merajuk, dia nangis terus. Tak merajuklah tu."

Daniel hanya memerhati sahaja rumah Syura yang tersergam indah. Kepalanya masih terlekat dengan bayangan wajah cemberut milik Syura. Tak semena-mena, tawa kecilnya terlepas.

____________________________________
       Syura memandang syiling biliknya yang berwarna putih. Sudah dekat sejam dia baring menghadap syiling tanpa membuat apa-apa.

Bosan sungguh. Biasanya waktu-waktu sebegini, dia akan melepak di pangkin bersama Daniel. Sekadar berborak dan bermain permainan kecil sambil menikmati angin petang.

Tetapi, disebabkan Daniel sudah balik ke Kuala Lumpur pagi tadi, dia mati kutu sahaja di dalam bilik. Sempatlah dia berjumpa Daniel ketika lelaki itu singgah ke rumah pagi tadi.

Telefon yang sudah seminggu tidak disentuh, dihidupkan. Data telefonnya turut dihidupkan. Hanya ada satu mesej yang masuk. Terus sahaja ruang perbualan itu di buka.

+60 18-437 1218
Last seen today at 09.16 a.m.

Assalamualaikum.
Bye Syura.
Jumpa next holiday.
Jangan lupa rindu aku.🤗

Syura tersenyum sendiri. Tahu sangat siapa pemilik nombor itu. Dari hari tu tak pernah chat sebab jumpa hari-hari. Laju sahaja tangannya bergerak membalas mesej.

'Waalaikumussalam. Jangan risau, aku takkan rindu kau. Baik aku rindu kucing aku yang dah dua hari tak balik tu.😂'

Send.

Syura ketawa sendiri. Lapang dadanya dapat bercakap dengan lelaki itu. Tanpa membuang masa, nombor tersebut disimpan dengan nama 'Ilman Daniel my BFF'.

Skrin telefon di belek sekali lagi. Baru dia perasan. Tiada langsung mesej atau panggilan dari sahabat-sahabatnya.

Keluhan berat meluncur keluar dari bibir. Tiba-tiba, dia terfikir,

Macam mana kalau Daniel pun sama seperti sahabat-sahabatnya yang lain? Meninggalkan dia sendiri sekali lagi.







Aku Kawan Dan CintaWhere stories live. Discover now