Sepanjang cuti sekolah, hampir setiap hari Daniel akan datang ke rumah Syura. Menghabiskan masa dengan hanya berbual-bual. Kadang-kala, ada juga mereka bermain permainan kecil.
"Weh, tampallah betul-betul. Kau ni asyik merosakkan aje."
Syura menepis tangan Daniel yang sedang menampal cebisan kertas berwarna biru ke atas pinggan kertas. Hasil tampalan yang senget di renung tak puas hati.
"Tahu aku tak nak buat sama-sama. Tengoklah ni. Aku tampal straight je. Tersusun. Kau? Senget tahu tak! Dah tak nampak rupa!" Bebel Syura.
"Itu namanya seni. Kau buta seni mana tahu." Bidas Daniel pula.
"Senilah sangat. Cakap jelah kau tak serius kan. Tadi cakap nak buat ni. Menggamit kenanganlah, apalah. Nak muntah aku dengar."
"Menggamit kenanganlah ni. Kan aku buat macam ni masa kat sekolah dulu. Senget-senget sikit, lukisan tak simetri. Baru ohsem!" Daniel pula mempertahankan diri.
Syura mencebik. Malas nak melayan mulut murai Daniel. Kalau bergaduh mulut, memang susah nak menang. Baik sambung hias pinggan kertas.
Sengaja mereka memilih aktiviti menghias pinggan kertas. Aktiviti di kelab reka cipta ketika darjah lima dahulu. Mereka berada di kelab yang sama.
"Syura. Apa yang kau paling ingat pasal hias pinggan ni?" Soal Daniel tiba-tiba.
Syura yang sedang sibuk melukis jarum jam terhenti pergerakannya. Kepala diangkat, memandang Daniel.
"Erm.. Jap. Biar aku recall."
Suasana sunyi seketika. Syura meliar pandang ke sekeliling, seperti mencari sesuatu. Macamlah memorinya boleh dijumpai sebegitu.
"Hah! Dah ingat. Aku tak boleh lupa bila kau, Fizal dengan Luq terpatahkan kerusi sebab berat sangat. Terlebih muatan. Hahahah!"
Terus terbayang muka terkejut mereka selepas kerusi itu patah. Ada yang jatuh tergolek lagi.
"Eish! Kerusi tu yang uzur tau. Kitorang ringan je."
"Tak kisahlah. Yang penting lawak. Hahahah!"
Daniel tersenyum sinis melihat Syura yang masih tiada tanda mahu berhenti ketawa. "Kau nak tahu apa yang lagi lawak tak?"
Syura memandang Daniel dengan sisa tawanya. "Apa? Apa?"
"Ni!"
Sejurus itu, satu lukisan pada pinggan kertas terpampang di depan mata Syura. Membulat matanya melihat lukisan itu.
"Daniel! Aku tak hodoh macam tu lah. Mana ada hidung aku besar macam tu. Mata aku pun mana ada senget sebelah." Syura mendengus sebal.
Giliran Daniel pula yang ketawa besar. Seronok mengusik gadis itu dengan kenangan lalu.
Lukisan sama yang dia buat ketika sekolah rendah dulu. Akibatnya, mereka berkejaran di gelanggang takraw semata-mata Syura ingin mengoyakkannya. Takut Daniel tunjuk pada orang lain.
"Kan seni ni. Hahaha, kau mana faham."
Tangan Syura yang sudah memanjang ingin merampas tidak berjaya mencapai hasratnya. Lukisan itu sudah di bawa lari oleh Daniel lalu disimpan di bawah seat motor lelaki itu.
Syura hanya mampu redha kerana seat itu terkunci.
"Siap kau Daniel! Ada hari aku balas!" Syura melabuh duduk dengan kasar di atas pangkin. Kerja yang tergendala terus disambung.
Sedang dia tenggelam dengan hasil seni sendiri, namanya dipanggil oleh Daniel.
"Pebenda lagi kau ni? Rimas aku."
"Cuba kau tengok tu."
Syura melihat arah yang ditunjukkan oleh Daniel. Ada seekor katak yang duduk diam sahaja disitu.
"Katak? Kenapa? Ingat aku tak kenal itu katak?" Tukas Syura malas.
"Bukanlah. Kau tak ingat ke, katak pernah masuk dalam kasut kau kat sekolah dulu. Sampai kau menjerit. Hahahah! Reaction kau masa tu, fuh! Priceless ah." Daniel tergelak lagi.
"Eish, kau ni! Semua benda buruk pasal aku kau ingat." Syura memuncungkan mulutnya.
"Mana ada buruk. Comel apa masa tu." Jawab Daniel tanpa perasaan.
"Kau nak cakap aku comellah ni? Hmm?" Syura tersenyum mengusik. Bukan senang nak dengar Daniel memuji orang.
"Dulu je comel. Sekarang, bluerk!" Daniel membuat muka nak muntah lalu ketawa. Muka cemberut Syura semakin mengusik hatinya.
"Hesy, kau ni! Memang mintak penampar! Dahlah, aku nak pergi tandas sekejap. Jangan balik dulu tau." Ujar Syura seraya bangun dari duduknya.
"Kau bukan nak menangis kat tandas kan?" Usik Daniel lagi.
"Ilman Daniel.... Tolong sayangi lidah anda sebelum ia hancur ya."
Daniel hanya ketawa melihat Syura yang pergi dengan muka tegang. Macam nak mengamuk.
Daniel menggumam sendiri. "Kau dah tak comel, Syura. Kau comel plus cantik. Cotik!"
YOU ARE READING
Aku Kawan Dan Cinta
RandomNur Syura. Hidupnya sering kesunyian. Sejak kecil langsung tiada yang mahu berdamping dengannya. Sikapnya yang memang introvert teruk membuatkan dia susah berkawan. Suasana baru di sekolah menengah menemukan dia dengan manusia-manusia baru sekaligu...