Sudah seminggu persekolahan bermula. Sejak hari pertama lagi, perubahan sikap Syura membuatkan sahabat-sahabatnya pening kepala.
Tiada lagi gelak tawa Syura mahupun lawak bodoh gadis itu. Sepanjang hari, hanya fokus pada pembelajaran atau tidur.
Afikah yang duduk di belakang Syura mencuri pandang wajah gadis itu yang disembam pada lengan sendiri. Tidur barangkali.
"Weh, cepatlah tegur." Shima yang duduk di sebelah Afikah menyenggol lengan kawannya itu
Afikah menjeling tajam. "Sabarlah! Aku nervous tahu tak."
Kedua belah tangan yang mula mendingin digosok laju. Sungguh, aura yang dikeluarkan oleh Syura membuatkan masing-masing menggigil.
Walaupun gadis itu hanya diam, tetapi diam adalah petanda paling tak baik jika melibatkan Syura. Auranya pula, seolah-olah membina penghadang kukuh yang memisahkan gadis itu dengan dunia luar. Renungan kosongnya, cukup menghantar gentar di hati.
Sungguh, ini bukanlah Syura yang dikenali selama empat tahun lepas. Masakan tidak bertemu selama sebulan dua minggu sahaja boleh mengubah Syura sebanyak ini.
"Berapa lama lagi nak tunggu kau tegur?" Bisik Amirah yang menyangkung di sebelah kerusi Afikah. Takde kerusi, terpaksalah bercangkung sahaja.
"Kenapa aku yang kena buat? Huhuhu... Nyawa aku dah nak tercabut tahu tak?" Afikah merungut lagi.
"Sebab kau kalah osom tadi!" Serentak Amirah dan Shima menjawab persoalan Afikah. Afikah hanya mencebik.
Dengan nafas panjang yang dihela beberapa kali, tangan Afikah memanjang ingin menyentuh bahu Syura. Namun belum sempat bahu Syura dicuit, gadis itu sudah bangun lalu berjalan ke luar kelas.
Serentak mereka bertiga bertukar pandang.
"Bukan salah aku. Aku dah nak tegur dia tadi." Afikah membela diri seraya mengangkat kedua tangannya separas muka sebagai pertahanan.
"Kau lambat sangat!" Marah Shima pula.
"Kita hanya merancang, Allah yang menentukan." Serentak itu, bahu Amirah dipukul kuat oleh Shima manakala Afikah hanya tersengih. Suka apabila dirinya dibela.
"Korang gaduh dengan Syura ke?"
Soalan dari salah seorang rakan sekelas mereka membuatkan ketiga-tiga gadis itu mengeluh.
Pasti satu kelas perasan akan masalah yang melanda mereka berlima yang sudah berkawan baik sejak tingkatan satu. Malah, Afikah sudah mengenali Syura sejak darjah satu lagi dan mula berkawan rapat ketika darjah enam.
Masakan keakraban mereka berlima tidak dicemburui. Lagi-lagi sikap open minded, happy go lucky, malah kepandaian milik Syura.
Ramai sahaja yang cuba mendekati gadis itu namun hanya empat orang yang berjaya menjadi kawan yang sebenar-benar kawan. Tetapi, datang pula masalah sebegini tanpa mereka tahu apa puncanya.
Hati masing-masing risau melihat masalah ini. Tambahan, Rina pula kelihatan sambil lewa dan selalu menyendiri. Seperti tidak kisah dengan hal ini.
Shima dan Amirah bertukar pandang. Pengalaman empat tahun berkawan membolehkan mereka memahami isyarat mata masing-masing. Shima menjuihkan mulutnya ke arah Rina yang sedang termenung dan dibalas dengan anggukan dari Amirah.
"Ehem. Rina... Kau buat apa tu?"
Rina menoleh. Terbias riak jengkel apabila beberapa saat keadaan dihurung sunyi. "Korang nak apa ni?"
"Hehehe... Alaa, janganlah marah-marah. Kata bestfriend. Tak gitu?"
Figura Afikah yang menggerak-gerakkan bahunya sambil menggigit jari telunjuk secara gedik membuatkan tiga gadis lain menayang muka menyampah.
YOU ARE READING
Aku Kawan Dan Cinta
RandomNur Syura. Hidupnya sering kesunyian. Sejak kecil langsung tiada yang mahu berdamping dengannya. Sikapnya yang memang introvert teruk membuatkan dia susah berkawan. Suasana baru di sekolah menengah menemukan dia dengan manusia-manusia baru sekaligu...