Insan terpilih. Episode satu

858 21 0
                                    

Di sebuah tempat tanah persendirian, tinggal seorang lelaki bersama tiga orang anak gadisnya yang sangat cantik. Ketiga-tiga gadis cantik itu dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Lelaki separuh umur itu merupakan seorang petani dan membesarkan ketiga-tiga puterinya itu dari hasil ladangnya.

Ketiga-tiga gadis jelita itu sudah mencukupi umur untuk berkhawin, namun disebabkan mereka jarang keluar dari kawasan tanah pusaka persendirian itu, maka kewujudan mereka tidak diketahui umum.

Pada suatu hari, ketiga-tiga gadis itu baru saja selesai menenun kain. Kakak yang sulung dan kakak yang tengah telah mengajak adik mereka untuk bermain-main di dalam hutan.
Kerana tanah lapang itu adalah milik mereka, ketiga-tiga gadis tersebut tidak risaukan apa-apa. Disebabkan mereka bertiga mahir menenun kain, maka pakaian yang mereka pakai sangatlah cantik.

Gadis yang sulung dan juga gadis yang tengah, mempunyai paras rupa yang sama cantik. Kulit mereka halus kemerah-merahan. Sesiapa saja jejaka yang melihatnya, pasti akan terus jatuh hati. Manakala gadis yang bongsu pula, cantiknya melebihi Kedua-dua kakaknya itu. Si gadis bongsu itu mempunyai kulit mulus putih melepak. Boleh dikatakan sesiapapun jejaka yang melihatnya, pasti akan berkata bahawa gadis itu adalah yang paling tercantik di dunia.

Kakak yang sulung dan yang tengah, masing-masing bernama Meylily dan Melina. Manakala adik yang bongsu pula, bernama Mellyglay. Ketika mereka sedang asyik bersuka-ria, seorang panglima perang daripada kerajaan negara kebetulan melalui jalan itu. Ketiga-tiga gadis yang sedang asyik itu tidak sedar akan kehadirannya.

Melihat ketiga-tiga gadis itu, panglima yang terpegun melihat kecantikan mereka, bersembunyi di sebalik belukar dengan menarik bersama kuda yang ditungganginya.
Ketika sang panglima mengintai sambil memasang telinga, kedengaran Meylily kakak yang sulung berkata.

"Saya berharap pada suatu hari nanti, seorang panglima diraja akan datang melamar saya sebagai isteri. Benar, saya berhasrat menjadi isteri Kepada seorang panglima yang gagah.
Bagaimana pula dengan kamu berdua?" Ujar Meylily bertanya kepada adik-adiknya.

"Saya berhasrat menjadi isteri Kepada Maharaja, jika saya tidak berjodoh dengan Maharaja, biarlah saya berkahwin dengan seorang bangsawan." Jawap Melina.

"Melly... bagaimana pula dengan awak? Walaupun ini hanyalah angan-angan, curahkan saja, berangan-angan itu bukanlah satu kesalahan." Ujar sang kakak sulung.

Saya belum terfikir dengan siapa saya berkhawin, apatah lagi sekarang saya baru berumur lapan belas, jika jodoh itu sudah ada, sudah tentu saya akan menerima walau sipaapun dia. Cuma, sekarang saya belum terfikir ke arah itu, kerana saya ingin selamanya menemani ayah," Ulas Mellyglay.

Panglima perang yang mendengar jelas perbualan tiga beradik itu, telah tertarik dengan keinginan Meylily kakak yang sulung.

"Gadis itu berhasrat untuk berkhawin dengan seorang panglima, adakah orang yang beruntung itu adalah saya? saya sangat berbesar hati jika dapat berkhawin dengan gadis jelita ini." Kata hati kecil sang panglima itu.

Ketika sang panglima berencana untuk keluar dari tempat persembunyian, kuda miliknya, tiba-tiba saja mengeluarkan bunyi.
Ketiga-tiga gadis tersebut ketakutan lalu terus berkejaran melarikan diri.

"Tunggu... tunggu."
Seru panglima, namun gadis-gadis jelita yang ingin dikenali, hilang begitu saja. Panglima itu mencuba untuk mencari, namun telah gagal menjejaki ketiga-tiga gadis jelita itu.

Di halaman rumah, ketiga-tiga beradik itu datang tercungap-cungap. Kerana tidak biasa dengan orang luar, mereka bertiga terpaksa lari ketakutan.

"Anak-anakku...mengapakah kamu bertiga tercungap-cungap begini? bukankah ayah sudah berpesan supaya jangan bermain jauh dari kawasan rumah? kamu sudah tidak mendengar nasihat ayah lagi...adakah kamu bertiga sudah tidak sayangkan ayah?" tanya sang ayah penyayang itu.

Insan terpilih.Where stories live. Discover now