Insan terpilih. Episode tujuh.

285 16 0
                                    

   Seperti yang Maharaja telah janjikan kepada Mellyglay, pada hari itu, Maharaja telah mengarahkan semua angkatannya untuk segera bersedia.  Maharaja bertitah bahawa mereka akan segera berangkat pergi ke negara jiran itu.

   Ketika sedang menunggu masa untuk berangkat, Mellyglay yang telah pulang melepaskan rindu kepada ayahanya, menatap wajahnya di dalam cermin. Di dalam hati Mellyglay berkata.

    "Kalaulah wajahku ini masih sama seperti dalu, pasti aku sedikit berpeluang untuk mencuit hati Maharaja itu. Kini wajahku sudah sangat hodoh, rasanya tidak perlulah aku berangan-angan lagi."

    Mellyglay masih lagi berada di hadapan cermin, ketika kedengaran satu suara menyapa ayahnya.

   "Pakcik...adakah anak pakcik yang jelita itu sudah selesai bersiap?"

   "Ampun tuanku... Anak pakcik yang ada di dalam rumah ini bukanlah seorang yang jelita.
Walaupun demikian, di mata tua pakcik ini, dia tetap seorang gadis yang jelita." Jawab sang ayah.

   "Anak gadis pakcik adalah seorang yang baik hati. Kebaikan hati anak pakcik telah mencerminkan kejelitaannya." Ulas Maharaja.

    Mendengar perbualan diantara ayahnya dan Maharaja, Mellyglay pun bergegas keluar.

   "Ayah...saya minta diri dulu, jaga diri ayah baik-baik. Saya berjanji, selepas saja selesai urusan tuanku ke negara jiran, saya akan segera balik." Ujar Mellyglay.

Walaupun sang ayah penyayang itu merasa keberatan melepaskan puterinya pergi, namun sang ayah penyayang Itu terpaksa merelakan.

   Mellyglay melangkah memasuki tandu. Ternyata, Maharaja berada di dalamnya.

   "Tuanku... mengapakah tuanku berada di dalam tandu ini? Bukankah tandu tuanku berada di hadapan?" Tanya Mellyglay.

   "Memang benar kata awak, tandu beta telah dinaiki oleh panglima. Kerana awak adalah seorang yang lucu, maka beta ingin setandu dengan awak." Ulas Maharaja.

   "Patik merasa, adalah  tidak elok patik duduk setandu dengan tuanku. Ada baiknya patik berkongsi tandu dengan abang saja." Ujar Mellyglay segan.

    "Adakah itu maksudnya awak tidak menghormati beta?" Tanya Maharaja.

   "Tidak... maksud patik bukanlah begitu. Patik ini hanyalah seorang gadis hodoh dan orang biasa. Patik  tidak layak duduk setandu dengan tuanku." Ujar Mellyglay.

   "Jika demikian, awak jelaskan kepada beta siapakah orang yang layak itu? seperti apa yang sudah maklum, beta berhak melakukan apa saja yang beta inginkan." Kata Maharaja. Mendengar apa yang Maharaja katakan, Mellyglay tidak berani untuk membuka mulut lagi.

   Sehari perjalanan, namun, destinasi masih jauh lagi. Malam sudah mula menjelang dan mereka perlu mengambil rehat. Panglima telah mengarahkan supaya unggun api dihidupkan untuk menghindari nyamuk menyerang mereka semua. Bekalan makanan yang dibawa, diberikan  dahulu kepada Maharaja sebelum mereka semua mengalas perut.

    Selesai semua makan malam, Maharaja pun bersedia untuk merehatkan diri.

    "Tuanku...patik berasa sangat penat dan inggin berehat. izinkanlah patik berehat ke tempat lain." Pinta Mellyglay.

    "Baiklah...jika awak begitu takut dengan beta, beta izinkan awak memilih untuk tidur di mana-mana saja. Mungkin awak boleh tidur di sebelah pengawal-pengawal beta." Ujar Maharaja mempersendakan Mellyglay.

    Terima Kasih tuanku, biar patik mencari tempat yang sesuai. Semoga tuanku tidur dengan nyenyek." Ulas Mellyglay.

   Maharaja yang sengaja mempermain gadis itu hanya tersenyum. Entah mengapa Maharaja begitu suka mengusiknya.

Insan terpilih.Where stories live. Discover now