Insan Terpilih. Episod Tiga Belas.

416 24 9
                                    

    "Di negara dimana pemerintahan milik suami Permaisuri Melina, kelihatan Permaisuri Melina bersama beberapa orang dayang, sedang bergegas ke suatu tempat. Dalam seminggu, ada dua atau tiga kali Permaisuri keluar bersama dengan dayang-dayangnya. Pada mulanya, Maharaja tidak mengesaki apa-apa, namun akhirnya Maharaja curiga juga.

    "Buka pintu..."
Kata Permaisuri mengarahkan
pengawal penjara membukakan pintu untuknya. Sudah sekian lama, Permaisuri jelita itu, mencuri-curi memberi makan kepada gundik berdua bersama dengan orang tua mereka yang turut bersama dipenjarakan.

    "Tuanku...patik berterima Kasih di atas segala kemaafan yang tuanku berikan kepada kami. Kami semua menyesali perbuatan jahat kami Kepada tuanku." kata Kedua-dua dayang itu.

   "Beta memberikan kamu makan bukanlah bererti beta sudah memaafkan kamu. Apa yang beta lakukan kerana, beta tidak seperti kamu. Kamu semua pasti sudah sangat lapar, makanlah," ujar Permaisuri yang baik hati itu.

    Walaupun dayang dan ayah mereka berasa sangat bersalah, namun semuanya sudah terlambat. Ketika kedua-dua dayang itu mula
menjamu selera, mereka tiba-tiba saja terhenti.

Permaisuri yang berasa hairan bertanya.

    "Mengapakah kamu berhenti makan? Tidak usah kamu menyesal lagi, teruskan saja makan. Beta berasa kamu sudah menerima hukuman yang setimpal. Suatu masa nanti, beta akan memujuk tuanku, supaya membebaskan kamu semua."

    Permaisuri bertambah hairan apabila, katanya itu tidak berjawab. Kelihatan dayang berdua itu terngganga dengan mata tidak berkelip. Kedua-dua gundik itu, melihat ke arah belakang Permaisuri. Kerana berasa hairan, Permaisuri pun mengambil keputusan untuk menoleh ke belakang. Ternyata, Maharaja sedang berada di belakangnya.

       "Tuanku."
Ujar Permaisuri terkejut.

   Maharaja tidak menjawab ataupun berkata-kata, tetapi terus menarik pergelangan tangan Permaisurinya keluar dari tempat itu.

    "Pengawal tutup pintu penjara!
Ini adalah amaran terakhir daripada beta, jika beta mendapat tahu kamu membenarkan sesiapa memasuki penjara ini lagi, kamu semua akan menjadi penghuni penjara ini." Ujar Maharaja. Pengawal-pengawal yang ketakutan, bersujud di hadapan Maharaja.

   Dalam perjalanan pulang ke istana, Permaisuri Melina memohon maaf Kepada Maharaja.

    "Beta sudah katakan...jangan berlembut hati kepada mereka yang telah melakukan kesalahan yang berat, mengapakah dinda
begitu degil?"

    "Tuanku...dinda kasihan kepada mereka...bukankah mereka sudah lama dipenjarakan? dinda rasa, hukuman mereka itu sudah cukup." Ulas Permaisuri.

    "Dinda... kesalahan mereka itu bukan kesalahan yang kecil. Mereka berniat untuk merampas kuasa kerajaan ini. Walaupun niat mereka itu tidak berjaya, namun, kesalahan
ingin merampas kuasa lebih-lebih lagi berniat membunuh pewaris kerajaan adalah tiada ampun. Dinda jangan berharap untuk kebebasan mereka lagi." Tegas Maharaja.

   Kerana Permaisuri memahami perbuatannya itu menyalahi, Permaisuri tidak berani menjawab kata sumainya itu.

   Hari berikutnya, pada waktu itu sudah tengahari hari. Permaisuri Melina berasa hairan apabila mendengar gendang dibunyikan. Gendang yang dibunyikan itu adalah gendang untuk mengumumkan perlaksanaan hukuman mati Kepada pesalah-pesalah berat. Kerana perasaan ingin tahu, Permaisuri datang untuk memastikan.

   Permaisuri menghampir Maharaja lalu ke depan melihat siapakah gerangan orang yang bersalah itu.

    "Tahan Permaisuri...jangan biarkan dia berkeliaran di tempat ini..." Arah Maharaja. Permaisuri tidak mampu berbuat apa-apa apabila arahan daripada Maharaja tidak siapapun yang boleh menyangkalnya.

Insan terpilih.Where stories live. Discover now