Insan terpilih. Episode 11

290 20 0
                                    

     "Ketika malam menjelang, Mellyglay mengalas tanah dengan sehelai kain yang tebal, untuk  Maharaja beristirehat. Beberapa helai Kain tebal telah dilipat rapi untuk dijadikan bantal untuk Maharaja. Mellyglay bersyukur kerana segala kelengkapan itu,  dia tidak lupa. Walaupun demikian, mereka tidak mampu membawa begitu banyak peralatan, disebabkan mereka hanya berempat.

      Pada ketika malam sudah larut, Maharaja telah tersedar. Maharaja mengusap kain yang Mellyglay khaskan untuknya sebagai bantal.
Maharaja terharu dan sangat bersimpati Kepada gadis yang selalu dibulinya itu. Gadis bernama  Mellyglay itu bukan saja berjasa kepadanya, malah berjasa besar pada negara. Dua orang hamba yang sedang tidur di sisi Maharaja dikejutkan. Kedua-dua hamba yang
terjaga itu pun bertanya.

     "Tuanku...maafkan patik... malam masih muda, apakah yang tuanku
inginkan? Tanya salah seorang hamba.

    "Dimanakah gadis Mellyglay?"
Maharaja bertanya.

     "Cik Mellyglay sedang tidur di sebelah sana...mengapakah tuanku bertanya? adakah tuanku menginginkan sesuatu?"
Sekali lagi hamba itu bertanya.

    "Adakah dia ada memakai bantal?
Maharaja pula bertanya.

    "Tuanku...cik hanya berbantalkan tangannya."
Jawab hamba itu.

    Maharaja mengambil selapis kain dari bantalnya, lalu mengulungnya.

   "Beta mahu berikan bantal ini Kepada cik sila papah beta ke sana." Ujar Maharaja.

"patik boleh berikan bantal itu kepada cik. tuanku janganlah risau." Kata hamba itu.

  "Jangan engkau berani membuat cik terjaga! Beta mahu berikan bantal ini tanpa membuat cik tersedar." Marah Maharaja. Mendengar apa kata Maharaja, hamba itu tidak berani bersuara lagi. Hamba itupun memimpin Maharaja menuju ke arah Mellyglay.

    "Adakah cik sedang tidur?"
   Sekali lagi Maharaja bertanya.

   "Memang benar, cik sedang tidur."
Jawab hamba itu.

    "Letakkan perlahan tangan beta di atas kepala cik!" Arah Maharaja.

  Hamba itupun melakukan seperti yang diarahkan. Apabila tangan diletakkan, Maharaja pun mengangkat perlahan kepala Mellyglay lalu membantalkan selimut itu. Sebelum Maharaja dipimpin kembali ke tempatnya, Maharaja sempat mengusap kepala Mellyglay.

     Keesokan hari, seperti biasa Mellyglay akan terjaga awal. Mellyglay bangkit dari tidur lalu mula berkemas. Sejurus selepas itu, dua orang hamba itu pun turut terjaga.

       "Wua...wua..."
  Maharaja menguap.

   "Tuanku...sebentar lagi kita akan memulakan perjalanan, patik sudah sedikan makanan pagi untuk tuanku. Maafkan patik kerana, hidangan ini patik masak kering supaya ianya boleh tahan untuk beberapa hari." Ulas Mellyglay. Tanpa memberikan jawapan, Maharaja makan saja apa yang Mellyglay berikan.

   Setelah beberapa minit merehatkan perut yang baru diisi, Maharaja pun mengarahkan supaya mereka segera berangkat.

    Berjam mereka meredah hutan gunung yang tinggi itu, namun, tidak ada tanda-tanda  mereka sudah menghampiri puncak. mereka juga telah beberapa kali mengambil perhentian. pada waktu malam, mereka mengambil rehat dan meneruskan perjalanan pada esok hari. semakin jauh mereka meredah hutan itu, suasana pelik semakin dirasai. Mellyglay melihat begitu banyak batu berbentuk manusia di sepanjang jalan gunung yang mereka daki itu.Tiga hari tiga malam berlalu, akhirnya mereka pun berjaya menghampiri puncak gunung.

    Pada ketika beberapa langkah lagi untuk menginjakkan kaki ke puncak gunung, tiba-tiba, kedengaran begitu banyak bunyi yang tidak dapat dijelaskan. Mereka juga merasakkan, tubuh mereka disentuh, namun tidak ada sesiapapun yang kelihatan. Mereka terus diggangu sehingga kedua-dua hamba itu tidak mampu lagi bertahan.

Insan terpilih.Where stories live. Discover now