Insan terpilih.Episod sepuluh.

293 17 0
                                    

      Ketika Mellyglay dan kakaknya masih tertanya-tanya akan nasib keselamatan mereka, seorang utusan telah datang.

     "Cik...Mellyglay...kita sudah diambang kekalahan. Tuanku telah mengalami kecederaan yang teruk. Panglima perang telah menyembunyikan tuanku di suatu tempat. Saya juga tidak tahu berapa lama lagi kami boleh bertahan. Kerana terkena letupan, kedua belah mata tuanku telah mengalami kebutaan. Sekarang kami semua tidak tahu dimana tuan panglima telah menyembunyikan tuanku." Ulas utusan itu.

    "Bagaimana pula Keadaan suami saya?" Meylily pula bertanya.

    "Tuan panglima juga telah mengalami banyak kecederaan. Tuan panglima telah mengutus saya untuk menyampaikan pesanan ini. Tuan mengarahkan supaya Puan dan semua  pergi meninggalkan tempat ini dengan segara. Negara kita ini sudah hampir kecundang, oleh yang demikian, Puan dan yang lain-lain harus pergi menyelamatkan diri." Kata utusan itu.

   Mendengar apa kata utusan itu, Mellyglay telah mengarahkan supaya kakaknya melarikan diri bersama dengan rakyat jelata yang tersisa. Walaupun demikian, Meylily enggan menuruti kata arahan daripada adiknya itu.

    "Kerana Meylily adalah isteri Kepada panglima, dia juga mempunyai kuasa yang sangat tinggi. Di hadapan Bendahara, Meylily telah memberikan arahan.

     "Saya mengarahkan supaya awak membawa pergi kesemua rakyat yang lemah, dan pergilah sejauh mana yang mungkin. Ini ada sedikit wang dan barang kemas ambillah untuk kegunaan nanti. Ingat! tolong jaga putera dan juga ayahku dengan nyawamu sendiri. Saya akan tinggal di sini bersama dengan adik dan beberapa ratus orang kesatria yang tersisa. Jika negara kita memperolehi kemenangan, dalam hanya sedikit masa, pasti kamu semua akan dijemput pulang." Ujar Meylily. Dengan arahan itu, Bendahara tidak mampu menyangkal lagi, Bendahara melakukan seperti apa yang telah diarahkan.

    Walaupun Mellyglay berasa sangat kecewa dengan keputusan kakaknya itu, namun kuasa mohor yang dipegangnya, tidak berkesan Kepada kakak yang sangat dihormatinya itu.

    "Adik...maafkan kakak, kerana telah melangar arahan. kakak tahu rasa hormat adik terhadap kakak sangatlah tinggi, sebab itu kakak berani mengendahkan kuasa mohor itu." Ujar Meylily.

    "Saya tidak ada jawapan untuk kata-kata kakak ini, bagaimanapun juga, awak adalah kakak yang saya sayang dan hormati.
Kerana kakak sudah bertekad untuk tidak mahu pergi, saya menghormati keputusan kakak."
Ulas Mellyglay.

    Kerana mereka perlu mempertahan negara, Mellyglay telah mengarahkan kesemua kesatria supaya menggunakan pakaian khas,
dan segera masuk ke dalam hutan untuk mengumpul seberapa banyak sarang tebuan dan juga lebah. Tebuan dan lebah yang telah dikumpul, telah dimaksudkan di dalam satu bekas khas.

   Berbalik di tempat peperangan, panglima dan juga semua kesatria telah mengalami kekalahan teruk. Akan tetapi, mereka semua tetap tidak berganjak dan terus berjuang. Kerana kubu dan kawalan sudah peach, Maharaja musuh pun mengarahkan supaya mereka bergerak menuju ke istana.

  Kehadiran musuh telah dinantikan oleh Mellyglay dan juga kesatria-kesatria yang diberi tangungjawab menjaga istana. Melihat tentera-tentera musuh mulai memecahkan pintu gerbang istana, Mellyglay pun mengarahkan supaya lebah dan tebuan yang
dikumpul dan dikurung dilepaskan. Sebaik saja serangga-serangga itu dilepaskan, musuh-musuh pun mulai disengat. Di kesempatan itu, kesatria-kesatria yang sudah lengkap berpakaian pun mengambil kesempatan untuk menyerang musuh-musuh mereka.

    Satu persatu musuh-musuh mulai ditikam. Sejurus selepas itu, Mellyglay pun melepaskan asap beracun dan telah mulai melumpuhkan
pihak musuh.

    "Bunuh kesemua musuh-musuh kita!" Arah Meylily.

    Melihat tentera-tenteranya satu-persatu jatuh menyembah bumi, Maharaja musuh pun mulai risau dan mengarahkan tenteranya agar segera berundur.  Kerana lebih dari separuh pihak musuh telah bergegas ke istana, akhirnya panglima dan askar-askar yang berjuang mati-matian
telah berjaya menumpaskan sebilangan askar-askar musuh.

Insan terpilih.Where stories live. Discover now