"Kuk...kuk...kuk..."
Kedengaran ayam berkokok. Kerana terlalu risaukan ayah mereka, Mellyglay terjaga lebih awal daripada biasa. Mellyglay bergegas ke dalam bilik ayah mereka, namun sang ayah yang dikasihi belum juga pulang.Mellyglay bergegas masuk Kembali ke dalam bilik untuk mengejutkan kakak-kakannya.
"Kak...maafkan saya kerana telah mengejutkan kakak berdua, ayah belum balik dan saya sarankan supaya kita segera bersiap untuk mencari ayah. Saya sangat risaukan ayah, semoga tiada perkara buruk yang terjadi." Ujar Mellyglay.
Kerana Meylily dan Melina juga risaukan ayah mereka, tanpa berlengah lagi, mereka berdua pun bingkas bangkit dari tidur. Sebagai kakak yang sulung, Meylily sudah terbiasa melakukan tugasan memasak pada waktu pagi, tengahari, dan petang. Sebelum mereka berangkat, Meylily sempat masak makanan pagi untuk mereka bertiga.
Masa tidak pernah menunggu, ia berlalu begitu saja. Kelihatan mentari sudah mula naik sedikit tinggi apabila ketiga-tiga beradik itu berangkat pergi mencari ayah mereka.
Sudah lama berjalan, namun ketiga-tiga gadis itu masih gagal menemui ayah mereka. Walaupun mereka bertiga telah menemui beberapa tumpukan kayu api yang dikumpul di tempat yang berlainan, namun, sang ayah terkasih masih juga belum ditemui.
Kebetulan pada hari itu, raja muda bersama panglimanya telah keluar berburu di dalam kawasan hutan tersebut. Raja muda dan tampan itu sangat suka memburu. Oleh yang demikian dia telah meminta panglima dan beberapa orang lagi keluar memburu bersamanya.
Ketika sedang mencari ayah mereka, ketiga-tiga gadis itu melaung memanggil ayah mereka. Kebetulan Raja dan orang-orangnya yang sedang menunggang kuda terdengar, lalu terhenti seketika melihat kalibat gadis-gadis itu.
"Tuanku...patik pernah terserempak dengan ketiga-tiga gadis itu, mereka bertiga sangat jelita. Akan tetapi, gadis-gadis itu seakan-akan
tidak biasa dengan orang luar. Pada Ketika patik terserempak dengan mereka, patik mencuba untuk berbicara, namun mereka telah melarikan diri dan hilang dalam sekelip mata." Cerita panglima.Mendengar cerita daripada orang harapannya itu, Maharaja telah mengarahkan supaya semua kuda diikat pada pokok dan mereka semua berjalan kaki untuk melihat kebenaran cerita daripada panglima.
Ketika ketiga-tiga gadis sedang yang asyik memanggil dan mencari ayah mereka, Maharaja bersama orang-orangnya datang menghampiri. Ketiga-tiga gadis itu berasa sangat terkejut lalu mencuba untuk melarikan dari. Melihat kecantikan gadis bertiga itu, Maharaja berasa sangat kagum. Kecantikan yang dimiliki Mellyglay benar-benar telah menarik perhatian sang Raja muda itu.
"Tahan gadis-gadis itu... jangan biarkan mereka terlepas." Arah Maharaja.
Ketiga-tiga gadis yang sedang ketakutan itu telah dihalang oleh pengikut Maharaja. Kebetulan Mellyglay yang sedang berdiri tepat berhadapan dengan Maharaja, mencuba untuk melepasinya. Mellyglay mencuba melepasi Maharaja namun sang Raja berjaya menghalangnya. Kerana di dalam fikiran hanya untuk mencari ayahnya, Mellyglay telah mengigit tangan Maharaja lalu terus melarikan diri.
"Kejar gadis itu..."
Sekali lagi Maharaja mengharahkan orang-orangnya menangkap Mellyglay.Kerana tidak biasa dengan jalan di hutan itu, pengikut-pengikut Maharaja gagal menangkap Mellyglay. Mellyglay bersembunyi jauh di dalam hutan. Manakala Kedua-dua kakaknya telah disoal apakah yang mereka buat di dalam hutan, dan apa yang terjadi Kepada ayah mereka. Meylily dan Melinda terpaksa menceritakan hal sebenar.
Mendengar cerita daripada gadis berdua itu, Maharaja muda itu berasa simpati dan berjanji akan turut bersama melakukan pencarian.
Berjam lamanya Mellyglay bersembunyi di sebalik belukar. Telinga dipasang mendengar suara adakah dia masih dikejar oleh orang-orang daripada istana. Setelah memastikan tidak ada sesiapa di kawasan itu, Mellyglay pun keluar dari tempat persembunyian dan meneruskan perjalanan mencari ayahnya.
YOU ARE READING
Insan terpilih.
FantasyMeylily,Melina dan Mellyglay ialah tiga gadis adik-beradik yang sangat cantik. Meraka ialah anak gadis kesayangan Kepada seorang lelaki petani. Siapa sangka, hidup mereka yang indah dan bahagia, berubah begitu saja. Dugaan yang berat telah melanda m...