Maharaja bangkit daripada duduk lalu memegang kedua-dua belah tangan Mellyglay. Banyak persoalan yang bermain-main di dalam fikiran Maharaja muda itu. Melihat Mellyglay
berubah rupa di depan mata, benar-benar membuat sang Maharaja itu kebingungan."Wahai Mellyglay... apakah maksudnya semua ini? siapakah awak ini yang sebenarnya?"
Tanya Maharaja."Apakah maksud tuanku bertanya sedemikian?" Mellyglay pula membalas pertanyaan.
"Beta berasa sangat keliru, pada pertama kali kita bersua, awak begitu cantik sama seperti sekarang. Namun selepas itu, awak dan keluarga... mengakui gadis cantik yang beta tanyakan kepada kamu sekeluarga, diakui telah mati dimakan binatang buas. Beta masih Ingat, ketika kamu membawa beta melihat dan mencari awak yang dikatakan jatuh ke dalam jurang." Soal Maharaja.
"Tuanku... perlulah patik memberikan penjelasan? bukankah lebih baik biarkan saja perkara yang sudah berlalu? segala apa yang terjadi, hikmahnya pasti ada. Tuanku... tolonglah jangan bersoal kepada patik, patik penat dan malas menghuraikan cerita yang panjang. rayu Mellyglay.
"Baiklah, jika demikian, seminggu dari sekarang, beta mahukan jawapan itu. Oh...ya! mungkinkah lebih baik beta bertanya saja Kepada ayah awak,"
Ujar Maharaja."Oh...ya!
Dimanakah kesemua hamba-hamba itu? Sedari tadi, beta tidak melihat mereka.""Tuanku...lihatlah di bawah sana, patik tidak tahu bagaimana hendak menjelaskannya. Tuanku pasti akan faham apabila melihatnya," jawab Mellyglay.
Maharaja bergegas ke laluan yang mereka baru saja tawan untuk melihat apa yang Mellyglay maksudkan. Maharaja terkejut melihat begitu banyak batu berbentuk manusia tersusun rapi dari bawah gunung sehinggalah ke puncak gunung. Maharaja berasa sangat sedih, melihat kedua-dua hambanya yang setia ada diantara patung-patung batu itu. Walaupun Maharaja teringgin untuk bertanya lagi Kepada Mellyglay, namun Maharaja membatalkan niatnya itu.
"Mellyglay...kita akan berangkat pulang sekarang. Beta tahu gunung ini sangat tinggi, namun kita akan tetap menuruni gunung ini.
Lagipun, beta merasakan tempat ini tidak selamat untuk kita bermalam." Ujar Maharaja.Mendengar arahan daripada Maharaja, Mellyglay pun mula berkemas. Ketika Mellyglay
membungkus barangan seperti bekal makanan, mata Mellyglay terpandang pula botol berisi air daripada pancuran yang diambilnya."Tuanku berkata pawang wanita telah meminta tuanku untuk mengambil air embun
untuk kesembuhan matanya. Akan tetapi, air ini bukanlah daripada embun tetapi, hanyalah
air biasa. Oh...adakah air daripada pancuran itu adalah air embun yang dimaksudkan? Ah...tidak perlu fikirkannya lagi." Kata hati kecil gadis rupawan itu.Selesai mengemas barang-barang yang hanya sedikit itu, Mellyglay dan Maharaja pun mengorak langkah bersedia meninggalkan tempat itu. Melepasi kedua-dua hambanya, Maharaja sangatlah sedih. Maharaja muda yang baik hati itu, tidak mampu menahan air matanya daripada menitis jatuh ke bumi. Mellyglay yang turut berduacita, tanpa sengaja telah menyentuh kedua-dua hamba yang telah berubah menjadi batu itu. Tiada kata yang mampu Mellyglay ungkapkan lagi. Disaat bersedia untuk pergi, Mellyglay melihat kedua-dua patung batu itu mengeluarkan air mata. Dengan itu, tergerak hati Mellyglay untuk membuka penutup botol berisi air embun, lalu Mellyglay renjiskan Kepada kedua-dua hamba itu. Sejurus itu, Mellyglay pun mengorak langkah menuruni gunung itu.
"Tuanku...Cik..."
Dua suara kedengaran.Mendengar suara itu, Mellyglay dan juga Maharaja serentak menoleh ke belakang. Kerana renjisan air embun yang Mellyglay lakukan, kedua-dua hamba itu akhirnya kembali. Melihat hamba berdua itu pulih, Mellyglay bersimpati Kepada yang lain, lalu mengambil keputusan untuk merenjiskan kesemua batu-batu yang sebarisan tersusun itu. Satu-persatu manusia yang menjadi batu, pulih menjadi manusia semula. Mereka semua berasa bersyukur Kerana telah diselamatkan
oleh seorang gadis yang sangat jelita.
YOU ARE READING
Insan terpilih.
FantasyMeylily,Melina dan Mellyglay ialah tiga gadis adik-beradik yang sangat cantik. Meraka ialah anak gadis kesayangan Kepada seorang lelaki petani. Siapa sangka, hidup mereka yang indah dan bahagia, berubah begitu saja. Dugaan yang berat telah melanda m...