Setelah Maharaja dan pengikutnya pulang, sang ayah sangat risau. Melihat Keadaan ayahnya yang kebingungan, Mellyglay pun datang memujuk.
"Anakku...ayah risau bagaimana hendak ayah tunjukkan Kepada tuanku jurang yang ayah bilang itu. Ayah bukan sengaja untuk berbohong, tetapi ayah terpaksa. Esok pagi, tuanku akan datang membawa ayah untuk mencari bangkai awak nak..." Ulas sang ayah.
"Ayah janganlah risau, ayah ambillah sepasang pakaian saya dan koyakkan compang-camping dan lumurkanlah dengan darah binatang. Selepas itu, saya akan menemani ayah mencari lokasi untuk kita tunjukkan Kepada tuanku. saya percaya, sebaik saja tuanku melihat Keadaan baju itu, pasti tuanku akan berfikir bahawa saya sudah habis dimakan binatang." Ujar Mellyglay.
Mendengar kata yang sangat masuk akal itu, sang ayah itu pun bergegas menyembelih seekor ayam dan darahnya terus dilumurkan pada pakaian puterinya.
"Anakku...ayam betina ini terpaksa ayah sembelih, silalah masak ayam ini untuk lauk nanti. Ayah harus keluar sebentar untuk menguruskan baju adikmu ini." Kata sang ayah kepada puteri sulungnya Meylily.
Ketika sang ayah itu mula bergerak pergi, Mellyglay si gadis bongsu terus mengekorinya dari belakang.
Menyedari diri sedang diikuti, sang ayah itu pun menghalang."Nak... tidak perlulah awak menemani ayah, ayah tidak akan pergi lama. Pergilah menolong kakak awak membuat hidangan malam." Ujar sang ayah.
"Ayah... saya tidak akan membiarkan ayah pergi sendirian. Lagipula, jika esok tuanku bertanya, kita sekeluarga pasti akan mendapat susah jika saya tidak tahu apa-apa. oleh itu, biarkanlah saya ikut ayah.
Oh...ya! saya telah mengambil sebahagian daripada daging ayam yang kakak sedang siang tadi, ayah taburlah cebisan daging ini ke dalam jurang nanti. Jangan lupa sedikit cebisan yang kecil celitkan pada baju itu." Pesan Mellyglay."Nak...awak ini bukan saja mempunyai rupa paras yang cantik, malah mempunyai akal yang panjang. semua ini terjadi kerana kesalahan ayah, oleh itu ayah minta maaf." Ujar sang ayah meluahkan kekesalan.
"Ayah...tidak usah berasa bersalah, saya tidak akan sekali-kali marah Kepada ayah. Takdir dunia, tiada siapa yang tahu. Oh...ya ayah! Kita harus pergi sekarang," ujar Mellyglay.
Kerana sang ayah tidak mampu untuk menghalang puterinya, dia terpaksa mengalah dan membiarkan saja Mellyglay pergi bersama dengannya. Sejam berjalan, dan setelah menemui banyak jurang yang kurang sesuai, akhirnya mereka berdua pun menjumpai jurang yang sangat dalam. Mellyglay membantu ayahnya melumurkan cebisan kecil daging ayam pada pakaiannya yang sudah dilumuri dengan darah ayam. Sejurus itu, Mellyglay pun membuang bajunya itu terus ke dalam jurang.
Selepas itu, mereka berdua pun pulang dengan perasaan tenang.Sebalik saja Mellyglay dan ayahnya sampai di rumah, kelihatan Meylily dan Melina sedang menunggu mereka di dapur. Sup yang sudah mula sejuk, dipanaskan kembali. Walaupun sang ayah tidak berkata apa-apa, namun terharu dengan sikap puteri sulung dan puterinya yang tengah kerana tidak sanggup menjamah walau sedikitpun makanan sebelum kepulangan mereka berdua.
Sejurus selepas sang ayah dan si adik duduk, makanan pun dihidangkan dan mereka pun terus makan bersama.Seperti yang dijanjikan, Maharaja dan orang-orangnya datang pada awal pagi. Sang ayah dan puterinya Mellyglay, terpaksa berpura-pura, lalu terus membawa Maharaja dan pengikutnya ke tempat yang mereka berdua sudah sedia maklum.
Tiba di tempat yang dituju, sang ayah pun menunjukkan jurang yang dalam itu. Maharaja melihat ke bawah lalu memerintahkan orang-orangnya turun ke bawah untuk memeriksa.
Beberapa orang kesetaria pun turun ke bawah. Manakala beberapa orang lagi menunggu di atas untuk menarik tali yang digunakan oleh rakan yang telah diarahkan turun.
YOU ARE READING
Insan terpilih.
FantasyMeylily,Melina dan Mellyglay ialah tiga gadis adik-beradik yang sangat cantik. Meraka ialah anak gadis kesayangan Kepada seorang lelaki petani. Siapa sangka, hidup mereka yang indah dan bahagia, berubah begitu saja. Dugaan yang berat telah melanda m...