8

291 23 3
                                    

"Suga..aku dah sihat lah, aku nak balik jumpa Rose.." Jimin berkata menatap Suga yang sedang mengupas kulit Apel disebelahnya. Suga mengeluh tanpa memandang Jimin. Jelas terdengar suara Jimin sedikit serak dan tersangkut.

"Kau jangan risau, Rose okay je. Pagi tadi dia baru gerak ke sekolah.. sekarang ni, kau yang kena rehat. Kau masih lemah," pesan Suga memberi Apel yang telah dikupas tadi. Jimin menerima dan menatap Apel yang masih kukuh bulatnya.

"Agak-agaklah. Macam mana aku nak makan? Telan ke?" Jimin memberi semula Apel yang diberi Suga. Suga ketawa kecil dan mengambil semula Apel itu. Gerakannya terhenti apabila mendengar suara,

"Suga.."

Suga menoleh di depan pintu. Berdiri lelaki yang telah meninggalkannya dahulu. 2 tahun yang lalu dan sepanjang 2 tahun ini, Suga sering berjumpa dengannya. Suga perlahan-lahan meletakkan Apel yang belum dipotong dan berdiri.

"Hoseok..kau nak apa? maaf aku tak ada masa, Jimin sakit. Nantilah," Suga berkata. Lelaki bernama Hoseok itu menunduk. Tatapannya jatuh pada Jimin yang terbaring di atas katil. Hoseok memberi senyuman kecil padanya. Jimin membalas senyuman Hoseok.

"Ohh..kalau macam itu, lain kali kita jumpa. Annyeong..hyung," Hoseok menatap Suga sebelum melangkah pergi dari depan pintu wad Jimin. Jimin yang melihat mata Suga mula berair, menggosok belakangnya.

"Hiks..aku okay, Chim.." Suga memujuk sahabatnya supaya tidak menambahkan kerisauannya. Jantung sahabatnya tidak stabil, jadi dia tak mahu kerananya keadaan Jimin bertambah teruk. Sahabat sangat pengertian.

.
.
.

Hoseok berjalan dengan nafas yang berat. Melangkah mahu keluar dari hospital yang adanya bekas tunangnya dan sahabatnya yang sakit. Tanpa disedari, bahu Hoseok terlanggar dengan seseorang.

"Mianhe..tuan.. Kim?" Hoseok berdiri di tempatnya melihat lelaki yang di segani ada di hospital kerajaan. Bagaimana boleh. Jungkook mengangguk. Hoseok berkali-kali menundukkan kepalanya meminta maaf kerana kecuaiannya.

"Gwenchana, lain kali hati-hati." Ucap Jungkook dan terus berjalan terus ke arah tujuannya. Hoseok juga tak terkecuali. Dia berjalan ke luar dari hospital menaiki keretanya.

Jungkook mengetuk pintu sebelum melangkah masuk. Kelakuannya mengejutkan kelakuan Suga yang di dalam pelukan Jimin, menangis teresak-esak. Jungkook yang merasakan tak kena, akhirnya melangkah kaki menjauh daripada mereka. Jungkook sekarang benar-benar memerlukan maklumat tentang mereka. Entah kenapa baginya, dia perlu mengambil tahu semua tentang lelaki bernama Jimin dan sahabatnya.

Jungkook mengeluarkan telefonnya dan membuat panggilan. Tak sampai 5 deringan, panggilannya dijawab.

"Ya, master?"

"Aku nak kau cari tahu, pasal lelaki bernama Park Jimin dan keluarganya. Sahabatnya sekali, aku nak petang ni."

"Baiklah, master."

Tut,

Jungkook menyandarkan kepalanya di dinding. Fikirannya penuh dengan lelaki yang sakit itu. Tak pernah dalam seumur hidupnya, merisaukan orang lain selain abangnya.

"Park Jimin.."

💔

Ding
Dong

Puan Kim yang sedang menonton televisyen bersama Jisoo mengeluh kecil mendengar deringan dari pintu. Puan Kim dengan malas bangun dari duduknya dan berjalan ke arah pintu.

Klik,

Pintu di buka. Puan Kim terkejut besar melihat tetamu yang hadir. Puan Kim membuka pintu lebar untuknya masuk.

"Mama siapa tu..tuan V?!" Jisoo berlari ke arah pintu dan melihat idolanya ada di depan matanya. Riak wajahnya bertukar menjadi jijik apabila matanya ternampak oppa tirinya di belakang idolanya. Namun wajahnya dibuat-buat gembira dan menarik tangan Seokjin mendekat kepadanya.

"Oppa dah semakin cantik, huh? Hehehe, oppa pun nampak lebih comel dari Soonie," Jisoo dengan suara dibuat-buat manja berkata sambil tangannya membelai rambut Seokjin. Jisoo sebenarnya agak terkejut dengan kelembutan rambut lelaki yang diusap. Selesa dan lembut. Tangan Jisoo ditepis oleh Seokjin sendiri. Jisoo menyeringai melihat keberanian oppa tirinya.

"Kenapa oppa kau datang? Bukan papa dah halau kau ke?" Bisik Jisoo. Seokjin menundukkan wajahnya. Memang benar dirinya sudah di halau dari rumahnya sendiri. Tapi, tak salah mahu balik ke rumahnya kan? Lagipula, bukan dia yang mahu ke sini kalau bukan Taehyung memaksanya.

"Hyung, taknak masuk?" Taehyung bertanya. Seokjin yang mendengar suara Taehyung melembutkan, agak takut mengangguk. Tak pernah dia mendengar Taehyung berbicara dengan suara seperti itu. Dan kali terakhirnya, sewaktu mereka keluar membeli barangan.

"E-en, Seokjin masuk rumah dulu...puan Kim," Seokjin berkata dengan menunduk. Puan Kim tersenyum sinis dan memberi ruang untuk Seokjin masuk. Dan diikuti oleh Taehyung. Taehyung melihat sekeliling rumahnya, ya agak cantik. Tapi, gambar yang ditampal di dinding adalah gambar keluarga yang tak lengkap. Tanpa Seokjin.

"Saya kat sini hanya mahu mengambil barangan Seokjin hyung. Walaupun saya boleh belikan dia yang baru, dia tolak. So, dia ada barang nak ambil dibilik. Seokjin hyung pergi dulu," Taehyung berkata dengan menggosok bahu lelaki di sebelahnya. Seokjin mengangguk dan perlahan-lahan bangun dari duduknya.

Puan Kim yang melihat kaki Seokjin menggigil tersenyum sinis. Apabila bayangan Seokjin menghilang, puan Kim meneguk minumannya.

"Jadi, Tuan dah gunakan dia?" Taehyung berhenti minum air ketika mendengar pertanyaan puan Kim. Taehyung juga ikut menyeringai.

"Yup. Lagipun, saya berhak." Balas Taehyung. Puan Kim mengangguk manakala Jisoo di sebelah mengerut tak suka. Idolanya sudah menggunakan Seokjin jadi mereka sudah berhubungan bukan.

"Saya bukan apa, tuan Kim. Saya harap tuan Kim dapat bertanggungjawab pada dia. Dia tu tamak harta, mungkin dia yang mahu rampas harta tuan?" Puan Kim membuat kesimpulan. Mereka benar-benar tidak mengenali Seokjin. Dia tu budak baik.

"Huh, betul? Saya rasa.. saya yang paksa dia. Kalau betul dia nak harta sata, saya boleh bagi. 100% atas nama dia. Kim Seokjin." Balas Taehyung lagi tapi dengan mata yang tajam. Bukan tidak kenal dengan keluarga Kim. Tamak dengan harta sehinggakan sanggup menjual anak sendiri untuk duit.

"T-aehyugie.."

Mendengar nama Taehyung dipanggil, Taehyung menoleh pada Seokjin yang matanya merah. Taehyung bangun dari duduknya dan berjalan ke arah Seokjin yang menunduk.

"Wae, hyung?" Tanya Taehyung lembut. Dan pertanyaan lembut itu, membuat Seokjin bertambah menggigil.

"G-gambar..ibu kat bilik tak ada.." kata Seokjin, menyorokkan wajahnya di sebalik bahu Taehyung yang memeluknya. Mata Taehyung menatap tajam puan Kim. Puan Kim yang duduk akhirnya berdiri. Berjalan ke arah mereka yang berpelukan. Begitu juga dengan Jisoo.

"Gambar? Maafkan mama sayang, mama dah..terbuang tadi malam.." puan Kim sengaja membuat suara sedih dengan wajah yang ingin menangis. Mata Seokjin bertambah merah dan sialnya Taehyung semakin terangsang dengan wajahnya.

"Tapi..kenapa mama buang? Bukan mama kata..mama takkan pernah usik barang Jinie ke?" Puan Kim diam tiada jawapan untuk pertanyaan manja Seokjin. Tak pernah dalam kehidupannya, Seokjin memanggil diri sendiri dengan panggilan Jinie. Taehyung menatap tajam puan Kim.

"Tapi, sumpah mama tak sentuh barang kamu! Papa yang paling terakhir masuk bilik kamu," puan Kim menaikkan suara dan membuat air mata Seokjin mengalir. Taehyung menolak puan Kim menjauhinya dan membawa Seokjin keluar dari rumah itu.

"Cari gambar itu sebelum rumah ni..saya robohkan," ucap Taehyung sebelum mereka keluar. Puan Kim mengerut tak suka begitu juga dengan Jisoo. Puan Kim menghentak high heels di lantai. Geram dengan lakonan Seokjin tadi.

"Ugh! Budak tu memang!"

Bersambung,

Best tak? Tq, baca.

Luv u ❣️💜

-yana-

{Slow Update}Treat You Better [Taejin]Where stories live. Discover now