1

570 35 10
                                    

Kim Seokjin baru sahaja balik dari kerjanya. Diwaktu tengah malam ini, dia menaiki teksi dengan pakaian yang lusuh, rambut perang dan mata mengantuk. Seokjin membuka pintu rumah dan menjumpai keluarganya yang ada diruang tamu menunggunya.

"Seokjin, malam macam ni baru balik? Pukul 12 tahu tak. Kamu kerja apa sebenarnya?" Tuan Kim selaku papa Seokjin berkata. Seokjin masih tercegat di depan pintu dan perlahan-lahan menutup daun pintu dibelakangnya.

"Sudah sayang, Seokjin mesti penat bekerja. Jangan marah dia," ucap puan Kim disebelah tuan Kim sambil menggosok belakang suaminya. Seokjin mengerutkan keningnya apabila mendengar ibu tirinya mempertahankan dirinya.

"Walaupun anak you tu teruk, dia masih anak you," tambah puan Kim menatap tajam Seokjin. Seokjin pula membalas tatapan itu dengan tatapan malas.

"Papa harap kamu tak jadi macam mama kamu Seokjin, papa dah penat dengan kamu," tuan Kim bersuara. Seokjin mula tidak suka mendengar tuan Kim mengaitkan dengan mamanya.

"Jangan nak kaitkan semua nk dengan ibu," Seokjin berkata mengangkat tatapannya pada tuan Kim. Tuan Kim mendengus kecil.

"Kenapa? Sebab ibu kau saja, buat aku sakit hati tahu tak? Kau jangan jadi macam ibu kau, mati buat malu," Seokjin mula marah jika tiada ibu tirinya memujuk ayahnya.

"Sayang, ingat! Dia anak you, tolong jangan jadi budak-budak macam ni, please."

"Sampai bila you nak manjakan dia, kalau dia tak anggap you tu mamanya?" Tuan Kim bertanya pada isterinya dengan pandangan pada Seokjin. Seokjin menjeling.

"I tak kesah..dia perlukan masa, betul tak Jinie?" Puan Kim menatap Seokjin dengan tatapan yang sayu dimata semua orang.

"Jangan panggil nama tu kat sini, Seokjin tak suka," Seokjin mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Sudahlah..Jinie, masuk bilik. Papa kena fikir apa yang perlu dibuat dengan kamu," ucap papanya duduk di sofa mengurut dahinya. Puan Kim tersenyum kejam pada Seokjin.

Seokjin mengangguk dan naik ke tingkat atas. Sebaik sahaja dia nak ke tingkat atas, dia membuka biliknya cepat.

Menutup dan menyandarkan kepalanya dipintu. Mengesot dan memeluk kedua lututnya.

"Ibu..Seokjin tak sanggup.." Seokjin meletakkan kepalanya di lipatan tangannya. Menenangkan fikirannya.

Manakala, puan Kim dan suaminya berbincang bersama.

"I rasa I nak biar dia hidup sendiri.." ucap tuan Kim. Bagaimana hidup Seokjin mahu sendiri jika selama ini memang dia hidup sendiri.

"Apa-apa yang you buat I sokong, asalkan tak halau dia. You tahukan, pihak media akan tahu kemana hilangnya anak sulung keluarga Kim?" Puan Kim berkata. Tuan Kim mengangguk dengan pernyataan isterinya.

"Kenapa papa tak hantar saja dia ke luar negeri?"

Kedua suami isteri menoleh pada sumber suara itu. Seorang wanita datang dari arah dapur. Kelihatannya dia juga mendengarkan pembicaraan tadi.

"Jisoo. Papa taknak bazir duit, kamu tahukan. Sebulan lepas papa bagi dia 3 juta untuk perbaiki penampilannya. Tapi apa pun tak ada yang diubah. Sama saja," tuan Kim berkata seperti tamak duit.

"Kalau macam itu, papa jual sajalah dia," suara dari tangga terdengar. Lelaki itu baru sahaja turun dan terdengar pembicaraan mereka tadi.

"Namjoon! Apa kamu maksudkan..dia abang kamu tahu tak?" Puan Kim bangun dari duduknya. Namjoon menjeling malas melihat lakonan lebih ibunya.

"Mama, kalau kita jual dia pun belum tentu ada yang nak beli dia. Kalau ada pun mesti murah," balas Namjoon datang pada mama dan papanya didepan televisyen. Jisoo juga ikut duduk di sofa sebelah mamanya.

{Slow Update}Treat You Better [Taejin]Where stories live. Discover now