"4 tahun lalu. Hyung aku pernah ada kemalangan di jalan yang tertutup. Kereta hyung terlanggar pokok dengan hentakan yang kuat membuat hyung aku terhantuk stereng kereta. Dengan semua tu..hyung pengsan dan tak sedar. Tapi, satu suara yang disangka bidadari memanggilnya untuk tetap sedar. Hyung memerhatikan setiap inci wajahnya dan tersenyum. Mungkin lelaki itu tak kenal hyung sebab darah banyak di wajah hyung, bidadari lelaki itu menarik hyung aku keluar. Apabila mereka sudah 10 langkah jauh dari kereta, kereta itu meletup dan mereka sempat membaring.." Jungkook menghela nafas dan menatap Jimin.
"Hyung bangun di hospital. Mencari-cari lelaki yang menyelamatkannya dan dia sudah tiada. Katanya, dia hanya membantu hyung. Jadi, hyung selalu memimpikan lelaki tu. Lelaki itu berkata untuk menyelamatkannya, apabila hyung tahu namanya. Hyung gembira. Kerana, hyung sudah berkahwin dengannya. Kim Seokjin. Kim didepannya bukanlah nama ayahnya. Tapi..nama depan Kim Taehyung. Hyung..membina sebuah syarikat untuk Seokjin hyung 4 tahun lalu. Katanya untuk hadiah ulangtahun perkahwinan mereka nanti. Sebenarnya juga..hyung..dan Seokjin dah berkahwin 1 tahun lalu tanpa diketahui Seokjin hyung.."
Jimin menutup mulutnya. Tak memberi isakkan keluar. Kebenaran sebesar ini dirahsiakan dari Seokjin sendiri. Semuanya tak masuk akal namun..semuanya terdengar masuk akal..
"Bukan itu sahaja. Hyung..tahu ibu Seokjin bernama Kim Seokmin adalah perempuan yang merampas papa kami dulu. Hyung pernah berjumpa dengan Seokmin, dia baik dan lembut. Tanpa disedari kami..kami menyayangi dia seperti mama kami. Mama kandung kami pula? Dia sakit. Dia tahu dirinya sakit kerana itu dia tak melawan jika papa mahu berkahwin lain..dengan itu kami berikan izin untuk papa berkahwin dengan puan Seokmin. Seokmin juga berkata, dia berpura-pura kuat didepan anaknya kerana dia sendiri tahu tentang suaminya dan sepupunya. Jadi, dia pura-pura tidak tahu. Kami menganggap mama Seokmin adalah mama kami. Mama Seokmin..menyuruh kami menjaga Seokjin hyung.. walaupun kami tak kenal dia dahulu. Dan..kami sudah lupa.." akhir Jungkook. Jimin terduduk.
Macam mana kalau.. Seokjin tahu semua ni?.. dia rapuh Jungkook.. Seokjin.. kenapa hidup kau begini? Bagaimana aku perlu tolong dia kalau.. dia sudah berkahwin dengan Taehyung? Taehyung ada hak semua tu..kata hati Jimin.
"Hiks, kenapa dia tak tahu yang Taehyung dah berkahwin dengannya? Keluarga Kim tahu tak?" Tanya Jimin bangun dibantu oleh Jungkook. Jungkook menghela nafas besar dan merehatkan dagunya di bahu kecil Jimin.
"Mereka tak tahu..kecuali tuan Kim. Lagipula, semua duit yang diberikan tuan Kim pada Seokjin hyung.. dari V hyung. Kerana, Seokjin hyung adalah tanggungjawab V hyung. Jadi, kita tak boleh tolong apa-apa.. Jimin-shi,"
💔
"Tuan? Kalau tuan..sakit kita rehat dulu," ujar Seokjin. Wait?! Korang mesti ingat mereka ber anuan kan? Hehehe, ketipu guys.
"Aku okay. Just..rasa macam ada orang bercerita belakang aku pula," balas Taehyung dan sambung membelai rambut Seokjin. Seokjin tersenyum dan memejamkan matanya, menikmati sentuhan yang diberikan oleh lelaki disebelah yang memeluknya.
"Yah, Kim Seokjin." Panggil Taehyung. Seokjin membuka mata dan mengerut kecil. Mendengar namanya dipanggil begitu. Agak kurang ajar, kerana Seokjin lebih tua dari Taehyung lagipula.
"Humm?"
"Boleh tak..kau panggil aku dengan panggilan..love? Atau like..yeobo? Kalau kau taknak aku tak kisah,"
"Hmm, kalau saya panggil Tae boleh?"
Taehyung diam. Pipinya merona sebentar mendengar nama panggilan yang pernah dipanggil ibunya dahulu. Memandang wajah Seokjin, membuat dirinya teringatkan pada ibunya dahulu. Di ingatan Taehyung bermain perkara lama.
Flash back,
"Tuan please lepaskan adik saya!hiks, dia satu-satunya keluarga yang saya ada.." lirih wanita tersebut, memeluk tubuh adiknya yang ketakutan. Apakah wanita itu tahu, bahawa adiknya mengambil dadah dan berjudi bahkan berhutang pada lelaki didepannya.
"Humm, tak bestlah main dengan kakak ni!" Ujar lelaki itu. Wanita itu menunduk. Dia kenal lelaki didepannya. Kim Taehyung yang dipanggil V. Budak berumur 14 tahun yang hidupnya kaya raya dengan penuh kemewahan. Dia sendiri tahu, bahawa dirinya adalah penerus keluarganya nanti.
"Nama kakak apa? Umur? Dari mana? Humm?" Tanya Taehyung mendekat pada wanita itu. Wanita itu menggigit bibirnya kuat. Terlihat tubuhnya menggigil dan tetap memeluk adik lelakinya.
"N-nama kakak.. Ella, 18 tahun.." jawabnya teragak-agak. Wanita itu ragu-ragu, bagaimana jika remaja didepannya mencederakan dia dan adiknya. Taehyung tersenyum kejam dan mengangguk.
"Ahjushi! Saya nak main dengan kakak ni, gamsahamnida!" 3 orang lelaki berpakaian hitam langsung memegang kedua tangan wanita bernama Ella, dan menutup mulutnya. Ella mahu menjerit namun, kesedarannya mula menghilang dan digantikan dengan kegelapan.
💔
"Uhh..tuan V! Mana adik saya?!" Tanya wanita itu dengan sedikit kuat. Airmatanya sudah mengalir memikirkan adik lelakinya yang terluka kerana dia tidak sampai dengan cepat. Taehyung tersenyum sinis dan mendekatkan dirinya kepada wanita itu.
"Kakak! Jangan takutlah, V takkan bagi kakak hidup senang. Kakak kena bayar hutang apa yang adik kakak dah buat," jawabnya.
Lima tahun hidup bersama Taehyung membuat Ella sedar. Taehyung adalah budak yang baik, dia tidaklah sejahat difikirkannya. Memang Taehyung suka melakukan apa saja dia mahu tanpa meminta izin tapi, semua itu Ella sudah tahu.
Ella, dia sakit. Dia sudah tenat kerana penyakitnya yang tidak dapat disembuhkan. Dan Ella juga sedar bahawa Taehyung menyimpan perasaan terhadapnya. Tapi, Ella tak dapat sambung kehidupannya diesokkan harinya. Juga, adik Ella meninggal. Meninggal kerana dadah.
Taehyung baru berumur 19 tahun. Pertama kalinya merasakan perasaan cinta dan sudah meninggalkannya. Taehyung memandu selaju lajunya tanpa mengetahui arah tujuannya. Sehinggalah, dia mendengar suara bidadari memanggilnya. Menyelamatkannya dari letupan kuat berlaku di belakangnya. Tepat saat itu, 4 tahun yang lalu.
End of Flash back,
Taehyung menguncup perlahan dahi Seokjin. Mendengar dengkuran yang di keluarkan Seokjin membuat senyuman terukir di bibirnya. Sudah cukup lelaki kesayangannya ada disebelahnya sudah cukup. Tiada yang cuba atau mahu memisahkan mereka.
Bersambung,
Sorry lambat update 🙏 macam mana chapter ni? Harap faham 😉 author dah cuba yg terbaik mahu update, so..vote lah ye
Luv u 💕😚
-yana-
YOU ARE READING
{Slow Update}Treat You Better [Taejin]
Teen FictionSeorang anak sulung dari 2 adik tiri, yang merupakan penerus perjuangan keluarga Kim rupanya hanyalah mimpi. Kim Seokjin sendiri tidak pernah memikirkan bahawa ayahnya sendiri akan menjualnya hanya kerana penampilannya dan masalahnya. Sebaik sahaj...