10

299 24 2
                                    

"Perhatian, tuan V dah datang." Ucap Sana lembut dengan menunduk pada tetamu hormatnya. Hadirin yang datang hanyalah 4 orang yang terdiri daripada Tuan Kim, Tuan Kang, puan Shin dan puan Hae. Tuan Kang adalah 30% saham bahagian pemasaran. Begitu suga dengan puan Shin. Berlainan dengan tuan Kim, dia berkongsi 5% saham syarikat itu bersama Taehyung. Puan Hae pula, mengambil sebahagian daripada kosmetik di bahagian produk.

"Selamat tengah hari tuan V," ucap mereka bertiga melihat Taehyung melangkah kaki ke dalam. Taehyung hanya mengangguk dengan wajah dinginnya. Mereka jadi diam melihat seorang lelaki manis di sebelahnya. Tuan Kim, tertanya-tanya kenapa anaknya boleh bersama dengan Taehyung sedangkan dia hanyalah permainannya.

"Selamat tengahari semua, hari ini saya yang akan membawa mesyuarat." Puan Hae memberi anggukan dan senyuman manakala yang lain memandang Seokjin dengan pandangan ragu. Tuan Kim juga begitu.

"Ada yang membantah?" Mendengar suara Taehyung, semua menggeleng. Seokjin melemparkan senyuman yang bagi Tuan Kim sendiri seperti senyuman sinis. Taehyung mengambil tempat di depan Seokjin bersama Sana dan Seokjin pula, membuka fail.

"Kita tahu bukan? Kosmetik yang di bahagian puan Hae cukup bagus. Tetapi tidak ramai yang sedari? Sebab apa, sebab pengiklanan juga penting di sisi produk apa yang kita jual. Seperti contoh, syarikat ini menjual perawatan wajah. Tapi iklannya berdasarkan wanita-wanita cantik dan berpakaian seksi. Ingat! Ini untuk iklan dan menarik perhatian pelanggan dan bukannya mahu berfoya dengan permodelan itu. Dan saya candangkan syarikat ini perlu menukar ikon pengiklanan. Bagaimana tuan Kang?" Selepas berkata panjang, mata Seokjin beralih pada tuan Kang. Diikuti juga dengan mata Taehyung.

"Kenapa pula? Wanita lah yang membuatkan penjualan ini meningkat? Kau tak nampak ke?" Begitu kasar kata-kata yang dijawab olehnya. Seokjin tersenyum sinis.

"Kenapa? Tuan kata meningkat? Setahun lalu, produk yang dihasilkan oleh puan Hae meningkatkan dan sejak tuan Kang yang mengendalikan semuanya menurun. Data semua dicatat tuan. Bukan saja begitu, wanita yang tuan guna tu semuanya tidak sesuai mengikut konsep!" Bicara Seokjin berjaya membuat tuan Kang marah.

"Atas dasar apa kau?! Kau siapa nak halang aku? Tuan V pun tak larang aku buat macam ni. Tuan V sendiri yang berikan tandatangan untuk persetujuan," balas tuan Kang dengan punggungnya tidak lagi duduk di atas kerusi. Mata Taehyung beralih pada tuan Kim yang masih fokus kepada Seokjin yang tenang.

"Dia betul. Macam mana dia boleh tahu semua ni? Aku tak pernah hantar dia ke sekolah kecuali Seokmin masih hidup." Batin tuan Kim.

💔

"Ughh! Penatnya!" Rungut Seokjin dengan tangannya menggosok kepalanya sehingga rambutnya sendiri jadi kusut. Taehyung yang melihat Seokjin, tersenyum.

"Kau dah buat yang terbaik, rehatlah. Aku nak buat kerja," ucap Taehyung sampai ke telinga Seokjin. Wajah Seokjin memerah seketika dan nasib baik Seokjin membelakangi Taehyung. Tapi, wajahnya merah sampai ke telinga dan membuatkan Taehyung nampak.

"O-okay.."

Seokjin POV

Apa yang perlu aku buat? Aku harap aku tak hampakan dia..tapi..apa maksud dia yang syarikat ni atas nama aku? Sejak bila aku ada syarikat..

"T-tuan saya mahu tanya,"

"Tanyalah,"

Mendengar persetujuan Taehyung, Seokjin memilih mendiamkan diri. Tadinya mahu bertanya, Seokjin mengangkat wajahnya berani menatap Taehyung yang turut menatapnya.

"U-uhh..apa maksud t-tuan, syarikat ni atas nama saya?" Tergagap-gagap Seokjin mahu mengungkapkan kerana betapa tajamnya tatapan diberikan oleh Taehyung. Taehyung tak menjawab malah bangun dari duduknya dan bergerak mendekati Seokjin. Seokjin diam ditempatnya. Fikirannya berfikir, adakah soalannya teruk ataupun tak tepat.

"Sebab.. syarikat ini memang atas nama kau. Dari 4 tahun yang lepas," bisik Taehyung dengan suara rendah. Seokjin mengabaikan suara Taehyung itu tetapi yang menarik perhatiannya sekarang adalah bagaimana syarikat ini boleh bernama Seokjin 4 tahun lalu. Perlahan tangan Seokjin menolak dada Taehyung menjauhinya.

"A-apa maksud tuan? 4 tahun yang lalu.. kita pernah berkenalan ke?" Tanya Seokjin. Taehyung tak menjawab. Dia diam dan menatap dalam anak mata Seokjin. Renungannya jauh di sudut mata hitam Seokjin.

"..mungkin.."

Seokjin semakin mengerut dengan jawapan yang diterima. Taehyung menjauhi Seokjin dan ke mejanya untuk menyambung kerja yang diberhentikan tadi. Seokjin pula masih termenung memikirkan kata-kata Taehyung.

"Seokjin..mungkin kau dah lupa, tapi aku takkan sesekali lupa. Tentang kau,"

20 minit mereka dililit dengan suasana hening. Seokjin merasakan canggung yang menusuk sedangkan Taehyung masih sibuk dengan kerjanya di atas meja. Terlintas di dalam otaknya, jika dia adalah pemiliknya jadi dia yang harus mengerjakan semua pekerjaan kan. Tapi sekarang, didepan mata Seokjin. Ada seorang lelaki yang membelinya, yang pernah menyentuhnya, yang pernah memukulnya tapi kali ini di depan mata Seokjin.. Taehyung hanyalah remaja yang baik hati. Tatapan Taehyung tak lagi asing baginya seperti dia pernah berjumpa dengannya. Seperti mimpi.

Tuk
Tuk
Tuk

Mendengar ketukan pintu, Seokjin mengalihkan pandangannya daripada terus memandang Taehyung yang leka membuat kerjanya.

Krek,

"Tuan V, saya ada benda mahu bincang." Seokjin bangun dari duduknya apabila melihat papanya datang dengan sebuah fail hitam. Seokjin dengan sombong melipat tangannya didada. Membuat wajah sedatar yang boleh walaupun di dalam hatinya, terbit rasa sakit.

"Bincangkan dengan tuan Seokjin,"

Seokjin yang mendengar Taehyung menyebut tuan sebelum namanya membuka luas matanya sebagai dia terkejut. Begitu juga dengan tuan Kim. Tuan Kim berdehem kecil.

"Tapi ini tentang syarikat ini, tuan V." Balas tuan Kim lagi. Taehyung menjatuhkan pen yang di pegang dan menatap tajam tuan Kim. Matanya beralih pada Seokjin yang menundukkan wajahnya.

"Maaf tuan Kim. Tuan dah lupa? Syarikat ini atas nama tuan Seokjin. Bukan saya,"

Bersambung,

Huhuuu😥 byk homework 😣 sorry, guys. Author kena fokus dekat homework dulu, and I akan jarang update this story 🙏

Luv u 💕😚

-yana-

{Slow Update}Treat You Better [Taejin]Where stories live. Discover now