"Honey! Ada berita baik sayang," puan Kim berlari kecil pada suaminya yang sibuk dengan komputer di ruang tamu. tuan Kim mengangkat sebelah keningnya sebagai bertanya. Puan Kim mengambil tempat di sebelah suaminya dan menatap suaminya dengan gembira.
"Honey, syarikat I akan diselamatkan! Oh my God! You tahu kan, syarikat I tu diambang bankrap? Ada seorang remaja ni, dia beli 70% dari syarikat I. Baguslah," terang puan Kim. Tuan Kim juga ikut mengangguk dan mengusap rambut sang isteri dengan kasih sayang.
"Baguslah. You kena buat yang terbaik, okay? Usahakan yang terbaik. Jangan mengalah dengan syarikat yang sudah 3 tahun you bina," pesan Tuan Kim lagi. Puan Kim tersenyum manis dan menyandarkan kepalanya di bahu suaminya.
💔
"Yah! Apa kau cuba buat huh?!"
"A-aku betulkan rambut dia je,"
"Tipu! Aku nampak kau cuba cium Jimin!"
"Aishh, bisinglah kau ni. Diam sajalah,"
"Dengar, Kim Jungkook! Aku takkan benarkan kau buat apa-apa pada sahabat aku!"
Jungkook dengan senyum jahatnya, menutup mulut Suga dengan kuat. Menarik Suga keluar dari bilik Jimin. Jimin pengsan setelah dibius ubat rehat. Kebetulan Suga mahu menjenguk Jimin, terlihat Jungkook yang membelai pipi Jimin dan mendekat pada bibir Jimin. Ingat Suga akan benarkan. Hell no.
"Dengar, Min Yoonggi! Kalau kau bagitahu apa-apa dekat Jimin. Aku pecahkan rahsia kau," ancam Jungkook. Suga menolak Jungkook menjauh darinya. Difikirkannya, bagaimana Jungkook boleh mengetahui namanya yang asli.
"Apa maksud kau? Apa kau tahu pasal aku dengan Jimin?!" Tanya Suga. Tangannya digempal erat. takut jika Jungkook tahu rahsianya yang telah disembunyikan. Iaitu, Jimin adalah adik yang dijaganya.
"Come on! Aku tahu kau tahu. Yang kau.. perampas ayah Jimin. Mak kau yang rampas ayah Jimin dan pengaruh dia supaya tinggalkan puan Park dan Jimin bukan?"
Suga diam dan membeku di tempatnya. Matanya memerah apabila tahu, lelaki didepannya mengetahui rahsia terbesarnya.
"Dan kau bayangkan, kalau Jimin tahu..yang kau ni adalah anak dari perampas keluarganya. Macam mana perasaan dia nanti? Berapa banyak airmata dia titiskan sebab kecewa dekat kau? Huh?" Jungkook dengan suara terdengar mengancam bertanya. Suga diam kerana tidak mahu Jimin mengetahui rahsianya. Jika Jimin tahu semua itu, dia yakin bahawa Jimin pasti membencinya. Jimin telah banyak menderita disebabkan mamanya.
"K-kau nak apa?.." tanya Suga menundukkan wajahnya. Jungkook menyeringai dan menepuk bahu Suga. Ketawa kecil sebelum menjawab,
"Senang. Aku nak adik kau,"
💮🌸💮🌸💮🌸💮
"Mianhe Jimin..mianhe.." Suga menangis teresak-esak. Memegang tangan pucat Jimin dan membelai pipinya. Jimin yang masih diselubungi tidur tidak dapat mendengar kata maaf Suga.
"Jimin-ah..aku kena pergi..aku minta maaf, tapi. Percayalah dekat aku..yang aku sayangkan kau, mianhe Jimin.. aku akan balik..aku akan jemput kau lepas aku bebas. Aku akan selamatkan kau dari Jungkook tu," ucap Suga.
Flash back,
"Aku akan hantar kau ke Jepun dalam 3 bulan. Kau kena bagi aku ruang dengan Jimin, pasal adiknya Jimin kau jangan risau. Sepupu aku boleh jagakan. Kau pergilah dengan selamat,"
"Jadi..aku kena tinggalkan Jimin?"
"Yes,"
"Tapi..lepas aku datang sini balik.. aku nak ambil Jimin. Dan waktu tu, kau tak berhak halang aku. Deal?"
ANDA SEDANG MEMBACA
{Slow Update}Treat You Better [Taejin]
Teen FictionSeorang anak sulung dari 2 adik tiri, yang merupakan penerus perjuangan keluarga Kim rupanya hanyalah mimpi. Kim Seokjin sendiri tidak pernah memikirkan bahawa ayahnya sendiri akan menjualnya hanya kerana penampilannya dan masalahnya. Sebaik sahaj...
![{Slow Update}Treat You Better [Taejin]](https://img.wattpad.com/cover/223222538-64-k366246.jpg)