Taehyung POV
Beberapa hari ni, Seokjin dah menghindari aku. Dan lebih teruknya lagi, dia dah berani melawan aku walaupun aku hukum dia setiap malam. Aku tak tahu apa masalah dia dan aku nak tahu apa masalah dia.
"Aishh!stress!"
Ini yang aku rasakan dalam 6 hari ni. Bila jumpa dengan Seokjin, dia dah tak tunduk macam dulu. Dia sekarang dah pandai menjeling. Siapa yang ajar aku tak tahu. Dan dia tak pernah tinggikan suara kat aku, tapi sekarang dia dah pandai. Kali terakhir dia bercakap dengan aku, 2 hari yg lepas.
Itu sebab aku tanya dia, apa masalah dia. Dan dia tanya aku balik, apa masalah aku. Dia keras kepala betul, lain macam mama Seokmin.
Dan hari ni, aku rancang nak..minta maaf kat dia walaupun aku tak tahu apa salah aku. Siapa yang ajar dia jadi macam itu, kalau aku tahu aku potong lidahnya.
Tuk×2
"Masuk," kata aku. Siapa yang ganggu aku dekat pejabat ni? Dengan kepala aku yang pening fikirkan Seokjin.
"V! I bawakan you, nasi goreng kimchi kegemaran you."
Dia lagi. Sejak kedatangan dia lah, Seokjin menjauh dari aku. Kim Jennie. Sahabat aku yang lama tak macam ni. Dia dulu tomboy dan berperangai lelaki, dia dah berubah sejak aku kenal Ella.
"Terima kasih sajalah, and now you can go." Ucap aku dengan selamba. Dia muat reaksi sedih dan bagi aku itu membuat aku rasa sedikit bersalah. Lagipun, bukan salah dia. Cuma..aku yang tak boleh. Aku memghela nafas dan bangun, berjalan sedikit malas ke arah dia dan mengambil bungkusan yang dia bawakan.
"Gumawo," hanya itu yang aku ucapkan, dia dah tersenyum. Senyuman dia tak berubah, sama macam dulu. Tapi tetap! Seokjin lebih cantik.
Bruk,
"Taetae!.."
"Seokjin.."
Aku kaku. Wajah dia ada riak sedih dan kecewa. Aku melihat tangannya membawa sebuah bungkusan juga. Adakah itu untuk aku..
"Seokjin-ah, aku boleh-"
"M-maaf mengganggu..tuan,"
Dia pergi.. Seokjin please percayakan aku. Ini semua bukan yang macam kau nampak.
"Taehyungie..kejar dia," aku memandang Jennie. Jennie mengambil semula bungkusan yang dia berikan pada aku tadi dan menepuk bahu aku sekilas.
"Aku lapar, cepat kejar dia sebelum dia yang makan bekal tu."
Gumawo Jennie, aku mengangguk dan berjalan laju untuk mengejar Seokjin, suami aku yang sah. Seokjin tunggu aku,
End of Taehyung POV
Taehyung turun ke tingkat 3 iaitu tempat kantin. Mesti saja, Seokjin kesana kerana disitu adalah tempat Seokjin berada setiap kali waktu rehat tanpa Taehyung. Taehyung di sapa dengan beberapa pekerja di kantin dan Taehyung hanya mengangguk kerana sekarang dia mahu mencari kekasihnya, kekasih hatinya yang berjumpa dengannya 4 tahun lalu setelah kematian Ella.
"Seokjin?.." Taehyung memberhentikan langkahnya. Melihat Seokjin bersama lelaki lain sedang seronok berbual sambil makan bungkusan yang dibawa Seokjin tadi. Tawa Seokjin terlihat indah namun dimata Taehyung, tawa itu terlihat palsu. Taehyung mengambil langkah ke arah mereka. Menatap Seokjin tanpa Seokjin sedari. Taehyung menghela nafas dan manatap tajam arah lelaki disebelahnya.
"Kau siapa?" Mendengar suara deep Taehyung, lelaki itu menoleh bersama Seokjin. Seokjin menelan air liurnya susah kerana tatapan mematikan yang diberikan oleh Taehyung padanya.
YOU ARE READING
{Slow Update}Treat You Better [Taejin]
Teen FictionSeorang anak sulung dari 2 adik tiri, yang merupakan penerus perjuangan keluarga Kim rupanya hanyalah mimpi. Kim Seokjin sendiri tidak pernah memikirkan bahawa ayahnya sendiri akan menjualnya hanya kerana penampilannya dan masalahnya. Sebaik sahaj...