Bab 3

27 1 0
                                    

- Selepas 9 Tahun -

Tengah malam yang begitu sejuk pada pukul 12:45 malam boleh melenakan semua manusia tetapi tidak bagi Raysha Adara. Penghawa dingin yang berada pada suhu 16°C tetap tidak dapat menyejukkan Raysha yang meracau ketika itu.

Peluh yang meleleh begitu lebat telah membasahi wajah si gadis ini. Air mata yang mengalir juga tidak dapat dibezakan setelah bercampur dengan peluh di wajahnya.

"MAAMAAAAA!! NOO!! JANGAN TINGGAL ISHA!! MAAMAAAAA!!"

Raysha meracau dengan begitu kuat sekali sehingga dapat memenuhi satu kediaman sederhana Encik Ashran dan Puan Melina.

"Raysha, buka pintu ni sayang. Ni auntie. Aduh, macam mana ni abang?"

Pintu bilik Raysha diketuk dengan begitu kuat oleh Puan Melina dan Encik Ashran sehingga dapat membangunkan Raysha daripada mimpi ngerinya itu.

Terjaga dari mimpi ngeri dan menangis sudah menjadi rutin bagi Raysha. Tapi bukan setiap malam tau. Kadang-kadang sahaja. Ketukan pintu yang bingit tidak mengejutkan Raysha kerana itu bukan pertama kali dia mendengar bunyi begitu. Bak kata orang 'dah lali la weh'.

"Astaghfiruallahalazim Raysha. Kamu okay? Raysha mimpi lagi ke sayang?" soal Puan Melina setelah Raysha membuka pintu biliknya. Raysha hanya mampu memberikan senyuman segaris sahaja pada pasangan suami isteri itu. Peluh didahi Raysha diseka dan rambutnya dilurut oleh Puan Melina agar nampak kemas sedikit.

Raysha memandang muka mereka satu persatu. Rasa bersalah dihati sungguh terasa kerana telah membangunkan mereka daripada tidur yang lena gara-gara mimpi ngerinya itu. Sudahlah menumpang sahaja dirumah ini dan mimpi ngeri itu selalu mengganggunya. Eh, pembetulan! Bukan mengganggu Raysha sahaja, tetapi menggangu seluruh manusia didalam rumah ini.

Yala, kalau dah menjerit macam kena histeria, siapa yang tak terkejut kan? Agaknya kalau ada binatang peliharaan dalam rumah ini mesti mati terkejut binatang tersebut. Sebab apa? Sebab jeritan sumbang Raysha.

"Auntie, Uncle. Raysha minta maaf sangat-sangat. Raysha dah ganggu ketenteraman auntie dengan uncle tidur. Raysha rasa bersalah sangat. Tak pasal-pasal auntie dengan uncle kena bangun waktu macam ni".

'Aku dah agak mesti auntie dengan uncle akan cakap Raysha takperlu salahkan diri sendiri'. Monolog hati Raysha lepas meminta maaf.

"Raysha takperlu salahkan diri sendiri. Auntie dengan uncle tau yang semua ini bukan atas permintaan Raysha. Kami yang besarkan Raysha dari kamu umur 12 tahun lagi. Uncle tau kematian Meriya memang tak dapat dilupakan tapi uncle dengan auntie akan cuba sedaya upaya kami untuk bantu Raysha dapatkan diri kamu yang dulu." Kata - kata Encik Ashran hanya dibalas dengan air mata Raysha sahaja.

Sungguh. Dia memang tak dapat melupakan kejadian yang membuatkan Meriya, mamanya meninggal dalam keadaan yang sangat tragis. Jika difikirkan balik, apa sebenarnya salah Raysha dengan mama sampai kami dilakukan begitu sekali? Tapi apakan daya, semua itu terjadi ketika Raysha berumur 12 tahun. Masih tidak tahu hendak berbuat apa. Hanya mampu mengalirkan air mata. Ya, menangis.

"Betul apa yang uncle cakap tu, sayang. Auntie sayang Raysha macam anak kandung auntie sendiri walaupun Raysha hanya anak saudara. Auntie tak sanggup tengok Raysha selamanya jadi macam ni. Hidup dalam kesedihan. Walaupun Raysha cakap diri kamu tu dalam keadaan okay, tapi auntie tau yang sebenarnya Raysha memang tak okay."

Raysha hanya mampu mendiamkan diri selepas pasangan suami isteri tersebut cuba menenangkan dan menasihatkan dirinya. Memang betul apa yang dikatakan oleh auntie dengan uncle. Hidup Raysha penuh dengan kesedihan disebabkan dia tak dapat melupakan kejadian tragis tersebut. Trauma? Fobia? Kemurungan? Entahlah. Yang dia tahu semua itu yang dirasakannya sekarang ini. Bercampur baur.

RAY-SHAWhere stories live. Discover now