Bab 7

14 1 0
                                    

"Rayshaaaa. Bangun. Aku nak keluar dah ni. Cepatlah." jerit Kathy di luar bilik Raysha sambil mengetuk pintu bilik itu.

TOKKK. TOKKK. TOKKK. TOKKK. TOKKK. TOKKK. TOKKK. TOKKK.

"Kathy, kau nak apa? Aku mengantuk la. Huaaaa." ujar Raysha setelah membuka pintu biliknya.

"Amboi, bagusnya anak dara sorang ni. Dah terpacak matahari atas kepala, boleh lagi cakap mengantuk."

Kathy terus menarik tangan Raysha ke ruang tamu. Beg-beg kertas yang tersusun di atas sofa dibelek satu persatu oleh Kathy lalu isi beg-beg tersebut dipadankan ke badan Raysha.

'Dress? Cantik kut. Tapi sesuai untuk majlis-majlis ternama je. Kalau setakat nak pergi mall, memang tak lah aku nak pakai.' Gumam hati Raysha.

"Aku rasa yang merah ni sesuai dengan kau. Tapi yang biru ni pun cantik jugak. Ke warna kelabu ni yang sesuai eh?" Omel Kathy sambil memadankan setiap dress tersebut ke badan Raysha.

Raysha yang dari tadi hanya berdiri seperti patung cendana hanya menguap sahaja. Dia sendiri tidak tahu apa tujuan sahabatnya ini dengan memadankan setiap dress tersebut ke badannya. Tanpa serabutkan fikirannya, Raysha terus membuka mulut.

"Kejap. Kenapa kau padankan semua dress ni dekat badan aku? Ada apa sebenarnya? Kita nak pergi mana ni?"

Kathy yang mendengar soalan dari Raysha terus menepuk dahinya sendiri. "Aku lupa weh nak bagitau kau. Sebenarnya tempat kerja aku ada majlis malam ni. Lebih tepat lagi, aku yang atur majlis malam ni. Jadi, aku nak kau datang dan teman aku nanti dekat sana. Boleh?"

Kathy yang mengerdipkan matanya secara laju itu dipandang dengan penuh tanda tanya oleh Raysha. Tak sampai tiga hari duduk sini, dah ada majlis. Hebat lah Raysha.

"Tapi aku tak mandi lagi. Nak tunggu aku bersiap semua mesti makan masa. Kau pula dah nak pergi. Macam mana?" soal Raysha.

"Aku nak pergi sekarang ni sebab nak tengok la dekat sana apa lagi yang belum settle. Kau tak perlu ikut aku sekarang. Kau rilek je dekat rumah. Okay? Sebab pukul 8 malam nanti ada grab ambil kau. Aku dah booking siap-siap." bebel Kathy.

"Oh ya, satu lagi aku nak cakap. Aku tak pasti dress mana yang sesuai dengan kau sebab bagi aku semua cantik dekat badan kau. So, kau pilih la sendiri eh? Sebab semua dress dalam beg-beg kertas tu kau yang punya."

Raysha yang mendengar ayat terakhir Kathy terus terkejut. "Kau habiskan duit kau semata-mata untuk belikan aku dress semua ni? Banyak kut. Membazir lah Kathy."

"Alah bukan selalu. Aku beli pun sebab nak kau nampak cantik jugak macam aku malam ni. Hehehehe taknak lah aku sorang je yang cantik. Nanti penuh mamat Itali ngorat aku. Penat tau jadi orang cantik ni. Dah lah, aku pergi dulu. Bye muah." Kathy terus menutup pintu rumahnya itu lalu memandu kereta ke tempat majlis tersebut.

Raysha yang berdiri dari tadi hanya mampu memandang satu persatu beg-beg kertas tersebut. "Haihlaa Kathy. Macam mana lah aku tak sayang kau?"

   ————————————————

Bunyi riuh rendah yang bergema di bilik pejabat Rayden berpunca daripada mulut Nick. Apa lagi kalau bukan main game hmm. Siap baring atas sofa pulak tu. Rayden yang sedang membelek fail-fail di atas mejanya itu mula memandang ke arah Nick.

"Apa, Ray? Aku tau kau tengah pandang aku sekarang ni? Takkan kau rindu aku sampai tahap nak jadi kunyit kut? Aku bernafsu dekat perempuan je tau." kata Nick sambil bermain game Pubg di telefonnya itu.

"Kepala hotak kau kunyit. Kalau kau setakat datang sini semata-mata nak main game bodoh kau tu, baik kau blah" jerkah Rayden.

Tapi apakan daya, jerkahan Rayden bagaikan angin di telinga Nick. Maklum lah sepupu paling rapat dari kecil, sebab itu Nick tak kisah kalau Rayden marah atau jerkah dia sekalipun. Ambil hati atau terasa hati pun tidak.

RAY-SHAWhere stories live. Discover now