Dinding putih. Siling putih. Lelaki putih. Eh? Lelaki?Raysha terus membuka mata seluas - luasnya dan mula menukar posisi daripada baring kepada duduk. Benda pertama yang dia nampak adalah seorang lelaki dalam lingkungan remaja sekolah menengah. Lama dia merenung lelaki yang sedang tidur dalam keadaan duduk itu sambil berpeluk tubuh.
Raysha baru teringat akan mamanya. Kalau tidak silap, Raysha baru sahaja melihat mamanya ditembak oleh orang jahat. Raysha mula meliarkan pandangannya ke sekeliling.
'Hospital? Kenapa aku ada dekat hospital?' Raysha mula berdiri dan melihat ke kiri ke kanan seolah - olah ingin mencari di mana keberadaan mamanya. Belum sempat Raysha ingin memulakan langkahnya, suara seseorang telah menyapa ke gegendang telinganya.
"Isha dah bangun?" Soal pakcik tersebut.
"Mana pakcik tau nama saya?"
"Tu, rantai yang Isha pakai. I-S-H-A. So, pakcik tau nama Isha adalah Isha sebab ada kat rantai tu."
Raysha memegang rantainya yang tersangkut di leher. Rantai pemberian mamanya. Mama? Ya, mama.
"Pakcik, mana mama saya? Tadi mama ada dengan saya. Saya bangun je mama dah tak ada." Soal Raysha yang sudah mengalirkan air mata itu.
Lelaki yang berumur 40-an itu terus membawa Raysha duduk di kerusi dan mengusap bahu anak kecil tersebut. Anak mana yang boleh jauh dari si ibu pada waktu umur begini. Mesti akan tertanya - tanya keberadaan si ibu.
" Mama Isha ada kat dalam bilik pembedahan. Doktor tengah rawat mama Isha. Nanti kalau dah selesai, kita tengok mama Isha okay?"
Raysha hanya menganggukkan kepala sahaja. Dia menoleh ke arah lelaki yang sedang tidur itu. Tertanya - tanya siapakah dia.
"Tu Rayden. Anak pakcik. Isha boleh panggil Abang Ray."
Raysha menganggukkan kepalanya buat kali kedua. Buat masa sekarang malas hendak mengeluarkan suara untuk bercakap banyak. Otaknya hanya memikirkan keadaan mamanya sahaja. 'Mama, Isha nak mama.'
"Huarghh! Perempuan tu tak habis lagi ke kena bedah?" Soal Rayden sambil menggosok matanya. Ditambah dengan menguap yang begitu luas. Aduh, muka je hensem tapi perangai tak senonoh.
'Dah nama lelaki. Biarlah.' - Author.
'Hish, Author ni sibuk la.' - Raysha.
Sekali lagi Raysha menolehkan kepalanya ke arah Rayden. Lama dia merenung wajah lelaki muda itu sehinggakan Rayden membalas pandangannya.
"Kau dah kenapa tengok muka aku lama-lama? Tau lah kacak. Ke kau tak pernah tengok orang kacak? " Rayden menjawab sambil melurutkan rambutnya yang lebat itu. 'Eleh, kau ingat kau sorang je ke ada rambut? Aku pun ada la.' Monolog Raysha di dalam hati.
"Ray, jangan cakap kasar sangat dengan Isha. Dia masih terkejut. Tak salah kan kalau Ray cakap dengan dia baik-baik?" Encik Zender Halls menasihatkan anaknya, Rayden dengan suara yang agak tegas. Tetapi hanya anggukan kepala sahaja yang diberi oleh Rayden.
Sungguh, dia agak takut jikalau Encik Zender mengamuk. Boleh berdiri semua bulu - bulunya. Pernah dulu, Rayden dipukul teruk oleh ayahnya kerana membawa pistol milik Encik Zender ke sekolah. Sejak itu, dia tidak berani untuk mencuri atau mengambil harta milik ayahnya tanpa pengetahuan Encik Zender.
Eh wait! Pistol? Encik Zender seorang anggota polis ke? Mestilah TAK. Dia adalah seorang mafia. Selepas datuk Rayden memberi kuasa untuk menjaga Dark Halls kepada Encik Zender, kumpulan mafia itu sudah berubah.
Dari menjual dadah besar-besaran, memiliki kelab malam yang banyak di serata negara hinggalah memeras ugut rakyat yang lemah. Tetapi setelah kuasa itu jatuh di atas tangan Encik Zender, semua itu telah dihapuskan oleh dia sendiri. Jatuh cinta akan seorang wanita Islam, iaitu mummy Rayden telah membuatkan Encik Zender melenyapkan penjualan dadah kumpulan mafianya.
Tiada lagi penjualan dadah. Tiada lagi kelab malam kepunyaan kumpulan mafianya. Dan juga tiada lagi memeras ugut rakyat yang lemah.
Tetapi semua itu tidak menyusutkan langsung hartanya. Malah, dia lebih bahagia setelah tidak terlibat dengan semua itu.
----------------
Sehari sudah berlalu selepas kematian mama Raysha. Meriya meninggal dunia kerana peluru telah menembusi kedua - dua ginjalnya dan tidak dapat diselamatkan ketika pembedahan dilakukan. Raysha hanya mampu mengalirkan air mata sahaja apabila mengingatkan kata - kata doktor tersebut. "Kami minta maaf. Pesakit tidak dapat diselamatkan."
Mengingatkan tanah kubur mamanya yang masih merah membuatkan air mata mengalir dengan lebih laju. 'Ya Allah, engkau ambil lah nyawa Isha ini. Sesungguhnya Isha tidak sanggup hidup sendirian.' Raysha mampu berkata dalam hati sahaja.
" Isha, kita makan dulu ye sayang?"
Puan Liana. Isteri Encik Zender dan juga mummy Rayden. 'Ye, aku tau la. Author ni detail sangat.' bebel Raysha dalam hati.
Raysha kini tinggal di rumah Encik Zender sementara adik perempuan mamanya, Puan Melina datang ke sini untuk menjemputnya.
Raysha yang berwajah sembab itu hanya mengikut Puan Liana ke meja makan. Keempat-empat mereka menikmati makanan yang terhidang dengan senyap walaupun kadang - kadang Rayden mencuri pandang Raysha secara diam - diam.
----------------
Petang yang indah itu dihiasi dengan suara jantan Rayden dan Encik Zender yang sedang berlatih berlawan antara satu sama lain di halaman belakang. Raysha yang duduk di kerusi hanya mampu termenung mengenangkan arwah mamanya. Tangan kanan yang dari tadi tidak berhenti memegang rantainya itu dipegang Rayden.
Raysha terkejut lantas memandang empunya tangan yang memegang tangan kanannya. "Abang Ray, nasib baik Isha tak mati. Terkejut tau tak."
'Bukannya dia tengah berlawan ke tadi? Eh, Pakcik Zender pun dah takda. Cepatnya habis.' Monolog hati Raysha.
"Kau belajar dekat sekolah mana ni yang terkejut ciput centu boleh mati? Mengarut la kau ni." Rayden yang baru sahaja duduk di atas kerusi hanya menggelengkan kepalanya dengan sikap Raysha. Comel punya budak.
Raysha hanya mendiamkan diri. Dia memandang ke arah lain kerana dia tahu kalau bercakap dengan Rayden nanti hatinya juga yang sakit.
"Aku dari tadi perasan yang kau asyik pegang rantai kau je. Istimewa sangat ke benda tu?" Soal Rayden sambil memandang rantai Raysha itu. Dari hospital haritu dia tertanya - tanya tentang rantai itu.
Raysha menoleh ke arah Rayden. Disebabkan rantai ni, Rayden dan keluarganya memanggil Raysha dengan panggilan Isha. Hanya mama dan abah je yang panggil dia dengan panggilan itu. Kini, bertambah lagi tiga orang iaitu ibubapa Rayden serta Rayden sendiri.
"Bukan setakat istimewa tau, tapi berharga macam nyawa. Ini lah satu - satunya pemberian mama selepas abah Isha meninggal dunia. Isha sayang sangat rantai ni. Abang Ray jangan berani nak curi tau. Sebab Isha perasan jugak yang Abang Ray selalu curi - curi pandang rantai Isha."
Rayden yang mendengar itu hanya menganggukkan kepala. 'Eh wait! Apa budak ni cakap tadi? Aku nak curi rantai dia? Kepala lutut dia.'
"Kau ingat aku ni miskin sangat ke sampai nak curi rantai kau tu? Agak - agak lah. Kau tengok rumah aku ni. Besar kan? Sebab apa? Sebab bapak aku kaya. Kalau setakat rantai buruk kau ni bapak aku boleh belikan 100 utas la." Rayden yang cakap serupa langit nak runtuh tu mula berdiri. Panas pula hati bila budak ni tuduh aku nak curi rantai buruk dia. Ada juga yang kena tembak nanti.
Amboi kau, Rayden. Mentang - mentang dah mahir dengan pistol, kerja nak tembak orang je. Bagitau bapak kau baru tau.
'Diamlah, Author. Dengan kau sekali aku tembak. Baru padan dengan muka kau. Kau yang karang dialog aku, lepas tu kau nak bebel pulak.' - Rayden masih dengan wajah berlagak itu.
"Berlagak la dia ni." Raysha terus bangun dari kerusi itu lalu masuk ke dalam rumah. Malas nak melayan Rayden. Sebab apa? Sebab sakit hati.
#to be continue😘
YOU ARE READING
RAY-SHA
Romance"Mama, Isha rindukan mama sangat-sangat" - Raysha Adara Kejadian ibunya dibunuh di hadapannya sendiri telah menghantui hidup Raysha Adara selama bertahun-tahun. Malah membuatkan diri dia menjadi seorang gadis yang sangat pendiam. Lantas, dia mengamb...