Kedatangan Puan Melina ke teratak Encik Zender untuk menjemput Raysha akhirnya tiba. Hari ini merupakan hari terakhirnya untuk tinggal di rumah ayah Rayden ini.
Sedih? Sedih la juga sebab Raysha dan Rayden dah mula boleh berkawan dengan baik. Tak ada dah gaduh-gaduh mulut walaupun hanya tiga hari sahaja dia menumpang disini.
Semua ini terjadi kerana Raysha terjatuh sehingga sikunya luka. Rayden yang mengejarnya berasa sangat bersalah dan juga takut diketahui ayahnya. Lalu, dia mengambil keputusan dengan berjanji akan beli coklat yang banyak untuk Raysha jika Raysha tidak memberitahu Encik Zender.
Tetapi, Rayden tetap juga dimarahi ayahnya kerana Puan Liana memberitahu Encik Zender yang dia sendiri nampak Raysha jatuh kerana Rayden kejar. Raysha yang sudah berjanji itu berasa sedih kerana coklat yang dijanjikan Rayden itu mesti tidak akan ditunaikan oleh Rayden.
"Raysha? Sini, sayang. Auntie minta maaf sangat-sangat, nak. Auntie lambat datang. Auntie tak sempat nak tengok mama Raysha buat kali terakhir." Luah Puan Melina sambil memeluk anak saudaranya itu. Air mata membasahi pipinya dengan laju. Rasa sungguh terkilan kerana tidak dapat melihat arwah kakaknya buat kali terakhir sebelum dimakamkan.
Raysha yang mendengar esakan tangis ibu saudaranya itu turut juga menangis. Sesungguhnya dia rindukan mamanya. Terlampau rindu. 'Mama, auntie dah sampai nak ambil Isha.'
"Isha, daddy nak minta maaf kalau selama ni Isha tak selesa tinggal di sini. Auntie Isha dah datang, jadi daddy rasa Isha lebih berhak tinggal dengan auntie Isha. Isha kena ingat yang daddy dengan mummy tak ada niat langsung nak halau Isha. Kami sayang Isha walaupun hanya tiga hari sahaja Isha tinggal di sini." Encik Zender yang bertinggung untuk menyamai ketinggian Raysha bertutur dengan berhati-hati. Risau jika Raysha salah faham.
Semalam Raysha terpanggil Puan Liana dengan panggilan mummy kerana terlanjur ikut Rayden memanggil Puan Liana. Pada mulanya dia takut kerana Puan Liana memandangnya dengan pandangan yang susah ditafsirkan. Tetapi apa yang mengejutkan Raysha bila Puan Liana memeluk Rasyha dan mengizinkan Rasyha memanggilnya dengan panggilan mummy. Encik Zender juga menyuruh dia memanggilnya daddy.
Sesungguhnya Encik Zender dan isterinya sudah mula menyayangi Raysha seolah-olah anak kandungnya sendiri. Memandangkan mereka tiada anak perempuan, jadi mudah untuk mereka menyayangi Raysha dalam masa tiga hari sahaja.
"Isha boleh datang sini lagi?" Soal Raysha yang dari tadi berdiam diri.
Puan Liana yang berada di situ tersenyum lebar. Dia berasa senang dengan soalan Raysha. Berat hatinya untuk lepaskan Raysha. Tetapi dia sedar, Raysha lebih berhak untuk tinggal bersama ibu saudaranya.
" Boleh, sayang. Isha nak datang bila-bila pun boleh. Mummy seronok kalau Isha nak datang sini lagi." Puan Liana yang bercakap itu terus mengelap air matanya. Sungguh! Dia dah mula menyayangi anak kecil ini.
Raysha melilaukan matanya seolah-olah mencari seseorang. Malangnya, bayangan seseorang yang ingin ditemuinya itu tidak muncul. 'Mungkin Abang Ray sibuk kut.'
"Kalau begitu, kami minta izin dulu la yer. Saya nak singgah kubur kakak saya sebelum saya balik Johor. Jom, sayang. Kita balik rumah auntie ea?" Puan Melina mula meminta diri kerana hari sudah ingin menginjak ke petang.
————————————————
"Sakitlah Am. Kau nak aku mati ke?" Marah Rayden yang sedang berlatih berlawan di bilik bawah tanah bersama-sama anak buah ayahnya, Amri.
"Saya minta maaf, Tuan Ray. Saya tak sengaja." Amri yang meminta maaf itu mula membongkokkan badannya.
Rayden yang mula rasa bersalah terus berjalan ke arah Amri. Bahu Amri dipegangnya. "Tak ada apa lah, Am. Aku okay je. Sorry kalau aku marah kau."
YOU ARE READING
RAY-SHA
Romance"Mama, Isha rindukan mama sangat-sangat" - Raysha Adara Kejadian ibunya dibunuh di hadapannya sendiri telah menghantui hidup Raysha Adara selama bertahun-tahun. Malah membuatkan diri dia menjadi seorang gadis yang sangat pendiam. Lantas, dia mengamb...