Pemandangan awan biru yang cantik itu sedikitpun tidak menarik perhatian Raysha, malah ingatannya lebih ke arah arwah mamanya. Ya, Raysha berada di dalam pesawat dan dalam perjalanan ke negara Itali. Air mata yang mengalir menyedarkan Raysha dari terus berfikir. Belum sempat tangannya ingin mengelap air mata, seseorang mempelawa tisu kearahnya.
"Tissue? I think you really need this." Lelaki itu menghulurkan tisu kepada Raysha.
Raysha mengambil tisu itu dengan senyuman hambarnya. Dia mengelap air matanya sambil melihat ke arah pemandangan awan kembali.
"I think you don't go for holiday, but running away from your problem. Am i right?" Soal lelaki tadi sekali lagi.
Raysha memandang lelaki disebelahnya itu. Kacak. Tetapi lebih kepada baby face muka dia. Hahaha comel what? Mat salleh ke ni?
"If I'm wrong, I'm sorry. But if I'm right, you don't have to be afraid to share with me." Lelaki tersebut senyum manis kepadanya.
Memang dari dulu Raysha perlukan seseorang untuk meluahkan segalanya tetapi dengan lelaki disebelahnya ini yang baru sahaja berjumpa, dia risau. 'Tetapi bila difikirkan balik tak salah kan? Sebab hari ni je jumpa, nanti mesti dia dah lupa. Muka aku pun mesti dia tak ingat dah.' Monolog hati Raysha.
"Just a nightmare. I mean, my bad past story."
"Break up with boyfriend?"
"I never been in love. This is about my mum."
Lelaki bernama Nick yang mendengar itu terkejut. 'Takkan la dia gaduh dengan mak dia. Perghh, ni mesti anak orang kaya. Gaduh dengan mak je terus lari ke luar negara.' Monolog hati Raysha.
"She left me with a very bad memories. Until now I can't forget about it. I was 12 and she passed away. Now, I'm 21 and the memories still stuck in my head." Raysha cerita dengan penuh perasaan. Air matanya yang mengalir itu diseka perlahan.
Nick terkejut sekali lagi. 'Jahatnya aku salah sangka dengan dia. Mak dia dah meninggal dunia lah Nick oii.'
"So, you go for release tension?" Soal Nick
"Sounds like that" Senyum Raysha.
Raysha yang mula memejamkan mata itu membuatkan Nick mendiamkan diri. Mungkin wanita ini penat, jadi Nick tidak ingin mengganggunya lagi dengan soalan.
'Cantik.' Monolog hati Nick. Diperhati wajah Raysha satu persatu dari dahi sehinggalah ke dagu. Tetapi yang menarik perhatiannya adalah mata yang tertutup itu. Selalu mengalirkan air mata dari sebelum berlepas ke Itali sehinggalah tadi.
_____________________________
Gegaran yang berlaku akibat pendaratan pesawat tersebut mengejutkan Raysha dari lenanya. Akhirnya, dia sudah mendarat di dunia Itali.
Setelah pegawai tersebut selesai mengecop borang ketibaan, Raysha berjalan ke arah balai ketibaan. Bayangan lelaki yang duduk disebelahnya itu menarik perhatiannya.
"Hey, wait." Rasyha menjerit ke lelaki tadi.
Nick yang mendengar orang menjerit segera menoleh. Dia terus berhenti kerana perempuan itu adalah wanita yang duduk disebelahnya tadi.
"I'm sorry for just now. But, can i know ur name?"
"It's okay. Just keep it in your mind that I'm your Mr. Airport. Got to go. Bye, Angel." Nick mengedip matanya kepada Raysha lalu dia terus berjalan sambil menarik bagasinya.
Raysha yang berdiri di situ bersama bagasinya hanya mampu terkedu. Mr. Airport? Angel?
"Tapi nama aku bukan Angel." Gumam Raysha sambil memandang Nick yang sudah berjalan jauh darinya.
________________________________
"Lamanya hmm. Kematu dah ni punggung aku."
Raysha yang sendirian duduk di kerusi plastik itu mula bercakap sendirian. Orang yang patut menjemputnya tidak muncul-muncul. Janji 10 minit tapi sekarang dah masuk 45 minit tak datang-datang lagi.
"Sorry babe. Aku lambat. Kau tau tak tadi ada pakcik tua nak lintas jalan punya lah lambat. Jadi aku yang baik hati serta cantik ini, pergi lah tolong dia dulu hehehehe."
Raysha terus menoleh ke arah wanita muda yang sedang bercakap dengannya. Siapa ni? Tak silap Raysha tak de kawan yang rambut warna kelabu. Siap cakap bahasa melayu pulak tu. Macam mana dia tahu aku dari Malaysia? Kathy tak cakap bahasa baku Malaysia sebab dia pure Kedah.
"Errr excuse me. Who are you?" Tanya Raysha lembut.
"Pungkoq hang who are you. Woii ni kawan sendiri pun dah lupa ka? Aku Kathy la. Meluat aku laguni. Haritu video call dengan aku elok ja. Harini hilang ingatan pulak."
Kathy yang berleter itu terus membuka cermin mata gelapnya. "Haaa dah buka cermin mata ni. Kenai?"
"Kathijah?"
"Wehh apa ni panggil Kathijah. Ni bukan kat Kedah. Lani hang dengan aku ada dekat Itali. So, you can call me Kathy Gerh. Jum, gerak balik rumah aku." Kathy terus menarik bagasi Raysha lalu diletakkan di dalam bonet keretanya.
Raysha hanya tersengih melihat gelagat kawannya itu. Haihh, Kathy pun Kathy lah. Janji kau yang aku ada kat sini.
#to be continued😘
YOU ARE READING
RAY-SHA
Romance"Mama, Isha rindukan mama sangat-sangat" - Raysha Adara Kejadian ibunya dibunuh di hadapannya sendiri telah menghantui hidup Raysha Adara selama bertahun-tahun. Malah membuatkan diri dia menjadi seorang gadis yang sangat pendiam. Lantas, dia mengamb...