Bab 6

10 1 0
                                    

Malam yang sunyi dibingitkan dengan bunyi kereta Ford Mustang GT Rayden di basement parking penthousenya itu. Dia terus mematikan enjin usai memarkirkan kereta.

Penat harini tak boleh bawa bincang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penat harini tak boleh bawa bincang. Dengan hal kerja di syarikat, hal musuh Dark Halls dan juga...... hal Raysha.

Sedang Rayden berjalan ke arah lif untuk naik ke rumahnya, dia merasakan dirinya sedang diperhatikan. "Haih, aku penat gila sekarang ni. Tolong lah jangan kacau waktu ni." Gumam Rayden sendirian.

Derap kaki yang makin lama makin mendekat membuatkan Rayden terus mengacukan pistol kepada empunya kaki tersebut. "Fuckkkkk. Asal kau boleh ada kat sini? Kau memang nak mati ke apa sial??! Kalau aku tembak kau tadi macam mana?"

Sengihan yang menayangkan gigi Nick itu sedikitpun tidak melegakan Rayden. Nick? Yes, Todd Bennick Halls. Satu-satunya sepupu yang paling rapat dengan Rayden tetapi lebih kepada menyampah. Sebab apa? Sebab lawak bodoh dia yang tak dapat dibendung sampai rasa macam nak tembak je dia ni.

"Serious lah, kau tak happy tengok aku datang sini? Penat tau aku datang sini semata-mata nak buat surprise untuk kau." Luah Nick sambil mukanya dimonyokkan.

Rayden yang melihat mukanya itu terus rasa menyampah. Dia terus memboloskan badannya ke dalam lif sambil diikuti oleh Nick dibelakang.

'Bala oh bala. Tak cukup dengan masalah sekarang, kau tambah pulak masalah yang ada dekat belakang aku ni.' Desis hati Rayden.

"Mau tak mau, memang kena layan lah mamat senget belakang aku ni. Nasib sayang sepupu oii." Gumam Rayden sendirian.

Nick yang sipi-sipi mendengar itu terus bertanya. "Kau sayang siapa? Kau dah ada girlfriend eh? Wow, laju kau kan hehehe. Bila nak kenalkan girlfriend kau dekat aku? Cantik tak?"

Bala, bala, bala. Rayden hanya menggelengkan kepala dengan perlahan.

__________________________

Kathy Gerh yang sedang menyusun barang-barang yang dibelinya ke dalam bonet mula bersuara. "Babe, kau nak pergi mana-mana lagi tak? Mall lain ke, lepak dekat kafe ke atau kau nak ten...."

Asal senyap je si Raysha ni? Kathy mula menoleh ke belakang melihat Raysha yang sudah terduduk di atas jalan tar sambil memejamkan matanya itu. "Masyaallah babe. Hang okay ka dak ni? Awat dengan hang? Hang pasepa?"

Raysha terus memandang wajah Kathy. "Aku nak balik rumah kau. Aku taknak pergi mana-mana dah. Kau tak kesian dekat aku ke? Dari Malaysia aku tak rehat lagi tau. Terus je kau bawa aku pusing-pusing dekat sini. Aku sakit kaki dah ni. Kepala aku pun dah naik pening."

Kathy yang mendengar bebelan Rasyha terus menggaru kepalanya. 'Hehehe salah aku ke ni.' Monolog hati Kathy.

"Bangun. Jum kita balik. Aku minta maaf la sebab aku ingat kau suka aku bawa kau jalan-jalan. Tapi taktau la pulak boleh jadi macam ni hehehe sorry okay?" Kathy terus menolong Raysha untuk bangun.

"Takpe lah, lagipun aku suka ikut kau jalan-jalan cuma jangan lah tak bagi aku rehat langsung huwaaa." Luah Raysha.

Kathy terus ketawa melihat sahabatnya itu acah menangis. "Hahahahahaha sorry la babe."

Setelah selesai semua, Kathy mula memandu keretanya untuk pulang ke rumah.

____________________________

Kolam ikan isterinya itu dipandang lama. Waktu tengahari begini di Malaysia memang akan rasa tenang kalau duduk di hadapan kolam ikan ini. Surat khabar yang berada di tangannya itu diletak di atas meja kecil.

Macam mana lah keadaan anaknya di Itali? Banyak masalah lagi kah yang datang? Mengapa musuh Dark Halls begitu cemburu dengan kumpulan ini? Sampai sekarang masih belum selesai.

'Daddy minta maaf, Ray. Kalau keputusan daddy dengan berikan kamu Dark Halls ni memenatkan kamu.' Desis hati Encik Zender.

Zender mengaku Rayden lebih cekap darinya dalam melawan musuh. Malah, segelintir musuhnya berjaya dibunuh oleh Rayden tahun lepas. Dia tahu Rayden boleh buat lebih darinya cuma dia telah menasihatkan Rayden agar jangan sesekali terlibat dengan penjualan dadah atau peras ugut orang yang lemah.

Tangan lembut seorang wanita menyentuh bahunya lalu duduk di sebelah Encik Zender. "Abang termenungkan apa tu? Ingatkan orang lain ke dari saya?" Soal Puan Liana.

"Takde lah. Teringatkan si Rayden tu. Macam mana lah dia sekarang?"

"Tu la abang. Dulu saya ajak abang jenguk anak kita selalu, abang taknak. Cakap takboleh lah, nanti si Rayden jadi tak buat kerja lah kalau saya ada. Sekarang, abang jugak yang rindukan dia." Bebel Puan Liana kepada suaminya.

Bukan Encik Zender tak mahu melawat anaknya, cuma dia nak Rayden lebih cekap dari yang selalu. Kalau boleh, biar Rayden yang atasi semua. Dia tak nak nanti kemunculan isterinya ke rumah Rayden akan membuatkan si anaknya itu menjadi manja. Maklum lah, satu-satunya anak tunggal. Sebab itu isterinya selalu memanjakan Rayden.

'What?! Mafia pun manja ka?' - Author

'Kau diam. Manja dengan orang yang tersayang je.' - Rayden

'Eh, watak kau tak de kat Malaysia ni. Kau blah sekarang.' - Author

Puan Liana yang masih tak puas hati dengan keputusan suaminya itu, terus cuba membodek. "Abang, dia ja satu-satunya anak kita. Takkan abang langsung tak sayangkan dia? Kita pergi Itali eh? Saya rindu kan Rayden sangat-sangat ni. Please?"

Aduhai lah isteri. Macam mana lah hati suami tak cair kalau dibodek sebegini rupa?

"Tengok lah dulu macam mana. Abang nak naik atas dulu." Encik Zender terus meninggalkan isterinya di hadapan kolam ikan itu.

#to be continued 🔫

RAY-SHAWhere stories live. Discover now