Barang-barang yang tersusun dalam penthouse milik Rayden berterabur di atas lantai. Disebabkan rantai itu Rayden menjadi marah. Setahu dia, bentuk rantai itu direka oleh dia sahaja.
Rayden menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbit. Dia perlu menelefon Amri. Hanya Amri sahaja yang tahu tentang hal ini kerana dia lah orang yang disuruh oleh Rayden untuk menempah dan mengambil rantai itu di Itali.
"Angkat lah Am. Angkat lah cepat." Gumam Rayden menunggu panggilannya dijawab.
"Hello Tuan Ray. Maaf sebab lambat angkat pang-" Belum sempat Amri menghabiskan kata-katanya, Rayden terlebih dahulu bercakap.
"Aku nak kau jumpa aku nanti lepas aku balik dari Vietnam. Ada benda penting aku nak bincang dengan kau." Rayden terus menamatkan panggilannya itu. Hatinya panas bila teringat akan kejadian tadi.
Kalau betul lah itu rantai yang dia beri kepada Raysha. Pasti lelaki itu tahu akan keberadaan Raysha. Keberadaan Raysha juga amat penting bagi dia kerana sudah 9 tahun mereka terpisah kononnya demi kesihatan Raysha.
Ya, 9 tahun yang lalu ibu saudara Raysha iaitu Puan Melina datang ke rumah keluarganya di Kuala Lumpur dan memberitahu mengenai kesihatan Raysha yang semakin lama semakin meracau. Kejadian yang menimpa mamanya acap kali menganggunya di dalam mimpi.
Disebabkan itu juga, Puan Melina meminta Encik Zender sekeluarga untuk tidak bertemu lagi dengan Raysha. Puan Melina kata ini mungkin boleh mengingatkan Raysha dengan kejadian yang menimpa mamanya memandangkan mereka yang membantu Raysha dan Meriya ketika itu.
Pada awalnya, Rayden membantah kerana dia begitu lama menunggu kedatangan Raysha tetapi dimarahi oleh Encik Zender supaya tidak melanggar permintaan Puan Melina. Puan Liana yang begitu rindu akan Raysha hanya mampu mendiamkan diri tetapi air matanya sahaja yang bercucuran jatuh.
'Kenapa kau tak suruh anak-anak buah kau cari Raysha?' - Author.
'Kan bapak aku tak bagi. Kalau aku langgar juga apa dia cakap, memang Dark Halls bukan kepunyaan aku la sekarang ni.' - Rayden.
Dark Halls yang diketuai oleh Encik Zender dahulu, sudah diketuai oleh Rayden Nicholas Halls buat masa kini. Sudah tiga tahun dia mengetuai kumpulan mafianya kerana Encik Zender ingin mencuci tangan dan juga umurnya tidak mengizinkan untuk berlawan lagi.
"Kalau betul lah itu rantai yang aku bagi dekat kau dulu, kenapa mesti kau bagi dekat orang lain?"
--------------
Selepas menamatkan panggilannya bersama sahabatnya iaitu Kathy Gerh, Raysha terus keluar bilik untuk berjumpa dengan ibubapa saudaranya. Dia sudah nekad untuk membuat keputusan ini. Dia berharap sangat agar auntie dan uncle dia mengizinkan.
Puan Melina yang perasan akan kehadiran Raysha terus mengangkat kepalanya untuk melihat Raysha yang macam cacing kepanasan itu. Sah! Mesti ada benda tak kena ni sampai si anak dara itu berjalan tak tentu arah.
"Raysha? Kenapa sayang? Barang Raysha ada yang hilang ke?"
'Aduh, kenapa nervous ni? Agak-agak auntie dengan uncle setuju tak dengan keputusan aku ni?' Monolog Raysha dalam hati.
Raysha teragak-agak untuk duduk disebelah Puan Melina kerana risau keputusannya bakal dibangkang. Dia duduk jugak dan memegang tangan ibu saudaranya itu.
"Auntie, kalau Raysha minta izin dekat auntie boleh?"
"Izin untuk apa tu, Raysha?"
"Raysha dah fikir masak-masak yang Raysha akan pergi Itali. Raysha harap sa..."
"ITALI??! Jauh tu Raysha. Kenapa nak pergi Itali? Raysha marah dekat auntie dengan uncle ke sampai nak lari ke Itali?"
'Aduhhh, belum habis cakap dah potong. Pastu mengarut cakap aku marah dengan diorang.' Monolog hati Raysha.
Kehadiran Encik Ashran yang baru sahaja tiba di ruang tamu itu bagaikan peluang keemasan bagi Raysha. Belum sempat Encik Ashran duduk di atas sofa, Puan Melina sudah menceritakan semua kepada suaminya.
"Kenapa Raysha nak pergi Itali? Raysha ada masalah ke?" Lembut sahaja Encik Ashran bertanya takut nanti anak saudaranya ini terluka di hati.
Masalah? Raysha memang ada masalah. Sedangkan auntie dengan uncle sendiri tau apa masalah Raysha.
"Raysha nak tenangkan diri dekat sana. Bukan maksud Raysha dekat rumah ni tak tenang, tapi kalau boleh Raysha nak jauh dari sesiapa yang ada kaitan dengan arwah mama buat sementara. Auntie dengan uncle tau kan macam mana sengsaranya tidur Raysha malam-malam? Bayangan mama selalu datang. Raysha tak boleh terus macam ni. Raysha rasa diri Raysha sekarang tak normal. Raysha nak tenang, normal dan aman macam orang lain. Raysha penat kalau asyik macam ni. Raysha sayang mama. Terlalu sayangkan mama. Tapi bukan bermakna Raysha sayangkan mama, Raysha biarkan bayangan mama asyik ganggu tidur Raysha selalu. Raysha harap sangat auntie dengan uncle izinkan Raysha pergi sana." Panjang lebar Raysha cakap, mohon sangat ibubapa saudaranya setuju.
Puan Melina tergamam setelah mendengar apa yang diluahkan oleh Raysha. Kesiannya anak ini. Terlalu lama dia pendam, terlalu lama dia sengsara. Mungkin ini adalah jalan yang boleh membantu Raysha keluar dari dunia sengsara dia.
Encik Ashran mengeluh. "Dekat sana Raysha nak duduk mana? Hotel? Uncle risau sebab kita tak tau keadaan dekat sana mungkin bahaya."
"Uncle dengan auntie jangan risau. Raysha duduk dengan kawan Raysha dekat sana. Dia akan jaga Raysha sebab dia memang duduk dekat sana. And.... Raysha tak duduk sana dalam jangka masa pendek."
Raysha menundukkan kepalanya ke bawah kerana risau Puan Melina dan Encik Ashran membantah lagi.
"Dalam jangka masa pendek? Maksud kamu?" Tanya Encik Ashran.
Raysha yang ingin menjawab, melepaskan nafasnya dengan kuat. "Raysha nak tinggal sana dalam masa 6 bulan."
Tangannya yang sejuk itu terasa disentuh oleh seseorang. Puan Melina tersenyum kepadanya. "Auntie izinkan. Auntie tau, susah nak lupa kisah silam tu. Auntie tau macam mana sengsaranya Raysha. Raysha pergilah. Auntie izinkan."
Air matanya menitis membasahi pipi. Terima kasih Ya Allah. Kau gantikan ibuku dengan ibu saudara yang sangat memahami. Raysha terus memeluk Puan Melina.
_______________________________
Potret seorang kanak-kanak perempuan ditatap lama. Sungguh cantik. Dengan senyuman manisnya serta dihiasi rantai istimewa dilehernya.
ISHA.
Rayden melepaskan nafasnya dengan kuat. Pertemuan terakhirnya bersama Raysha diimbas kembali difikirannya. Adakah Raysha masih mengingatnya?
Atau sudah melupakannya?Setelah penat duduk, dia baring di atas katil dengan kakinya yang masih terjuntai di lantai. Potret yang dipegang itu, ditatap sekali lagi. "Aku rindu kau, Isha."
Teringat kembali kisah silamnya bersama Raysha membuatkan air matanya mengalir. Dia menunggu di hadapan pintu rumahnya setiap hari kerana ingin menyambut kedatangan Raysha tetapi yang datang hanyalah Puan Melina. Itupun Puan Melina minta dia sekeluarga jauhkan diri dari Raysha. Demi diri Raysha.
'Kejamnya kau, Raysha. Diri aku macam mana? Kau dah lupa aku?'
Rayden tertidur dengan potret Raysha yang dah dipeluknya itu. Moga Raysha hadir di dalam mimpinya itu.
#to be continued😘
YOU ARE READING
RAY-SHA
Romance"Mama, Isha rindukan mama sangat-sangat" - Raysha Adara Kejadian ibunya dibunuh di hadapannya sendiri telah menghantui hidup Raysha Adara selama bertahun-tahun. Malah membuatkan diri dia menjadi seorang gadis yang sangat pendiam. Lantas, dia mengamb...