Bab 8

24 1 0
                                    

Majlis yang ternama itu dihadiri semua ahli korporat yang segak bergaya. Sekali pandang dah tahu mesti berjawatan tinggi. Raysha yang ingin masuk berasa segan tiba-tiba kerana dia bukanlah pekerja syarikat ini malah sebahagian ahli majlis ini pun tidak.

Kad jemputan yang diberi oleh Kathy pagi tadi ditunjukkan kepada penjaga pintu majlis tersebut. Setelah diberi kebenaran masuk, Raysha masih lagi berdiri di situ kerana takut, segan dan malu semua bertandang di dalam dirinya.

"Signora? Stai bene? (Puan? Awak okay?) " tanya penjaga pintu itu.

Raysha terkejut kerana ditanya dalam bahasa yang tidak diketahuinya. "Sorry. I don't know how to speak Italian."

"Miss? Are you okay?" soal penjaga pintu majlis itu dalam Bahasa Inggeris.

Raysha yang mula faham terus menganggukkan kepalanya dan senyum kepada penjaga pintu itu. Dia terus masuk ke dalam dewan dan mencari Kathy.

      ——————————————

Jam di tangan dilihat. Perut yang berbunyi dipegangnya. "Aduh, lama lagi ke nak mula majlis ni? Perut aku dah sakan buat konsert dah ni." bebel Nick.

"Sapa suruh kau tak makan awal-awal tadi. Kan dah merana sekarang ni." kata Marcell sambil membelek telefonnya itu.

Harraz yang melihat keadaan Nick menggosok perut itu menggelengkan kepala. "Tadi waktu lunch dia dah melantak Starbuck. Petang pulak dia dah bantai Spagethi dekat dapur. Entah sapa punya pun tak tahu."

"Aku punya lah sial. Patut lah aku cari tadi takde. Aku ingat Vi yang makan. Bodoh lah Nick ni." bebel Harriz sebaik sahaja dengar apa yang dikatakan oleh Harraz.

Harriz adalah adik kembar Harraz. Sebab itu lah nama mereka nak dekat sama. Sorang nama Harraz Mikael. Manakala sorang lagi nama Harriz Mikael. Macam mana nak banding kan dua ekor ni senang je.

Harraz suka menangis. Kalau tengok movie yang sedih, mesti orang yang menangis itu dia. Manakala si Harriz pula kaki membebel. Sikit-sikit membebel. Sampai Rayden pun pernah dibebelnya. Tapi bila Rayden keluarkan pistol ke arah mereka, habis bertempiaran mereka lari. Takut sungguh bila ketua mengamuk.

"Ha eloklah. Tak tau sapa yang makan, aku jugak yang kena tuduh. Kau dari dulu banyak dosa dekat aku. Selalu tuduh aku macam-macam." bebel Vi.

"Dah muka kau macam pencuri. Memang lah dia tuduh kau. Kalau aku jadi dia pun, orang pertama yang aku tuduh tu kau." jawab Noah yang dari tadi diam.

"Hahahahahahahaha muka pencuri. So bukan salah aku lah kan kalau aku tuduh kau. Aku rasa baik kau buat pembedahan plastik, ubah muka kau tu." gelak Harriz sambil menepuk-nepuk bahu Vi.

Rayden yang berada di situ hanya menarik senyum. Senyum pun sipi-sipi sahaja. Beruk-beruk di mejanya ini kalau sembang hmm macam langit nak runtuh.

Nick yang terpandang ke arah pintu masuk majlis itu terkejut dengan kehadiran seseorang. "Angel."

Harraz yang mendengar itu terus bersuara. "Kau ni dari lunch tadi asyik sebut Angel je. Aku rasa kau ni dah kena mandrem dengan perempuan yang kau kenal tu."

"Mandrem kepala pakcik kau. Tu, perempuan yang aku cerita tadi. Aku panggil dia Angel." bebel Nick sambil menudingkan jarinya ke arah wanita yang berdiri di pintu masuk majlis itu.

"Mana? Mana?" kalut Harraz, Harriz dan Vi mencari.

Rayden terus memandang ke arah wanita itu. Cantik. Itulah ayat pertama yang terbit dari hatinya setelah melihat wanita itu. 'Tapi kenapa matanya itu macam pernah tengok? Rantai dia. Macam aku kenal.' Desis hati Rayden.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RAY-SHAWhere stories live. Discover now