"Haih, kereta rosak la pulak. Macam mana ni?" Meriya mengeluh sendirian tapi dapat didengari anak tunggalnya, Raysha Adara.
"Mama, kenapa mengeluh? Kan mama pernah pesan, kalau apa jadi sekalipun jangan cepat mengeluh."
Meriya yang tergamam hanya mampu tersenyum manis. Sesungguhnya dia rasa sangat bahagia dengan kehadiran anaknya ini walaupun suaminya telah meninggal kerana masalah jantung.
Itulah orang kata. Pengganti. Wajah Raysha tidak tumpah seperti ayahnya. Berkulit putih, senyuman yang manis, berambut keperangan dan bermata hazel. Seiras ayahnya, Hadid.
Jikalau Meriya rindukan si suami, wajah anaknya lah yang menjadi pengubat rindu. Terima kasih ya Allah kerana engkau telah memberi ku pengganti yang sangat comel.
"Isha, mama nak keluar kejap. Nak minta bantuan siapa - siapa yang lalu. Okey?. " Seraya itu Meriya keluar dari kereta. Bagaimana keretanya boleh mogok pun tidak tahu. Sudah lah jalan ini tidak ada yang lalu.
Belum sempat menekan kunci kereta, pintu penumpang berbunyi seolah - olah ada yang menutupnya. Meriya menjenguk semula ke dalam kereta dan terkejut kerana kelibat anaknya tidak ada di dalam kereta.
"Isya nak ikut boleh?." Ditarik - tarik hujung baju mamanya itu.
Meriya yang terkejut terus bertinggung untuk menyamai ketinggian Raysha.
"Isha duduk la dalam kereta. Nanti lepas ada orang nak tolong kita, mama datang balik sini okey?"
"Taknak. Isha nak ikut jugak."
Mau tak mau, terpaksa la dia membawa Raysha sekali untuk meminta bantuan orang. Dipimpin tangan Raysha agar sentiasa mengikutnya ke mana sahaja.
Sebuah kereta melalui kawasan tersebut dengan agak laju. Meriya terus menahan kereta tersebut dengan menghayunkan tangannya tetapi apa yang terjadi begitu mengejutkan si kecil itu. Peluru yang dilepaskan dari pistol itu telah terbenam ke dalam badan Meriya. Ya, dari kereta tersebut.
"MAAMAAAA!!."
Kereta tersebut berhenti dan dua orang lelaki keluar dari kereta tersebut lalu mengheret Meriya ke jalan raya. Keadaan Meriya yang lemah itu tidak dipedulikan langsung oleh mereka. Raysha hanya mampu menangis sekuat hati sambil menjerit memanggil mamanya tanpa henti.
"Le - Lepas - kan saya. I - I - Isha." Lemah suara Meriya memanggil anaknya, tetapi malangnya seorang lelaki bertattoo ular tersebut telah melepaskan tembakan buat kali kedua ke tubuh Meriya.
"MAAMAAAAA!!. ORANG JAHAT, JANGAN TEMBAK MAMA ISHA!!" Raysha yang menangis itu memukul - mukul badan lelaki itu sambil menjerit.
"Bos, macam mana dengan budak ni? Nak bagi jalan sekali ke dengan mak dia?" Soal pemandu kereta tersebut.
"Takpayah. Biarkan je. Dia kecik lagi. Masih perlukan hidup yang lama. Lebih baik kita cepat, sebelum bangsat tu dapat kejar kita." Lelaki bertattoo ular itu terus memboloskan dirinya ke bahagian penumpang.
Kereta tersebut pergi begitu sahaja dengan kelajuan yang maksimum. Tinggal lah Raysha yang menemani Meriya terbaring di situ. Anak kecil itu menangis tanpa henti sampai suaranya kian serak akibat menjerit. Sehinggalah Raysha sendiri pun tertidur akibat penat menangis.
p/s hehehe author baru lagi tau nak karang cerita ni. And.... kalau nak author update chapter baru, readers kena vote tau hehehe 😜😁
YOU ARE READING
RAY-SHA
Romance"Mama, Isha rindukan mama sangat-sangat" - Raysha Adara Kejadian ibunya dibunuh di hadapannya sendiri telah menghantui hidup Raysha Adara selama bertahun-tahun. Malah membuatkan diri dia menjadi seorang gadis yang sangat pendiam. Lantas, dia mengamb...