Bunyi hentakan pada meja makan mematikan lamunan Malissa." Ha,Mengelamun!". Sergah Aimi. Pelik juga dia melihat Malissa yang semenjak dua menjak ni asyik mengelamun, termenung. Pantang lepa sikit, termenung. Kadang tu dah habis air liur dia bercerita, pandang Malissa ingatkan nak minta pendapat tapi rupanya Malissa mengelamun.
Sedar dirinya diperhati Aimi, segera Malissa menjamah makan malamnya.
" Kau ni kenapa Mal? Mengelamun memanjang. Makan pun kuis-kuis nasi saja. Nak kata bercinta, macam tidak. Telefon kau krik krik je aku tengok. Ada problem ke? Cuba la cerita sikit. Kut-kut boleh aku menolongnya,". Panjang bebelan Aimi. Cikgu la katakan.
" Mana ada lah. Kau saja yang rasa macam itu. Aku rasa biasa aja,". Mulut kata tidak, hati kata ya. Semua kata-kata Aimi itu betul. Malissa tahu itu. Masakan dia tidak tahu tentang perubahan emosinya. Dia juga tahu mengapa dia jadi begini.
Bila sendiri, Malissa sering terimbau kembali kisahnya ketika berada di sekolah menengah. Remaja yang berdarah panas. Hangat bercinta la katakan. Cinta yang mengajar dia apa itu janji dan harapan. Memberi ketawa dan senyuman ketika bahagia. Juga memberi luka dan ratapan ketika berduka. Mendewasakan dan mematangkan seorang Malissa.
" Mal, boleh tak minggu ni kau teman aku? Aku nak pergi shopping sikit,". Ajak Aimi. Hujung bulan begini waktu yang sesuai untuk mengajak Malissa keluar dari kepompongnya. Kalau duduk dirumah, pasti Malissa akan memerap di bilik seharian. Biar terbuka sedikit mata dan hati Malissa.
" Boleh aje. Barang rumah pun banyak dah habiskan,". Balas Malissa. Keluar untuk keperluan , dia senang sahaja. Banyak juga keperluan Malissa yang sudah habis, jadi sebelum dia mandi tak bersabun baik dia ikut Aimi shopping. Harap Aimi tak bawa Malissa menyinggah ke rumah keluarganya.
*_*_*_*_*_*_*_*
Hari-hari Malissa seperti biasa. Bersiap pergi kerja, sarapan, drive ke tempat kerja. Malissa bukan macam Aimi yang lebih ringan rutinnya sebagai warga pendidik. Jam 6:50 baru Aimi bertolak ke sekolah memandangkan apartmen kami lebih dekat dengan sekolah berbanding office Malissa. Beruntung Aimi, punya kerjaya yang begitu mulia. Itu sebab urusannya dipermudahkan.Pagi ini kelihatan ramai yang mempercepatkan waktu mereka ke tempat kerja. Jam 6:30 jalan mulai sibuk dengan kenderaan.
Hanya keluhan di Bibir Malissa. Haish jam pulak jalan hari ini. Salah dia juga yang terlewat sedikit hari ini. Mana tidaknya kalau malam dia habiskan dengan mengimbau kisah zaman purba kalanya dulu. Zaman kanak-kanak ribena.
Log in saja pc, mata dikerling pada tarikh hari ini. 29 haribulan 3. Haih hujung bulan nak kene close account. Ini bermakna mungkin dia akan pulang selepas Matahari terbenam.
Beginilah kehidupan seharian Malissa. Kebanyakan harinya habis di pejabat. Lagi-lagi bila dapat team mates yang juga sama gila workaholicnya. Memang boleh sampai jam 10 baru log out pc. Ini buat Malissa tidak fikir untuk menambah komitmennya. Lagi-lagi untuk bercinta. Loya tekak dengar soal cinta.
*_*_*_*_*_*_*_*_*Mata mengerling ke arah jam sambil tangan masih lincah mengacau masakan. Jam 10 malam, baru Aimi memulakan masakannya kerana dia sangat mahir tentang waktu Malissa pulang bekerja pada hujung bulan. Memang sengaja dia lambatkan waktu masakannya. Kalau dia masak awal, makan seorang lah jawabnya.
YOU ARE READING
MALISSA UNTUK AMIRUL
Short StoryTentang Malissa dan Amirul. Amirul yang mungkir janji. Malissa yang polos.