Part 8

35 1 0
                                        

Buat hati yang ternanti-nanti,
Tetaplah teguh disini,
Utuhlah dengan setiap badai
Utuhlah dengan setiap taufan
Utuhlah dengan setiap onak duri
Andai dia insan yang tertulis dalam suratan hidupmu
Kelak pasti kau raih erat genggamnya
Andai dia jasad di kutub berlainan,
Bersedialah engkau dengan peratapan jiwa yang terbang bersamanya.

Yang datang pada mulanya membuka bicara, Amirul. Bukan Malissa.

Datang dengan manisnya dalam setiap tutur kata yang dilontarkan. Mulai rapat hari demi hari. Saling menjaga dan saling mencinta. Malissa yang polos terus sahaja menyambut baik kehadiran sang jejaka.

Malissa sangka Amirul itu rumah namun hanya sewaan semata. Datang menyinggah dan akhirnya berlalu tanpa sebarang kata. Sakit. Sumpah itu kali pertama dan terakhir Malissa kenal seorang lelaki. Sangkanya madu rupanya racun.

Pemergian Amirul, buatkan Malissa menutup rapat pintu hati dari sebarang salam perkenalan.

Malissa percaya setiap kata Amirul tanpa sedikit ragu. Buruk Amirul dia tutup sahaja matanya. Pura-pura tidak nampak. Bagi dia Amirul itu jodohnya. Tetapi Malissa lupa hadir Sang Khalik yang menggerakkan segalanya.

*********************

Flashback

" Aimi, Along kau apa cerita dekat sana? Mesti bestkan belajar dekat sana,". Pancing Malissa. Sengaja dia pura-pura teruja membayangkan kehidupan Amirul disana sedangkan niat di hati cuma ingin tahu kebenaran sebalik alasan 'busy' Amirul itu.

" Along aku tu seronok je duduk sana. Dia baru lepas balik daripada trip dengan kawan dia,".

Balik trip? Bukan busy ke? Kenapa Along diam. Sepatah pon tak tinggal pesan. Sikit pon tak ingat dekat Mal ke? Kenapa tak read pon mesej Mal?
Kenapa?

*******************

"Kenapa ya, Malissa asyik mengelak dari saya?" Tanya Amirul. Dia tahu alasannya apa tetapi sengaja dia bertanya. Provok Malissa supaya memarahi dia. Biar Malissa puas keluarkan segala yang disimpan selama ini.

" sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula huh,". Sinis sahaja balasan Malissa. Malas untuk dia ungkap kata benci dan sebagainya.

" Amirul yang datang pada saya. Saya sedikit pun tak pernah cuba untuk rapat dengan awak, Amirul. Awak yang mula dengan segala manisnya kata. Segala janji awak tabur. Segala cerita awak kongsi. Di saat itu adakah awak fikir, budak perempuan berumur 15 tahun hanya akan diam dan mendengar? ".

" Kalau tak suka, cakap. Bukan pergi macam tu je. Tinggalkan Mal macam tunggul. Sepatah pon awak tak fikir nak bagitahu saya, Amirul. Awak tahu saya masih mentah lagi. Dengan senangnya awak tinggal je saya. Sakit sangat rasa dia Amirul. Satu hari nanti awak rasa macam mana saya rasa. Lain kali kalau datang cuma nak menyinggah, beritahu. Supaya yang saya hidang cuma kopi bukan hati, ".

" Jangan risau Mal, doa awak sudah pun termakbul. Saya dha rasa sakitnya berpegang dengan janji, ".

" Saya cuma piliha kedua awak sahaja Amirul. Percayalah, "

MALISSA UNTUK AMIRULTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang