" Ah, sudah".
Keluh Malissa usai matanya tertancap pada cermin di bilik.
Mata bengkak macam ni nak keluar bilik? Mampus.
Sebab apa? Syok sangat layan korea malam tadi. Apadanlah muka kau Malissa.
" Mal, makan!".
Segera Malissa capai shades miliknya. Sarung je, alasan fikir kemudian.
" Dah kenapa? berkaca mata comel anggun ayu cantik paras rupa jelita tinggi 5 3' laksana primadona
terigau mimpi sini juga khayalnya ke sana. Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau senda mu". Fuh, semput. Bukan nak puji tapi ada dalam lirik. Dia nyanyi je. Aimikan, yang unik itu dia.Malissa capai 2 pinggan dan nasi disenduk. Kiasan Aimi dibiar
berlalu." Eh Mal,". Sambung Aimi dengan mulut memuncung menunjuk shades Malissa.
Masih lagi tak puas hati dengan Malissa.
" Apa? Nak cium? Muncung-muncung,".
Malissa masih lagi mengelak. Sebenarnya tengah cari alasan. Otak lajulah kau bekerja.
" Apa jela alasan kau nak create Mal. Jangan cakap kau menangis tengok cerita korea sudah,".
Aimi meneruskan suapan. Nak paksa perempuan ni cakap? Tak perlulah. Dia pun dah besar pandai la hidup.
Malissa pula hanya angkat bahu. Dia tahu Aimi memang tak percaya yang dia akan menangis sebegitu rupa.
Ya pelikkan, duduk serumah tapi tak semua perangai Malissa, Aimi tahu. Itulah realiti. Hanya Tuhan dan kau yang kenal perangai dan sikap sebenar kau.
" Aku keluar malam ni,". Beritahu Malissa.
" Hmm aku pun nak balik jumpa Mama sekejap. Kita keluar samalah,". Sebulan juga Aimi tidak menjenguk keluarganya dek kerana kesibukan hakiki.
"Pukul 9? ". Senang bila keluar lepas isya'. Balik terus terjun katil.
" Orite,".
____________________
Latte yang tadinya penuh sudah capai ke takuk akhir
Sabar Mal, sabar.
Ikut hati mau terbalik meja ni."Hello, Jin! ". Dari jauh Brenda sudah melaung.
"Better Latte than never kan?".
Ceh nak ambil hati lah tu. Tahu Malissa sedang menahan geram menunggu dia dan yang lain.
"Takpe biar aku belanja lagi satu Latte okay?". Pujuk Lin pula.
"Silakan!". Balas Malissa. Malas nak marah lebih-lebih.
Brenda, Lin dan Fik merupakan rakan novelisnya. Mereka berkolaborasi dalam menghasilkan novel. Dari situ muncullah rainbow. Bukan Lgbt.
9 Julai 2016
Malaysia Army Gathering" Boleh duduk?".
Satu suara yang datang dari sebelah menyentakkan Malissa yang khusyuk menaip. Seronok menaip waktu lagu Bts kuat kedengaran. Banyak ilham dia dapat. Malissa bukannya type apa pun cuma cerita fanfic yang dia tulis di wattpad.
"Silakan,". Jawab Malissa yang masih lagi khusyuk menaip. Cuma kurang sikit rentaknya bila ada orang disebelah.
" mmm, I Brenda,". Wanita yang berambut ikal mayang tadi menghulurkan tangan. Salam perkenalan.
" Malissa,". Laju Malissa menutup telefon dan menyambut huluran tangan itu juga dengan sebuah senyuman.
" Lin, ni Fik. Writer yang famous tu,".
Jabatan tangan mereka terlerai bila ada suara yang mencelah.
Ouh, orang sebelah sebelah kiri Malissa rupanya.
Hari itu dia bertemu kawan-kawan baru yang punya sama minat dan hobi. BTS dan tulisan.
" Update?". Tanya Fik.
Fik pula telah dilantik sebagai ketua tak rasmi.
Sebenarnya Malissa, Lin dan Brenda hanya menumpang nama dibawah nama Fik yang sememangnya novelis termasyhur abad ini.
Ya, memang novel yang diterbitkan ini di bawah nama rainbow tapi semua tahu salah seorangnya Fik. Jadi mudahla untuk promote novel baru mereka.
Meet and great pon Fik dan Brenda yang selalu pergi. Kadang Lin. Malissa? Tak pernah langsung.
Kalau ikut si Malissa ni memang nak sembunyi ala-ala Hlovate gitu. Tapi memang tak la nak lepas. Takut pula tak dapat royalty.
Menulis ni untuk buang bosan dia saja. Untuk lepaskan perasaan dia yang berbuku tu.
" Nan Hadoo! ".
"Yilek!".
" Hampeh!".
" Aku pun,". Fik menggeleng.
Pening kepala dia. Macam-macam dah buat termasuk tenung dinding. Sepatah haram tak datang si Ilham tu.
" I bukan apa tapi I rasa we alls perlukan holiday!". Cadang Brenda.
" Cuti sekolah ni ada promotion tiket dekat trivago, ". Lin memang penuhkan rutin harian dia dengan log in Lazada, Zalora dan Trivago. Tak boleh tinggal walau sehari.
" Sempat ke nak mohon cuti? ". Malissa bukan apa, tengah cari jalan nak settle habis kerja menimbun.
" Sebulan lagi kot, confirm sempat. Aku rasa kita ni tak ada masalah dengan cuti. Kau jela kan Malissa. Itu pun aku rasa lepas untuk tiga hari. Soo, dah boleh start usha tempat kot,". Ringkas dan tangkas itu Fik. Cepat tangkap arahan. Idea dia simple tapi wow.
" nak pergi mana?". Tanya Lin.
Semua angkat bahu.
YOU ARE READING
MALISSA UNTUK AMIRUL
KurzgeschichtenTentang Malissa dan Amirul. Amirul yang mungkir janji. Malissa yang polos.