Part 7

41 0 0
                                    

" Along janji every week email Liss tau!"

"Ye, saya janji,".

"Mal!". Laungan jauh dari Lin mematikan lamunan Malissa.

" Mal, awal betul keluar bilik. Terkejut aku tengok katil sebelah kosong lepas subuh,". Pelik juga Lin apabila ruang di sebelahnya kosong sahaja.

Omongan itu Malissa sambung dengan sedikit tawa.

" Lah dah nama pun bercuti kan. Kita kena la manfaatkan masa sebaik mungkin, ".

" hmm iyela Mals pape jela, ".

" tapikan Mal, kau dari jauh mcm orang broken weh,".

Pulak dah perempuan ni. Lin memang begini, ada saja yang dia ingin gali. Tapi jangan risau Malissa lebih bijak. Kata-kata Lin itu dibiar bagai angin berlalu. Malissa seboleh mungkin untuk tidak membaongkar kisah dia.
Biar dia dan si dia sahaja dalam hikayat mereka.

" Mal, aku bukan apa tapi kalau kecewa ke sakit hati ke jangan pendam terlalu lama. Takut nanti makin sakit. Luka kalau tak dirawat, bernanah nanti,". Kata terakhir Lin sebelum bangun untuk bersarapan katanya.

Luka kalau tak dirawat, bernanah nanti. Terngiang-ngiang kata-kata Lin tadi.

Jangan risau Lin, dah bernanah pon. Bukan setakat bernanah tapi dah jadi barah dah pun.

Flashback

Minggu pertama permergian Along ke negara orang itu, semua masih seperti biasa. Kami bertukar gambar, email dan sebagainya.

Minggu kedua juga begitu. Hari-hari Malissa berlalu dengan begitu gembira setiap kali membuka pesan kiriman Amirul. Setiap perkara yang berlaku diceritakan. Saling bertukar cerita melalui setiap panggilan.

Minggu ketiga ini kata Amirul, 'hectic week' banyak assignment nak kena submit. Duedate pula bertindih, jadi dia tidak boleh untuk sentiasa update dan call Malissa.

Malissa okay sahaja. Lagipun minggu itu juga dia bakal menghadapi peperiksaan jadi lebih baik jika mereka berdua fokus kepada tanggungjawab hakiki.

Seminggu tidak behubung, buatkan Malissa tidak sabar untuk menghabiskan kertas terakhirnya dan balik untuk cerita semua penat lelah dia pada Amirul.

Ringkas sahaja pesanan yang dikirim buat Amirul. Kata Malissa, dia meminta Amirul untuk membuat panggilan malam ini.

Malam itu, Maliss menerima panggilan daripada Amirul.

" Alongggg!!!".

Laju Malissa menyapa. Seminggu menahan rindu begitu la jadinya.

" Rindunya Mal pada Along,".

" Haha Along rindu Mal juga,".
Terdengar Amirul ketawa kecil. Geli hati dia dengan tingkah Malissa. Remaja la katakan.

" Macam mana Along di sana? Okay ke? Hectic week Along dah lepas kan?".
Bertubi-tubi Malissa melontarkan solana. Harapannya minggu sibuk Amirul berlalu dan tidak perlu diulang.

" Haha Lissa, satu-satu lah tanya. Mana Along nak jawab dulu ni?".
"hehe,".
" minggu ni memang busy sangat dengan assignment. Next week pon Along sibuk juga dengan event. Tak sempat nak relax dah ada benda perlu di buat,".
" ouh iyeke. Next week pon along sibuk? Tak apalah, bila dah tak sibuk jangan lupa update dengan Mal okay,".

" okay Lissa. Don't worry habis je event tu, laju-laju Along call Lissa okay. Lissa punya paper macam mana? ".

" Inilah Liss nak kongsi dengan Along. Dengarlah kisah sedih ringkas Lisa ni. Paper math haritu Lissa rasakan mac, ". Bicara terhenti dek laungan kuat nama Amirul.

" Lissa, sorry tapi Along kena pergi. Nanti Along call balik ye,".

Janji tinggal janji. Itu merupakan panggilan terakhir Amirul. Semenjak sebulan yang lalu tiada sebarang mesej dan panggilan lagi buat Malissa.

MALISSA UNTUK AMIRULWhere stories live. Discover now