Cinta
Membutakan mata yang leka
Mematikan hati yang laraTak perlu lama, 2 tahun menyulam cinta dan bahagia cukup buat Malissa terlupa tentang kesedihan.
Sentiasa ada yang menjadi pendengar hikayat hidup seorang Malissa.
Juga sentiasa ada untuk Malissa jadikan kaunter pertanyaan jika memerlukan pendapat.
Walaupun hubungan yang terjalin ini pada dasarnya tidak diketahui sesiapa kecuali Angah iaitu abang Aimi yang kedua. Itu sebenarnya permintaan Amirul. Malissa hanya turuti sahaja.
Uniknya mereka tidak pernah berhubungan melalui telefon, whatsapp ataupun mesej. Hanya bermodus operandikan kertas kajang Malissa sahaja. Itu buatkan Amirul cukup sayang dengan perhubungan ini.
Malissa pula akan mengarang cerita dari pagi untuk diceritakan kepada Amirul ketika dalam perjalanan untuk menghantarnya pulang.
" Mal, minggu depan rumah aku ada buat kenduri doa selamat. Kau datang tau! " Beritahu Aimi.
" Mestilah aku datang. Awal-awal pagi lagi aku dah ketuk pintu rumah kau okay "
Kehadiran Malissa tengahari itu bersama Umminya sahaja.
Dari jauh dia sudah nampak Aimi melambai-lambai kearahnya tapi bukan itu yang menarik minat Malissa. Dia lebih tertarik dengan pemandangan di dalam khemah dimana seorang lelaki dan seorang perempuan yang bergelak ketawa sambil mengelap pinggan.
" Mal, Kau tercegat apa lagi? Jom masuk!". Majlis bacaan akan bermula sebentar lagi. Segera mereka mengambil tempat dan yassin.
Sekali lagi matanya tertancap pada pasangan yang tadinya bergelak ketawa kini berjalan masuk ke rumah.
Hmm, sesuai. Sama cantik, sama padan. Macam suami isteri dah lagi-lagi bila melihat lelaki itu menghulurkan yassin kepada perempuan tadi.
" Itulah kak Aina, yang aku selalu cerita. Dia itu kawan Along dari kecil. Sweetkan diorang? Aku rasa dengan dia saja Along tak nampak macam singa,". Panjang pula ulasan Aimi. Malissa pelik, bila pula Aimi ceritakan tentang kak Aina ni? Atau dia yang sering terleka hingga tak dengar tentang cerita Aimi.
Barangkali Amirul tidak menyedari kehadiran dirinya.
Kenapa Amirul tak pernah cerita tentang kak Aina? Getus Malissa. Pelik kerana kebiasaannya Amirul akan menceritakan tentang kawan-kawan setiap kali ketika menghantar Malissa pulang dari rumahnya.
Mungkin Amirul terlupa agaknya.
Cepat-cepat Malissa positifkan balik fikirannya. Bimbang kerana salah fahamnya akan merosakkan hubungan mereka.
Selesai bacaan yassin, mereka bergerak ke khemah untuk menjamu hidangan yang disediakan. Orang lelaki makan di dalam khemah, manakala yang perempuan makan di dalam rumah.
Dari mula hingga akhir majlis, dia hanya dihiasi pemandangannya dengan gelak tawa pasangan tadi.
Sepanjang masa juga Malissa cuba meneutralkan kembali prasangkanya. Segala negativiti ditolak ketepi.
Dalam masa yang sama, takutnya juga tidak dapat disangkal.
Ya, dia takut kehilangan Amirul. Biarlah dia digelar pengemis cinta Amirul, dia sanggup.
*_*_*_*_*_*_*_*_*
Sudah menjadi rutin Malissa setiap petang akan bertapak ke rumah Aimi untuk menyelesaikan semua kerja rumah yang dibekalkan.
Aimi senang dengan kehadiran Malissa kerana sememangnya dia tdiak boleh untuk belajar tanpa teman disisi. Terasa seperti katil sentiasa menyeru-nyeru namanya. Parah.
Aimi tidaklah begitu kejam untuk membiarkan Malissa setiap hari ke rumahnya. Sudah diberi hari dimana dia akan ke rumah Malissa tetapi Malissa tetap berkeras untuk setiap hari ke rumahnya. Dia yang tidak tahu mengapa hanya turutkan sahaja.
Malissa pastilah senang sahaja ke rumah Aimi walaupun terpaksa berpanas terik. Kadang tu rasa malas sering juga membelenggu namun bila memikirkan habuan yang bakal dia terima apabila blik dari rumah Aimi, tetap juga digagahkan dirinya.
Seperti biasa tepat pukul 6 petang, Malissa akan mengundur diri untuk balik ke rumahnya.
Sampai di persimpangan jalan, dia sudah lihat kereta myvi kuning.
Segera dia lajukan langkah menghampiri kereta tersebut.
"Hai,". Sapa Amirul dengan senyuman. Malissa membalas senyuman itu seraya melabuhkan punggungnya.
Peliknya bila suasana dalam kereta petang itu tidak seperti biasa. Hanya lagu di radio yang kedengaran.
" Takde cerita ke harini?". Biasanya naik sahaja kereta, mulut Malissa yang seperti ada emas itu ak menjadi bertih jagung tetapi hari ini lain pula. Anehnya. Getus Amirul di dalam hati.
"Mmm,". Bukannya Malissa tidak mahu bercerita tetapi dia sebenarnya ingin bertanyakan sesuatu. Dek kerana bimbang soalannya akan mengganggu emosi Amirul, dia jadi ragu-ragu ingin bertanya.
"Mal ada benda nak tanya kat along ni,".
" Apadia? Tanyalah,". Makin pelik Malissa ini. Jarang Malissa bertanya soalan kerana Malissa lebih senang untuk bercerita.
" Siapa yang dengan Along minggu lepas?"
" Minggu lepas? Time kenduri ke?"
" Ye masa kenduri ". Masa kendurilah yang bergelak ketawa sakan tuh takkan dah tak ingat? Getus Malissa hanya dalam hati.
YOU ARE READING
MALISSA UNTUK AMIRUL
Short StoryTentang Malissa dan Amirul. Amirul yang mungkir janji. Malissa yang polos.