Part 9

28 1 0
                                    

" Dia sukakan kau, Mal,".

Ya, Malissa tahu itu. Dia bukan bodoh untuk menilai layanan lelaki itu.
Tetapi dia takut. Takut untuk memberi harapan dan hati. Nampak sahaja dia ini seperti wanita yang tak berperasaan tapi kalau soal hati, dia memang lemah. Cukup sekali dia memberi pada tidak sudi menerima.

Kenapa?
Kenapa datang kalau tak sudi? Kenapa mula kalau akhirnya pergi? Kenapa layan kalau niat menyakiti?

Macam mana ye sorang lelaki boleh pikat dua wanita dalam satu masa? Yang seorang itu memang dikejar. Yang seorang pula backup plan? Macam tu ke? Senang nya lahai mainkan perasaan orang.

Salah Aimi juga banyak kali sudah diingatkan dia tu buaya. Jangan dekat. Nanti sakit. Dekat pula atas dasar kawan baik katanya. Sendiri menanggunglah padah.

" Lelaki ni makhluk Tuhan paling kejam aku pernah jumpa, Mal".

" Tak sangkanya aku dengan tindakan dia ni. Sakit Mal, bila kau dah mula sayang dan berharap tapi dia rasa itu biasa? Mal, bukan aku yang terhegeh-hegeh nak kenal dia. Jahat sangat dia, Mal. Sangat-sangat jahat. Semoga dia rasa apa yang aku rasa hari ini,".

Ya, ada benarnya kata Aimi itu. Jangan risau semua itu pernah Malissa lalui suatu ketika dulu. Yang mulanya datang dengan seribu harapan akhirnya pergi tanpa satu alasan.

Kita sama Aimi, aku pernah rasa betapa kejamnya cinta itu. Dalam dunia ini, tak akan pernah ada yang adil. Perempuan bagi seluruh hati pada lelaki tapi lelaki cuna ambil sedikit yg diberi. Yang lebihnya dia biar tak peduli. Bodoh kan kita yang terlalu mencintai. Monolog Malissa.

Realitinya Malissa habya diam mengia apa yang dikata Aimi. Dia sudah mati rasa soal cinta. Kalau ada jodoh, adalah.

MALISSA UNTUK AMIRULWhere stories live. Discover now