Seperti yang dijanjikan, Malissa dan Aimi akan keluar memberi barang keperluan rumah sewa mereka.
Rancangannya hari ini, lunch dulu baru shopping. Perut kenyang baru boleh berfikir nak shopping apa.
Restoran Mak Awe sentiasa menjadi pilihan mereka berdua. Sangat menepati cita rasa dan selera.
Lauk pilihan Malissa hari ini ialah masak asam ikan pari. Sebenarnya dia mengidam masak asam umminya namun mengenangkan kerja yang menimbun, terpaksalah dia hold dulu keinginannya yang satu itu.
Selesai memilah lauk, Malissa mengatur langkah ke meja makan. Dari jauh dia lihat seorang lelaki duduk menghadap Aimi dan membelakanginya.
Aik, siapa pula ni?
Tetap juga dia teruskan langkah. Persoalan tadi dia tolak ke tepi. Yang penting sekarang ini, makan! Malissa lapar!
" Eh Mal, kau okay kan kalau along ikut sekali?".
Tersentak.
Sekali dengan pinggannya terhempas sedikit.
Malissa beranikan bebola matanya untuk ke hadapan Aimi.
Terus dia melabuhkan punggung dan membaca doa untuk menjamah makan tengaharinya.
Tekaknya terasa kesat. Macam telan pasir. Sungguh sesi makan tengaharinya begitu terganggu dengan figura lelaki di hadapan Aimi.
Selesai makan mereka bertiga bergerak ke dalam Grocery.
Malissa memilih untuk bersendiri mencari barangnya.
Fokus Malissa memilih betik kegemarannya tergendala apabila terasa tangannya dicuit.
" Mal, sorry lah tak bagitahu abang aku ikut sekali,". Ohh Aimi sangkanya siapa tadi.
"Hmm,". Sengaja dia jawab begitu untuk menggambarkan betapa tidak sukanya dia bila Aimi dengan mudahnya membuat keputusan sendiri.
Terus Malissa bergerak ke tempat lain meninggalkan Aimi keseorangan.
Itulah suka-suka buat keputusan. Kalau orang lain yang dibawa, Malissa masih boleh bertolak-ansur. Ini yang dibawanya itu sudah dicop sebagai musuh ketat abadi, maunya tak bengang member!
Malissa berhenti di toiletries. Matanya mencari sabun, syampu dan beberapa keperluan lain.
" Saya yang nak ikut bukan Aimi yang ajak saya,". Tersentak Malissa seketika. Tidak perlu menoleh dia sudah tahu gerangan pemilik suara itu.
Malissa masih meneruskan aktiviti membelek sabun. Berpura-pura.
" Jadi jangan marahkan Aimi kerana saya,". Sambungnya Amirul lagi.
Terus Malissa capai dan berlalu dari tempat itu. Menuju ke kaunter untuk buat pembayaran.
Telefon dicapai. Whatsapp Aimi ditekan.
Aku tunggu dalam kereta.
Tak sanggup untuk berlama lagi. Nasibnya baik kerana dia memilih untuk drive ke sini.
Kasihan pula bila teringatkan wajah Aimi yang serba salah sebentar tadi.
Sejujurnya dia bukan marahkan Aimi tetapi dia gagal untuk mengawal emosi.
Tekadnya untuk tidak lagi bertemu dengan lelaki itu nampaknya tidak kesampaian.
Ya, memang mustahil untuk tidak lagi bertemu dengan lelaki yang bernama Amirul itu sedangkan dia masih berkawan rapat dengan adiknya.
Semua kenangan dan segala yang berkaitan dengan Amirul sudah Malissa buang cuma satu sahaja yang dia tidak dapat elak. Persahabatan antara dia dan Aimi.
Bukan Malissa tidak pernah cuba malah berkali-kali hingga Aimi mogok lapar kerana Malissa cuba untuk Putuskan hubangan dengannya.
Akhirnya Malissa sedar dan redha sahaja mungkin persahabatan dia dan Aimi sudah Allah tiupkan keberkatan hingga ke syurga.
Redha dengan setiap ketentuan Tuhan
Pasti akan ada yang indah disebalik gundah.
Juga jgn lupa untuk terus berdoa agar keindahan yang dimiliki kekal hingga ke jannah.
.
.
.Let's hit the star button, Love!
YOU ARE READING
MALISSA UNTUK AMIRUL
Cerita PendekTentang Malissa dan Amirul. Amirul yang mungkir janji. Malissa yang polos.