Flashback
.
.
.
"Mal, nah coklat kau!". Pelik Aimi melihat Malissa yang sedang speeding membuat hw. Mengenali Malissa, gadis itu bukan seorang yang pemalas. Lebih lagi tentang kerja rumah yang diberi guru. Kadang tu tak sebelum balik lagi Malissa sudah siapkan semua latihan yang diberikan." Ha.. letak situ dulu,". Balas Malissa yang ketika itu sedang bertungkus lumus menyiapkan homework yang tidak sempat dibuat semalam. Menangis punya pasal.
' Fuhhh selesai juga,'. Syukur Malissa dalam hati. Alhamdulillah.
Melilau mencari Aimi yang tadinya berada dihadapannya. Baru Malissa teringat, tadi Aimi ada berinya coklat. Laju tanggannya mencapai coklat dihujung meja.
Balutan pertama coklat Cadbury ditarik, mendedahkan balutan kedua dan sehelai kertas yang dipotong kecil yang tertulis 'sorry'.
" Mal, dah ambil coklat tadi?". Tanya Aimi yang baru sahaja pulang dari tandas.
" Kau ke yang bagi?". Malissa tanya Aimi kembali. Pelik juga dia, tak mungkin Aimi yang bagi kerana tiada sebarang perbalahan yang berlaku antara mereka.
" Along yang bagi. Katanya kau tertinggal dalam kereta semalam,". Balas Aimi. Terkejut juga dia ketika Along menghulurkan coklat sebelum dia keluar dari kereta tadi. Ingatkan coklat untuk dirinya. Menyengih la dia sampai ke telinga tapi rupanya untuk Malissa. Kata Along lagi Malissa tertinggal cadbury itu dalam kereta semalam. Lepas kena marah along yang hantar Malissa pulang, mungkin tercicir coklat itu dari simpanan Malissa.
" Ouhhh,". Okay Malissa sudah faham. Along bagi dia coklat sebagai tanda maaf sebab dah buat Malissa menangis. Huh padan muka siapa suruh cakap macam tu. Lagi-lagi dengan Malissa si cengeng ini.
" Kau ambillah coklat tu. Aku tak makan benda manis,". Ceh, 'kononnya' tak makan benda manis padahal gula-gula kapas dan aiskrim sudah menjadi makanan hariannya. Pantang singgah di stesen minyak, pasti Malissa menyusul sekali keluar bersama ayahnya. Anak perempuan seorang , layankan saja.
Aimi yang tidak menahu apa, laju mencapai coklat yang dibiar sepi oleh Malissa. Hmm, rezeki! Kata orang, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari.
*_*_*_*_*_*_*_*_*_*
Suasana kelas kini hingar-bingar dengan suara semua murid yang baru sahaja diberi tugasan untuk kerja berkumpulan. Semua dok berbincang nak buat dekat mana, hari apa, dan sebagainya.
Seperti biasa Malissa dan Aimi berpisah tiada. Rancangan mereka, kerja tersebut akan disiapkan di rumah Aimi. Alasannya, rumah Malissa akan didatangi rakan sepejabat ayahnya.
" So kau kena datang rumah aku Sabtu ni lepas zohor okay!,". Mudah saja Aimi mengatur rancangan. Kali ini, waktu Malissa ke rumahnya diawalkan berbanding kebiasaannya.
*_*_*_*_*_*_*_*_*
"Mal! Ibu tanya kau nak solat dulu atau balik terus?". Selesai menyiapkan tugasan yang diberikan guru, Aimi turun ke dapur untuk mengambil snack. Dah selesai kerja baru boleh bersnack time kalau tak nanti tak bergerak kerja mereka.
" Aku solat dulu lah tapi aku tak bawa telekung,". Beritahu Malissa. Dia tidak berniat untuk berlama-lama di rumah Aimi sebab itu telekungnya tidak dibawa sekali. Rancangnya, dia akan pulang sebelum masuk waktu asar. Ada sesuatu yang buat dia takut untuk berlama disini.
Selesai menyediakan telekung untuk Malissa, Aimi duduk dibirai katil menunggu Malissa keluar tandas. Dia pelik juga dengan Malissa yang kebelakangan ini sering berdalih untuk ke rumahnya. Kalau datang pun setelah dipaksa berjuta kali, dan Malissa akan terburu-buru untuk pulang ke rumah. Seminggu ini, Aimi yang ke rumah Malissa setiap petang.
YOU ARE READING
MALISSA UNTUK AMIRUL
Cerita PendekTentang Malissa dan Amirul. Amirul yang mungkir janji. Malissa yang polos.