1

35 0 0
                                    

"Apa ni noona?" Jungkook menyilangkan tangannya ke dada sambil merenung tajam ke arah aku yang sedang berdiri di hadapannya. Aku menjulingkan mata ke atas tanda annoyed. Dah mula dahhh..

"Ni duit la Jungkook ooiiii... Takkan la tisu tandas pula. Dah dah, aku pergi dulu." Jawab aku dengan malas sambil mengangkat kaki. Ingin beredar dari situ dengan cepat. Kalau melayan si budak Jungkook ni, sampai ke sudah tak selesai-selesai.

"Memangla duit noona oooiiii... Tapi buat apa noona bagi? Nah, ambik balik. Kook Tak nak!" Jungkook menghadang jalan aku sambil menghulurkan duit yang aku beri tadi. Disebabkan dirinya yang begitu tinggi membuatkan aku terdongak memandang mukanya dengan rasa geram.

"Ahh, takde takde! Kan aku beli burger ni. Aku kata aku nak bayar, aku bayar lah. Takkan aku nak makan free? Aku pun dah cakap banyak kali kat kau yang aku akan bayar setiap kali aku makan sini. Noktah." Rimas aku dibuatnya dengan kebaikan Jungkook ni. Kot ye pun nak bersedekah, berpada-pada lah. Aku masih mampu!

Tangan aku menolak duit yang dihulur dan terus melepasi Jungkook yang masih berdiri seperti tiang. Laju langkah aku melalui semua manusia yang sedang sibuk berjalan untuk pulang ke rumah dari tempat kerja. Berbeza dengan aku yang sedang bergerak ke tempat kerja.

Kesian Jungkook tapi aku sudah malas ingin melayan dan aku berasa malu apabila semua pelanggan yang turut berada di situ seronok menonton drama 6 petang kami.

Sedang aku melawan arus manusia, seorang manusia yang sedang berlari melanggar aku dengan keras sehingga melayang aku dibuatnya. Apalah nasib aku, habis jatuh burger yang baru aku beli. Nak nangis rasanya.

Mata aku mencari lelaki yang melanggar aku dengan rasa geram. Namun aku tak jumpa. Laju betul dia lari. Berdesup kau.

________

Sesampainya aku di kedai serbaneka tempat aku bekerja, aku disambut seorang gadis anggun yang tingginya ya ampuuunn. Gadis itu menerpa aku dengan pipi yang mengembung.

"Ya Tuhan unnieee.... Lambatnye sampai lama tau Nina tungguuuu." Aku terkekeh kecil dengan kecomelan gadis ini sambil mengambil ves yang dia hulurkan untuk pertukaran shift kami. Aku menyarung ves tersebut seraya mencuit pipi Nina.

"Nina yang tunggu lama ke, boifren??" Aku menjongket-jongketkan kening aku dengan wajah nakal. Seronok mengusik anak dara kaya yang bekerja di kedai serbaneka ini.

Nina tersipu-sipu malu sambil tangannya memukul lengan aku.

"Alaa unnie ni, macam tetau jee.."

"Nak pergi club lagi ke Nina? Tak elok tau lagi-lagi Nina ni baruuu 16 tahun. Boyfriend pulak budak 19 tahun lepastu pegi ajak budak bawah umur ni." Aku membebel kepada Nina tanpa jemu. Kerana ku tahu setiap kali boyfriend nya datang, pasti mereka pergi ke kelab malam. Pertama kali aku tau tentang ni memang habis dibebel budak ni. Tapi biasalah remaja, tak makan saman.

Nak makan kaki agaknya.

"Alaa ilek la unnie, dia sayang Nina. Dia tak pernah buat apa-apa pun kat Nina dan Nina percaya dia." Dan itu adalah jawapannya yang sama Nina berikan setiap kali aku membebelinya.

Aku menggeleng kesal. Apalah nak jadi..

"Hati-hati tau Nina. Lelaki ni kita tak boleh agak apa yang dia pikir. Eeeii kadang-kadang unnie tak puas hatila apasal perempuan je yang kena jaga memacam lelaki pulak ilek je. Keluar pakai baju tak cukup kain pun takde sape nak sentuh. " Nina ketawa melihat aku yang tak berbeza langsung dengan nenek nenek.

The Encounter | KTH°Where stories live. Discover now